Friday, June 24, 2005
Bersedia untuk ditarbiyah !


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


Syukur, masih ada lagi ruang waktu untuk ana bagi sedikit komitmen kecil kepada blog nih,syukran sahabat2 ku yang sudi memenuhkan tagboard kat tepi tu. hehe,asiif..2 minggu menghilang- dek cuba menyesuaikan diri dalam satu suasana atau persekitaran yang baru lagi janggal dalam hidup ni..di dalam usaha mendisiplinkan diri ,insyaAllah harap2 usaha jangka panjang ni membuahkan hasil yang baik untuk diri ni jugak..doakan yerk..

erm..kali ni nak kongsi pengalaman menarik semasa menyertai Kem Kepimpinan Muslim minggu lepas..masya-Allah,cukup mantap kem ni..walaupun ade gak ketidakpuashatian dalam hati ni,tapi natijah dari kem ni nampaknya cukup baik dan berkesan kepada kebanyakan diri para peserta..Alhamdulillah,atas landasan niat dan uslub yang betul apa2 jua pekerjaan yang dikerjakan semestinya memberi pulangan atau hasil yang penuh barakah..

FIRST DAY
selesai je register,ada sedikit taklimat awal kem dari Cikgu Zurifah pastu taklimat dari programmer,Akh Mawardi. masa ni la kenal beberapa istilah yang mesti dicakna sepanjang kem,antaranya..taklifat,yakni amanah-zikir 7,Quran satu juz,n....waargh,biskut tiger! ermm...jaga taklifat baek2..peringatan Akh mawardi,ini bukan kem main2,tapi kem serius !!huhhuh ..
then,aktiviti pertama dimulakan..waau! dah penah main tapi kali ni lagi havoc ! hehe,best2 menguji peranan pemimpin dalam menyelesaikan masalah anak buah- dalam satu ruang yang kecil,camne nak tampung anak buah yang ramai agar sume ada dalam ruang tu.....erm....panjat!!

panjat panjat!
xtvt pertama..panjat !!

selesai Asar berjemaah,bacaan Quran dan zikir Mathurat ,peserta tergesa2 menuju ke padang untuk riadah...huhu,tepati masa !! meskipun satu saat ! erm...pembahagian kumpulan beserta fasilitator masing2. dalam jemaah ana,lain2 sahabat -Ariff,Razani,Haniff dan Fadli manakala fasi pulak...senior ,ex-shams..abg Azhan yang duk blajo kat Darul Quran sekarang ni.petang tu,takde riadhah khusus,cuma diskusi addeen di kala senja..bertaaruf,n then bincang pasal konsep ibadat..erm,bertambah sikit ilmu dalam dada ni...memang kualiti ti ade ..hehe
malam lak...lepas maghrib,ada ceramah n then lepas isyak je,kena berkejar ke dewan...huhhh,lenguh nak kena berlari..almaklum la kan..dalam kem camni masa tu penting sangat2 ,perlu peka pada masa ni baik2..kalu tak...denda la jawabnyer.....huhu~
oo...ade bengkel ..erm,kena bagi kupasan berkaitan isi ceramah yang duk dengar masa maghrib tadi...hiihi ntah camne,group ana kena gi buat pembentangan...huhuh~time ni la banyak soalan yang gasat2 belaka nak kena jawab...ade satu tu,huhh...memang tak puas hati...tapi nk wak camne,kena la hadapi sume tu...cabaran kena hadapi dengan sabar...kan kan?
selesai bengkel,sedikit taklimat qiamullail diadakan.....lepas tu,erm....an-na'um.......

talam
makan dalam talam

SECOND DAY
qiamullail? lewat seperti yang dijadualkan. ada yang tak sempat. erm,lepas Subuh berjemaah dan zikir Mathurat,lekas2 sarapan dan bergerak ke padang. aduss,denda la pulak..huhu~ masa ni la semangak berpasukan diuji dan peranan Amir takleh dilupakan. masa ni luqman jadik amir. lepas tu..waaah,best punye riadhah! "anda diminta mendirikan satu menara yang mempunyai puncak di atasnya..bahan binaannya-tubuh badan korang la..!! waa..masing2 pikir camne nak dirikan..ade yang lawak masa nak dirikan 'menara' tu..hihi,best betul,sume group dapat bagi satu gerakerja yang baik...[terkilan sangat2,takde pic yg disempat dirakam utk aktiviti nih...best woo..huhu~]
lepas bersiap diri masing2, ada ceramah lak kat dewan.satu tajuk yang agak baik,bagaimana persediaan menghadapi rintangan masa kini? ceramah memang padat dan kelakar gak..hehe,pastu semestinya ada diskusi lepas ceramah tu..macam biasa kena perah akal bincang hal ni..


diskusi dalam group
Diskusi..perah otak

lepas solat jumaat,ada aktiviti berkumpulan..buat satu perancangan tentang MPP.fuh,menambahkan pengalaman diri ni..hehe...petang tu pulak,kena denda lagi..~huhu..sakit badan2 pasal kena pumping,pastu kena cium jalan lak tuh..huhu,pengalaman tak dilupakan..tapi best gak pasal lepas tu dapat main satu game baru..zup zap!! hehe..pastu,ada riadhah 2 dalam 1..main dengan minda dan fizikal. main 'troli' sambil menjawab soalan..wahh,tinggi gak soalan..alhamdulillah,memang banyak ilmu dapat dari program ni..masing2 kena serius dalam bermain...
adeshh,diri ku jadik amir ! mujur tak diminta bagi laporan..huhu~ cam biasa,ada ceramah cuma agak lewat bermula..lepas tu,ada diadakan mujadalah(debat)..aaa,kena lawan dengan pihak muslimat..~ ish3 berterabur sekali hujah .heheh,last2 takde sape yang menang,just nak berkongsi idea dan percambahan minda yang baik ingin disemai dalam diri peserta. abis je mujadalah,ada satu program...namanye,'husnu dzon' ..erm,masa ni lawak sangat2..hehe,5 tokoh berbicara pasal hobi dioghang..hahah,kesian kat dioghang...huhu~
haa?4 minit utk makan?? biau betul...lepas makan ala kadar,terus ke dewan..masa tu dekat pukul 12 tgh malam..ergh??masing2 kena jerkah dek fasilitator.uiks..berapi2 masing ikhwah Darul Quran ni..masa disuruh masuk dalam dewan,disuruh tutup mata dengan serban;muslimat dengan selendang...uhuhuhu~.........rupa2nya dioghang buat recall (muhasabah-tarbiyyah). ermm,masa ni la ramai yang membuang jauh ego masing2..kembali kepada fitrah manusia,mengenangkan dosa..titisan air mata dek kedengaran sayup2 alunan syahdu zikir munajat akh Izuddin sambil berpadu dengan kata2 pedoman Akh Mawardi...memang cukup menginsafkan,tak reti nak describe camne,memang mantap..!
habis je,dibuat ribat utk mengembalikan semangat,Amalulillah dialunkan...takbirr !! ALLAHUAKBAR!


THIRD DAY

Biah_solehah
Jaga Biah SOlehah baek2..

hari terakhir kem..erm,qiamullail takde sorang yang terjaga..tido pukul 2.30 sumenye keletihan..pagi tu back 2 normal..senaman pagi n then...-aktiviti best ! Jaga Biah Solehah?? camne tu..owhh,permainan bawak telur jangan jatuh..wah,banyak betul dugaan ye..hehe,masing2 bagi komitmen betul2 nak pastikan biah solehah SHAMS terjaga..bagus2 harap2 semangat ni kekal dalam diri..insyaAllah..
lepas tu,macam baisa,ceramah oleh jemputan,Ustazah Solehah..mantap gak pengisiannya. abis tu je,ada satu mesyuarat tergempar ! mesyuarat yang dirancang! masing2 ada watak masing2 ,tapi pengerusi mesyuarat tak tau...hahaha,nak uji kredibiliti dan kaliber seseorang pemimpin nak handle satu2 mesyuarat..huhu,menarik sampai terpaksa mamah biskut je,coz lapar sangat..
habis program tu...maka takde dah program khusus ..lepas Zuhur ,sambil menunggu majlis penutup,diadakan sedikit halaqah setiap kumpulan bersama fasi masing2..masa ni dibincangkan khulasah daripada kem ni,ditanya perasaan,pendapat,dan perbincangan ringkas..masa ni la tersematnya ukhuwah Islamiyyah yang telah terjalin akan utuh kekal buat selamanya...syukur,kem ni selamat disempurnakan upacara penutup oleh Tuan pengetua..lepas tu sesi ribat dan alunan Amalulillah serta Wahdah dialunkan..syahdu pabila berpisah dengan fasi2 darul Quran yang banyak memberi input bermakna lagi berhikmah..asiif,pasal taklifat tak sempurna sepanjang kem ini....memang akur dengan kedhoifan diri..pepun,akan baiki kelemahan yang ada ..insyaAllah !~
 

wida'
~Ukhuwah itu indah~ ...time wida'

pesanan ikhwah akhawat sume tidak akan dilupakan. sememangnya,kem ini banyak mengajar erti kepimpinan yang sebenarnya. Bagaimana nak membentuk menjadi pemimpin muslim sejati . Paling penting sekarang, segala janji para peserta kepada ikhwah dari Darul Quran - untuk menjalankan satu amanah sebagai seorang pemimpin SHAMS -memartabatkan biah solehah di SHAMS sepenuhnya. InsyaAllah akan kami pikul amanah itu sebaik mungkin.....
ni sedkit je pic yang diletakkan kat sini,ade lagi pic ..nak tengok?sebenarnya malas nak bagitau fotopages ana punye,tapi takpe lah...bukn nye privacy sangat pun..baru letak sedikit pic kat fotopages. insyaAlllah try letak slow2 ni...ok la..
WASSALAM

Posted at 11:56 am by sahabat_amin

uhksss
December 19, 2006   02:27 PM PST
 
no komen
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed