Sunday, August 21, 2005
pabila Tuan Guru cakap pasal Mawi....


Assalamu'alaikum warahmatullah ...       

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


Baca bawah ni..[ sumber: www.mawifc.com]  :-

" Saya berdoa semoga mawi, keluarga dan peminat dapat menyemarakkan lagi hiburan alternatif di negara kita ." - YAB Tuan guru Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Mukaddimah: ASMAWI Ani, 24, atau Mawi yang mencetuskan fenomena luar biasa industri hiburan tanah air sudah pun disahkan sebagai juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dengan membolot hadiah bernilai suku juta ringgit. Namun sebelum Mawi menjuarai AF3 lagi ia telah menarik minat Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan melalui kenyataannya “Saya hendak cari artis yang mempunyai pendirian sendiri, tidak terpengaruh dengan artis-artis dari Eropah yang menggambarkan imej duniawi. Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi”. Pada masa yang sama, Tuan Guru juga berdoa supaya Mawi, keluarga dan peminat dapat menyemarakkan lagi hiburan alternatif di negara ini, ketika gejala sosial sedang runtuh dalam segenap aspek," tegasnya.

Seminggu sebelum petandingan akhir, wakil kita sudah mendapat penengesahan dari Menteri Besar bahawa khabar Mawi akan datang ke KB bukan olok-olok. Rupanya sejak awal Tok Guru Nik Aziz "Jatuh hati" hendak menjemputnya datang ke Kelantan.

Mengenai isu pemenang Akademi Fantasia, Mawi yang kini mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja, mungkin disebabkan beliau bekas pelajar sekolah agama, pernah menjadi bilal dan johan musabaqah. Bagaimana Tuan Guru melihat bakat seperti itu?

Dalam hati nurani saya, bukan masalah dia menang, masalah saya hendak cari artis yang mempunyai pendirian sendiri, tidak terpengaruh dengan artis-artis dari Eropah yang menggambarkan imej duniawi. Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya. Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan. Dan saya difahamkan Mawi akan hadir pada satu persembahan yang akan diadakan di sini tidak lama lagi bagi mempersembahkan hiburan alternatif.

Apa nama program itu?

Boleh jadi kita buat konsert. Kita akan jemput sama ahli kesenian lain yang banyak khidmat kepada Islam. Kita gabung  dalam satu konsert, dan tajuknya terpulang kepada pihak penganjur.  Apa yang penting dia sudah bersetuju untuk datang ke Kelantan. Benda ini saya hendak sebut lama dah, tapi ketika itu khuatir boleh mempengaruhi pertandingannya dalam Akademi Fantasia. Pada konsert itu saya minta rakyat Kelantan datang beramai-ramai.

Apa harapan Tuan Guru terhadap artis seperti Mawi?

Saya harap dia tunjukkan satu kesenian yang boleh ditiru orang lain untuk keseronokan di dunia dan berkat di akhirat.

 

Jadi tidak salah remaja menjadikan Mawi sebagai idola mereka?

Sehingga hari ini alhamdulillah. Tindakan Mawi sehingga sekarang belum nampak boleh menyusahkan fikiran saya kerana berjaya melahirkan alternatif hiburan. Saya berdoa supaya Mawi, keluarga dan peminat dapat menyemarakkan lagi hiburan alternatif di negara ini di ketika gejala sosial sedang runtuh dalam segenap aspek sekarang. Saat ini perlu ada orang yang tolong bantu masyarakat.


Adakah Mawi boleh dianggap sebagai penyelamat kepada golongan remaja yang semakin leka sekarang?

Nampak begitulah. Persembahannya saya diberitahu nampak kelainan dan tidak turut kehendak Barat sepenuhnya. Mawi juga dikatakan tidak suka kepada dadah.

 

Sebelum ini sudah ada kumpulan nasyid mempersembahkan hiburan alternatif. Adakah kelahiran mereka belum lagi mencukupi?

Nasyid itu dibiarlah terus bergerak cara dia. Sekarang orang ramai sudah mual dengan gejala artis yang menggunakan dadah, mendedah aurat sehingga menimbulkan gejala sosial yang ditiru ramai remaja. Jadi kalau ada artis yang boleh menjaga nilai murni dia dapat menyemarakkan lagi persembahan hiburan alternatif di negara ini.


---------------------------------------------------------------------------------------
erm...apa pendapat sahabat? tuk guru Nik Aziz sokong Mawi ni..hehehuhu..
apapun, tu pendapat beliau tentang Mawi. Semestinya akan ada orang di pihak beliau kurang senang atau tak bersetuju mana dengan apa yang tuan guru cakap tu,lebih2 lagi mereka yg memang selalu meluahkan ketidakpuashatian dan hentam si Mawi ni kat web2 tertentu. Terpulang pada semua nak kemukakan persepsi masing-masing tentang kemunculan lalu meningkatnya anak muda Johor ni..yang menimbulkan fenomena baru dalam hiburan tanah air kita.
bagi ana, seperti yang kita tahu, dier dah pun menang pertandingan tu. nak tarik dier kembali jangan masuk dah terlambat. then, dah melonjak gila2 nama dier sekarang ni..
yang paling penting, terpulanglah camne dia nak bawak diri dalam bidang yang dia ceburi. kalau boleh, kekalkan prinsip dan pendirian diri dia sekarang. peribadi kira dah boleh tahan [kalu nak banding nge artis lain,leburr...] , pastu jati diri tu masih kuat..so,kekalkan. jangan jadik hanyut sudah.
-nak komen banyak2 pun tak reti. bukan ikuti sangat pun hiburan Malaysia nih..orang sebut Mawi, sebut la jugak..huhu..  
* ada orang cakap Mawi ni peminat Nik Aziz, siap tampal gambar tuan guru dalam bilik..ehmm, duk sebelah ane mamat nih...hehe, huhu ..............ikut suke dia r..=P



MaWi mase kecik..menang musabaqah..

WASSALAM

Posted at 10:58 pm by sahabat_amin

guyz888
June 21, 2007   10:32 AM PDT
 
Dunia nak kiamat dah........org yg bertaraf ulama' pun dah mula sokong batil..........idola kita nabi Muhammad saw sahaja.....Moga Allah selamatkan kita!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed