Saturday, August 20, 2005
Ku mencari-cari ...


Assalamu'alaikum warahmatullah ...       

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya. 

Alhamdulillah,masih lagi kita dihidupkan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi yang fana ni..sedar tak sedar kita masing2 sudah mencapai usia yang makin meningkat, pantas berlalu. Namun, sedarkah kita, selama kita hidup, banyak mana sudah amalan kita? adakah sudah mencukupi atau cukup makan je, atau langsung berkurangan? Alangkah ruginya sekiranya amalan kita selama ini tidak setimpal dengan ruang masa yang Allah berikan kepada kita ...lagi rugi apabila masa hidup kita lebih banyak diisi dengan amalan mungkar,maksiat dan perkara sia-sia.. Nauzubillah.
sama-sama kita menghisab diri kita. Astaghfirullah......

Kali ni,insyaAllah dengan lapang dada ingin sekali ana berkongsi dengan para sahabat sekalian mengenai satu hadith Nabi s.a.w. :


Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.     Sahabat bertanya lagi, “Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”

Teman , Sahabat , Rakan , Kawan ...
tanpa mereka mungkin sukar bagi kita dalam kehidupan ini. Teman lah yang akan membantu pabila dalam kesulitan. Sahabat lah yang menjadi pendorong kepada kita dalam perjuangan. Rakan lah yang berkongsi suka duka bersama-sama dengan kita. Dan kawanlah yang membentuk diri kita.

Berbalik daripada hadith tadi, cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?
Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di sekolah, di kawasan perumahan, di pusat tuisyen, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yang benar-benar merupakan sahabat kita yang sejati?

Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan. Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.

betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada. Syaratnya apa? Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.

Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?


Bukan Sukar Untuk Mencari Seribu Sahabat, Namun Bukan Senang Untuk Mencari Sahabat Sejati 


WASSALAM

Posted at 03:37 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed