Friday, August 19, 2005
Akukah Mujahid ?

  
Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Fikiran diri ini menjengah kembali mengingati beberapa minggu yang lalu. Bersama beberapa orang sahabat,suatu malam di dalam satu halaqah. Pertanyaan yang agak berat untuk diri ini merungkai jawapannya.
...
"Benar ke nak jadik mujahid?" persoalan yang dibalas dengan anggukan penuh yakin.
Pandangan sahabat mendalamkan persoalan di minda. Serius..
"Kalau camtu, dosa dengan mak ayah camne? dah confirm takde,dah beres? betul2 bersedia ke diri tu dari lahiriah, rohaniah nak jadi seorang pejuang di jalan Allah? Jangan pikir mujahid ni cuma pergi ke medan perang, pastu tembak2 camtu je. Kalu betul2 mujahid, apa persiapan kau?"

Termangu. Buntu memikirkan keputusan yang ingin dilontarkan. Soalan yang membantut seketika semangat dalam diri ini. Betul tu..kalu bercakap, sume orang boleh. Aku nak jadik itulah,nak jadik inilah..kalau tengah bersemangat, sume benda cakap nak buat itu ini, tapi sampai bila camtu kalau takde satu habuk pun perlaksanaan yang disebutkan tu? Aku kata aku nak jadi mujahid, tapi sejauh mana sudah peranan yang aku lakukan untuk menterjemahkan peribadi mujahid dlam diriku?

Kini,sedarlah diri ini. Untuk bertindak sebagai pejuang, sememangnya mudah pada zahirnya. Namun hakikat yang patut diketahui sebenarnya cukup menyulitkan diri. kekuatan yang perlu dibina dan dibentuk ke dalam diri belum cukup utuh untuk membentuk diri mujahid.

Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan atau realiti serta terus menyerah dan berdiam diri, sebaliknya ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih daripada itu.

Peranan seorang pejuang Islam tidak akan terhenti. Tiada titik noktah dalam menegakkan daulah Islamiyyah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah islamiyyah di bumi ini di atas asas yang teguh, mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiyyah.
 
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh "  (As-Saff ,61 : 14) 

Mujahid yang unggul tidak akan berjuang sendirian. Kerana ia tahu janji Allah taala mustahil satu pendustaan. Lantas, kekuatan jamaah Islam yang mantap perlu diterjah masuk ke dalam pemikiran seorang yang ingin bergelar mujahid, supaya faqih tentang tuntutan Islam agar berjamaah. Itulah nadi kekuatan gerakan Islamiyyah sedari dahulu lagi. Kejayaan daawah junjungan mulia Nabi s.a.w. sehinggalah kepada Ikhwan Muslimin menjadi bukti jamaah menjadi teras perjuangan Islam yang sebenarnya.   

'Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjamaah itu adalah rahmat, sedangkan perpecahan itu merupakan azab'  (MUSLIM)

Diri ini akur. Seakan faham pada dasarnya. Namun diri ini kan terus mendalami dan terus menerus bersama jamaah, memahami serta memperhalusi di mana kekuatan Islam untuk diserap ke dalam diri. Sahabat di samping akan terus membantu,insyaAllah..
Paling penting,kini...diri ku sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Istiqomah ke arah pembentukan jiwa mujahid yang takkan luntur semangat juang Islam !
ALLAHUAKBAR !

*sekadar mengikut tarian pena maya, mentamsilkan kalam di minda ku.. 
WASSALAM

Posted at 03:24 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed