Sunday, October 10, 2004
Amar maaruf wa nahi munkar....

Assalamualaikum warahmatullah...

Syukur kepada Allah Taala atas nikmat kesihatan dan nikmat terbesar Islam dan iman pada hari ini.Pergi ke SHAMS hari ini kurang aktiviti yang dilakukan.Mula-mula,pergi ke kantin dengar taklimat dari Ustazah Salma mengenai program-program yang telah diatur untuk pelajar Form 3 yang sedang bersenang-lenang sekarang ni.Fuh,satu ,satu aktiviti dirancang.Ada yang best,ada jugak yang kurengg..!Tapi,tak apalah.Sekurang-kurangnya tak terbuang masa ana daripada melakukan yang sia-sia sepanjang tengah 'bebas' ni.

Aktiviti yang pertama,semestinya yang ditunggu-tunggu pelajar muslimin; sepak bola di padang !Masing-masing main punyalah semangat walaupun padang becak,basah.Aksi yang tidak sepatutnya dilihat pun ada.Hihih,kelakar jugak tengok ragam sahabat-sahabat ana ni.Yang penting,ukhuwwah islamiyyah yang terjalin akan terus berpadu dan utuh dalam landasan ad-deen,insya-Allah.Ana bagilah result perlawanan hari ini :

Kelas 3A1 VS  Kelas 3A2                        ( 0-0 )
Kelas 3A3 VS Kelas 3A5                        
( 0-0 )
Kelas 3A4(Lelaki ganti) VS Kelas 3A2      
( 0-0 )

Semua perlawanan kemarau gol.Tak tahulah sebab apa.Tengok semua main bermati-matian,tapi hasil....?Tak apalah,pasal esok ada lagi.Walaupun mungkin kekurangan pemain bagi sesetengah team,itu kecil punya hal,kan?
Tengok sahabat-sahabat ana yang baru nak bertolak pergi lawatan tadi,rasa bestlah pulak.Ana tak join excursion form 3 pasal kesulitan yang berlaku pada satu lagi penganjur lawatan.Frust jugak masa mula dapat tahu perkara tu tapi mesti ada hikmah di sebaliknya,kan ?
Insya-Allah,aktiviti-aktiviti yang khusus untuk pelajar Ting. 3 yang dibuat oleh pihak sekolah tu akan ana khabarkan dari semasa ke semasa kat sini.bergantung pada keadaan dan keluangan masa yang ada.


MTQ Antarabangsa VS Malaysian idol ??

Semalam,sempat jugak dengar Johan Qari MTQ Antarabangsa tahun ini,iaitu peserta dari Malaysia tapi ana lupalah nama dia.Alhamdulillah,sejuk hati mendengar surah Al-A'raaf yang diperdengarkan malam tadi.Ana tak berkesempatan untuk dengar bacaan beliau sebelum ini pasal sedang bertungkus-lumus dalam perjuangan PMR(minggu lepas).Hadirin dekat PWTC semalam pun,ramai dan memenuhi ruang tempat duduk.Syukurlah kerana masih terdapat ramai lagi yang masih cinta dan rindu akan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Karim.Moga-moga sifat ini akan terus subur dalam jiwa setiap muslim sejati.
Tetapi,lain pula cerita di puncak Genting Highlands yang penuh bergemerlapan.Hadirin di sana memang ramai,samalah macam di PWTC semalam,cuma ada perbezaan yang begitu ketara.Di PWTC,hadirin duduk diam sahaja dan khusyu' mendengar kalam Allah diperdengar kepada mereka.Sebaliknya berlaku di Arena of Star kat Banjaran Titiwangsa.Hadirinnya dengan penuh 'khusyu'' mendengar alunan kata-kata yang mengasyikkan,melalaikan dan jauh dari mengingati Tuhan.Seribu macam hal kat sana.Ada yang bertempik,ada yang menjerit seperti kena histeria.Semuanya tertumpu pada 2 orang gadis (salah seorangnya Melayu,Islam).Ana tak nafikan yang ana pun tengok jugak.Tapi masa mula jelah.Ukhti ana yang bukak.Akhirnya idol yang dicari adalah Jac,gadis India(non muslim).Bersuka rialah suku-sakat masyarakat kita yang kemaruk dan hanyut dengan hiburan duniawi semata-mata ini.Yang mengundi tu dah tak kisah duit beribu-ribu ringgit habis,janji puas.Puas kat mana pun ana tak tahu ?
Ana cerita ni bukan nak diperbesar dan dibanggakan.Ana cuma nak ikhwah akhawat semua nilai adan hayati 2 fenomena yang berbeda sama sekali berlaku dan melanda masyarakat negara kita ni.Terpulang masing-masing untuk menilainya.Nak condemn ke,nak puji ke itu hak masing-masing.Ana cuma nak pegang pada satu hadtih Nabi s.a.w.:

"Barangsiapa yang berpegang dengan 2 perkara yang aku tinggalkan ini,nescaya ia tidak akan sesat selama-lamanya;iaitu al-Quran dan sunnahku."

Ana tidak ingat siapa perawi hadith ni.Tetapi ia memang hadith sohih.Tuntasnya,walau sehebat manapun kemajuan yang dikecapi manusia kini,jika tidak akan berlandaskan 2 syariat Islam itu,tak berguna jugak.Islam bersikap syumul,yakni universal.Tidak ada yang membataskan manusia jika ia berpegang teguh pada Islam.Mereka yang merendah-rendahkan Islam mungkin sudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah kuffar yang tidak henti-henti melumpuhkan dan melenyapkan Islam di muka Bumi ini.Sama ada kita sedar atau tidak,sudah terdapat pelbagai ansair-anasir halus meresap ke dalam jiwa orang Islam sekarang.
Ana tidak pandai berhujah mengenai apa yang melanda umat Islam sekarang ini kerana masih dhoif dan jumud dalam bidang sebegini.Apa yang ana boleh lakukan hanyalah yang termampu dalam diri ana.Moga-moga konsep amar maaruf nahi munkar akan menjadi teras dalam hidup kita dan dalam perjuangan kita mengembalikan sinar ad-Deen yang kian pudar dek kealpaan umat islam sendiri.Seperti hadith Nabi s.a.w. :

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."                  (H.R. Muslim)

Dengan kehadiran Ramadhan yang menjelang tiba,kita doakan agar pintu hidayah akan terbuka luas untuk saudara seagama kita kembali mengamalkan apa yang benar pada landasan syariat  dan berharap sinar Islam memasuki setiap jiwa bukan Islam.Insya-Allah.
Ikhwah sekalian ,hayatilah doa taubat yang sedang diperdengar sekarang ni.Nasyid ni baru ana letak semalam menggantikan lagu dulu(Destinasi Cinta).Insya-Allah,lagu destinasi cinta itu ana akan letak dekat blog ana yang titlenya Destinasi Cinta. Solat Asar pun belum lagi ni.Hishh,tak baiklah lengah-lengahkan solat fardhu ni.Ana berhenti di sini dululah.
Salam mahabbah...
Wassalam..

Posted at 04:26 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed