Saturday, July 02, 2005
peranan ulama di'lenyap'kan?


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Alhamdulillah,masih ada peluang untuk diri ni cuba berjuang melakukan apa yang terdaya bagi memastikan syiar Islam tidak akan pudar di seantero bumi ini. Walaupun hanya sekadar di  persada maya, sekurang-kurangnya perjuangan ini tidak berhenti begitu sahaja. Harapan diri ni hanyalah satu,apa yang baik disebarkan melalui laman ini ia akan diterjemahkan ke dalam dimensi realiti dalam kehidupan sehari2 diri ini mahu pun diri mereka yang pernah menatap semua ini.

kadang2 dalam keseorangan,asyik terfikir sejauh manakah peranan diri ni dalam memperjuangkan syiar Islam ? adakah hanya sekadar daalm lingkungan pelajar,di sekolah atau sebaliknya. Besar mana sangat sumbangan yang diberi untuk memastikan Islam terus gemilang ,mekar syiar dan bersinar nur addeen ke pelusuk dunia...masih jauh lebih kecil dari apa yang ingin dicapai.

fikirkan lagi...ramai mana sekarang golongan muda mudi ,para belia yang berjiwa Islam dan bersemangat untuk meneruskan keutuhan perjuangan menegakkan syiar Islam?mungkin ada betulnya jika beranggapan masih ramai bilangannya tetapi lebih ramai yang sebaliknya. sedih memang sedih tapi adakah sedih dapat selesaikan masalah2 seumpama itu? usah diharapkan para da'i,para tabligh,karkun,ulama,imam,bilal mahupun pegawai agama kalau had kekangan dalam berdakwah masih disekat secara halus atau terang..erm..pepun,meh baca artikel ,yang ana satu bentuk luahan dari barisan ulama' kita....meh baca...kalau prihatin dengan nasib para ulama'...

Mufti, Ulama', Para Ilmuwan Islam Perlu Bangkit dan Diberi Ruang

Ulama termasuk dalam golongan yang diberi amanah untuk mendalami ilmu agama dan menggunakan ilmu mereka bagi menjalankan kerja amar makruf dan nahi mungkar agar masyarakat terurus selari dengan kehendak Tuhan.

Firman Allah SWT: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian saja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.”(At-Taubah 122)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Ali Imran 104)

Allah SWT menegaskan, segenap kepakaran dapat digarap dengan baik sehingga dapat memunculkan tamadun yang unggul dan dikagumi apabila tugas ulama menegakkan amar makruf dan nahi mungkar tidak dipandang ringan oleh golongan yang ada kepakaran dan diambil perhatian serius di dalam melangsungkan tanggungjawabnya.

Ini berdasar firman Allah SWT: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Ali Imran 110)

Bila berlaku kepincangan dalam masyarakat maka ada dua kemungkinan:

pertama: ulama tidak memainkan peranannya, dan

kedua: peranan ulama dipandang sepi, tidak dihiraukan malah diejek dan dihina dengan jolokan ulama jumud, kolot dan sebagainya.

Realitinya ialah ulama sudah memainkan peranan mereka setiap masa dan isu tetapi tindakbalas daripada mereka yang memiliki kepakaran amat mengecewakan.

Malah dalam sesetengah keadaan disambut dengan sindiran sinis dan apabila dibacakan ayat-ayat ancaman Allah terhadap mereka yang berterusan melakukan maksiat mereka menyifatkan ulama hanya memahami ayat Allah secara tekstual sahaja.

Kita juga menggesa kerajaan memberi ruang kepada para Mufti, Ulama' dan para Ilmuwan Islam untuk memberikan pandangan mereka terhadap isu-isu semasa, untuk kebaikan umat Islam dan masyarakat Malaysia.

Sekian.
[Suara Persatuan Ulama Malaysia -Online]

bila terbaca artikel ni,memang diri ni tau betapa terkilannya dan kecewanya barisan ulama' yang inginkan peranan mereka tidak lagi dikongkong dan disekat,khusunya di tanah air sendiri. Fungsi Majlis Mufti,persatuan2 ulama,dan saf2 ulama' di kalangan NGO yang telus memberi pandangan dan neutral dari sebarang politisme terus kabur sekiranya mereka dihalang daripada diberi sebarang hujah atau fatwa dalam melaksanakan tugas daawah mereka...
- yang menjadi kemusykilannya..ulama2 di kalangan ini seolah2 dianaktirikan..sebaliknya ulamak [Ular dALam seMAK] yang bertindak menyeleweng al-Quran dan hadith, mempersenda hukum, dan yang hidup dalam lingkungan sekularisme dibiarkan bebas memberi pandangan sekaligus memincangkan pemikiran umat Islam sendiri....
sedih sekali mengenangkan Islam di tanah air sendiri...mulai kusam dek kealpaan umat ..

pikirlah wahai sahabat....
Ulama makin dipinggirkan..
jika diberi ruang berhujah..
memberi pandangan...
disindir,dicerca,dipersenda..
terpengaruh minda umat Islam..
begitu ketara perubahannya...

natijah,sebaliknya yang berlaku...
pejuang seni dijulang..
disanjung diangkat melangit..
seolah2 mereka lah yang membantu..
dalam amalan ke syurga...

terkesima...........
memikirkan keadaan umat..
benarlah sabda Nabi s.a.w. ..
ISLAM datang secara berdagang..
dan kembali jua dalam keadaan berdagang..

ke mana hilangnya anak2 muda belia..
yang diharap bangkit dengan semangat..
mengembalikan sinar Islam yang kian suram...
jangan biarkan anak bangsa mendatang..
bertanya,apa itu Islam...

usah bermimpi inginkan kegemilangan...
jangan bangga dengan pencapaian silam..
jika tika ini pemikiran jumud bersarang...
taqlid dalam amalan seharian...
sekadar berpidato tanpa tindakan...
umat Islam takkan cemerlang...

bangkitlah sahabat sekalian...
usah mengharapkan orang lain...
selagi ruh Islamiyyah mekar dalam diri...
tegakkan Islam selagi terdaya..
ingatlah,
janji Allah pasti kan tiba...

ALLAHUAKBAR !


WASSALAM


Posted at 12:46 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed