Thursday, August 18, 2005
kembali...

 
Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya. 
Syukur....
masih ada ruang untuk diri ni terus menerus berkalam di lembaran maya di atas landasan perjuangan hamba. Hamba yang serba dhoif yang tidak termampu untuk memberikan sepenuh komitmen mengisi sesuatu, yang kadangkala mungkin agak mengecewakan sahabat sahabiah yang dikasihi. Pohon kemaafan bertaut seribu keikhlasan diri ini hulurkan....


Alhamdulillah,dengan limpahan kurnia-Nya selamatlah diri ini menempuh kehidupan beberapa minggu yang sudah berlalu. Satu tempoh yang adakalanya cukup menggembirakan, dan adakala perasaan hiba menerjah di lubuk hati. Dalam tempoh ini jugalah pelbagai mehnah yang serba mencabar kadangkala menggugat diri ini yang sememangnya kurang bersedia dalam menghadapinya. Sungguh, kekuatan diri terbit hasil daripada pengalaman lalu. InsyaAllah,akan diri ni manfaatkan sebaik mungkin apa yang baru diperoleh dan dipelajari..

Dek komitmen lain yang membataskan ruang masa yang ada, membuatkan diri ini terpaksa melupakan hasrat untuk bersama2 dengan sahabat lain. Teringat madah seorang sahabat, pentingkanlah yang paling penting di antara yang penting. Selamat berjuang sahabatku sekalian...

untuk kali ini, tiada apa yang ingin diceritakan, sekadar untuk me'munculkan' diri ini yang menyepi di sini...insya-Allah peluang yang ada sepanjang tempoh cuti akan dimanfaatkan seketika untuk mengisi apa2 yang baik dan bermanfaat di ruangan ini..
salam ukhuwah fil Islam !


       WASSALAM


Posted at 06:23 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed