Wednesday, June 08, 2005
Sheik Amjad Abu Sadio


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

imbas kembali ingatan ni apabila menonton klip video yg diberi oleh Akh Mokhzani yang ada diletakkan kat entry Huffaz..Masya-Allah! perihal tentang kanak2 cilik Iran,Hafizah Fatimah cukup merasakan kehebatan Allah taala memberi kelebihan kepada hamba-Nya yang dikehendaki..kali ni turut nak kongsi sedikit kisah lebeh kurang cam citer hafizah Fatimah......

--Sheik Amjad Abu Sadio....--
pernah dop dengar nama kat atas, sebelum ni ? penah? belum? erm..sape la ek tuan empunya badan bagi nama ni?femes ke dier ni? penyanyi ke?pelakon ke?stuntman..?huhu~ ana pun x kenal langsung dier ni sape sebelum ni..nak dijadikan cerita [wak sedak ayat..] kebetulan ari Ahad lepas berpeluang la belek2 akhbar. pastu diri ni pun terpandang kat dalam akhbar tu satu gambar pasal dier ni.. beserta sikit cerita yang menarik minat diri ni untuk tau lebih lagi pasal BUDAK ni..

Sheikh Amjad Abu Sadio


baru berusia 13 tahun,gambar ni mase dier tengah bagi ceramah agama di masjid Imam Syafie kat kem pelarian al-Jabaliya,salah satu kem terbesar kat semenanjung Gaza..erm,budak ni kiranya memang dah terkenal kat sana kerana kebolehannya memberi ceramah agama yang hebat hingga beribu-ribu orang datang berkumpul di masjid tersebut semata-mata untuk mendengar kuliah dari sheikh cilik ni..

Memang cukup kagum diri ni bila terbaca pasal dier ni..bukan sahaja berkebolehan dalam berkhutbah,malah seorang yang hafaz Quran dan hadith. Menurut Sheik Amjad , dia mula mengesan dan menunjukkan bakatnya tu semasa kat sekolah . lepas daripada tu, galakan keluarga dan sahabat mendorongnya untuk menyampaikan ucapan dan ceramah di masjid-masjid. setakat ni dia dah pun bagi ucapan dan ceramah agama di 40 buah masjid di Gaza. fuh..bayangkan,dalam usia semuda itu dah diberi penghormatan yang cukup besar; berada di mimbar, memberi ucapan dan ceramah di hadapan jemaah serta orang ramai yang kebanyakan lebih tua usia daripadanya. ceramah atau khutbah yang disampaikannya lebih berkisar tentang isu agama dan permasalahan harian..Sheik Ismail Kahloot ,guru kepada Sheik Amjad menyatakan keyakinannya yang tinggi bahawa anak didiknya ini bakal menjadi salah seorang sheikh yang hebat di Gaza suatu hari nanti.

bagi ceramah  

erm...sengaja nak hebahkan mengenai kisah ni..pasal rase jarang benar kisah2 berkaitan kehebatan dan kemampuan hamba Allah terutama di kalangan golongan cilik seperti Hafizah Fatimah dan Sheik Amjad ni dikhabarkan keapda orang ramai.mungkin ada yang perasan tapi tak ramai yang ingin menyelongkar di sebalik kisah2 sebegini.  dulu pun pernah terdengar tentang keajaiban seorang kanak2 Afrika beragama Islam yang dalam lingkungan usia 5 tahun yang hafaz Quran dan mampu memahami beberapa bahasa asing tanpa pendedahan dan pembelajaran,sehingga ibu bapanya sendiri keliru melihat kefasihan tutur kata anaknya itu...Maha Suci Allah memberi kelebihan kepada hamba-Nya...

persoalannya di sini, adakah kemampuan kanak2 dan anak muda tersebut diketahui dan dititikberatkan oleh orang ramai,khususnya umat Islam sendiri? walaupun nampak remeh, namun perkara sebegini la sepatutnya didedahkan lebih kepada umat Islam juga kepada bukan Islam kerana pada diri kanak2 tersebut terserlahnya kehebatan ISLAM,kecantikan addeen ini  yang mampu membangkitkan rasa kagum dan semangat ruh Islamiyyah dalam diri seseorang...bayangkan,mampu menghafaz Quran di usia muda,kemampuan dan kefasihahan melontarkan ucapan dan ceramah bersemangat di khalayak...ramai manakah yang kita kenali dan sedar di kalangan mereka ini ?
 
yang kita lihat sekarang,adalah keterbalikan pada situasi ni.ambil contoh terdekat,di negara kita sendiri... menyedihkannya ia melanda masyarakat negara kita,melibatkan masyarakat ISLAM !..keadaan yang kian kritikal  -fenomena budaya hedonisme-  seolah2 tidak mendatangkan impak buruk pada umat Islam..ntah ape2 yang diri ni tengok,apabila fenomena yang sememangnya tdiak mendatangkan manfaat dalam pembangunan islami makin ketara sekarang.yang dimaksudkan seperti rancangan berbentuk hiburan yang bercambah dengan sokongan dan hebahan seluas-luasnya..kemudian,melambung2 dipuji si artis yang tak kira la  lama ke, yang baru digilap ke - kononnya bakal menjadik 'bintang' ,yang menyokong pula tiak kira golongan; tua dan muda di kalangan masayarakat kita...sumenya macam gila kat hiburan,..komen banyak mane pun tak berubah jugak mentaliti dioghang sudah menjurus ke arah tu..

dek situasi itu,maka tengelamlah ulamak dan bakal ulamak yang ingin memperbetulkan sume ni..jika berterusan camni,akan datang mungkin tidak siapa yang akan mengenal lagi bakal mujaddid baru yang mantap lahir dan menonjol dan akan hilangnya nur Islam dalam diri umat Islam. Mungkin masih ramai lagi umat Islam yang peka dan prihatin terhadap perjuangan Islam berbangga dengan pencapaian anak2 kecil seperti di atas dan cuba menjadikan mereka ikutan dan perangsang dalam perjuangan,syukur Alhamdulillah.. namun sedihnya, lebih ramai lagi yang langsung tidak menyedari akan kemunculan mereka malah tidak mengendahkannya...bagaimana ingin membina satu barisan yang utuh dalam medan perpaduan Islam sekiranya sesama Islam tidak mengendahkan antara satu sama lain...tiada apa yang boleh digerakkan dalam perjuangan Islam sekiranya umatnya sendiri tidak mahu mengubah persepsi dioghang dalam sesuatu berkaitan agama..ambil contoh semasa ujian menghafaz Quran peringkat kebangsaan ari tu,ramai mana yang sedar adanya ujian tersebut akan bertambahnya para huffaz di negara kita yang patut kita banggakan dan contohi..
anehnya,yang menjadi tumpuannya, Akademi Fantasia , Malaysian idol dan bla bla bla ,menjadi kebanggan rakyat dan masyarakat kita....terbalikkah pemikiran umat Islam ?yang baik tidak dihiraukan,yang buruk diuar-uarkan...................................................fikirkanlah,wahai sahabat..
-sekadar komentar ringkas lagi dhoif daripada diri ni..ada peluang cuba bicara perihal ni lagi..insyaAllah.
WASSALAM


Posted at 04:08 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed