Monday, June 06, 2005
mabruk Ustaz Nash! ayuh mantapkan perjuangan


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Muktamar PAS ke 51 berakhir semalam..huhu~tak pergi pun,just ikuti dari jauh je,baca laporan semasa sepanjang muktamar sedikit sebanyak, n then kekadang  tu ade peluang tengok webtv live dari PUTIK...dan hasil daripada muktamar kali ni - teraju PAS di kalangan profesional dan ulama muda menjadi pilihan para pemerhati dan perwakilan. 

erm,tak reti pun nak analisis ape2 tapi bagi pandangan dhoif ana la..memang ni satu perubahan yang agak baik bagi kepimpinan dan paling penting perjuangan PAS. selama ini pemimpin tertinggi adalah di kalangan ulama2 yang veteran dan tiada di kalangan para profesional. kini,bertukarnya arus kepimpinan membuka satu anjakan bagi PAS dalam mengimbangkan kekuatan kepimpinan tersebut. ini kerana kekuatan ideologi dan pandangan dari kalangan golongan pemuda pada sesi muktamar kali ni dilihat ada relevan dan kekuatannya. kadangkala ada teguran dan bidasan pada pucuk pimpinan oleh golongan ini cukup tajam namun itulah realitinya. keinginan untuk melihat perubahan dan pembaharuan dalam perjuangan parti benar2 ingin direalisasikan cuba diterjemahkan oleh barisan pemuda.

Hasilnya,pengundian hari semalam menampakkan impak tersebut apabila jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa,seorang ulama muda yang diramal berpotensi menginjakkan perubahan dalam parti .Begitu juga yang berlaku dalam pemilihan Naib Presiden apabila Haji Husam Muda, Mohamad Sabu dan Dr Hassan Ali dipilih menyandang jawatan tersebut.

 
 Ustaz Nash

huhu...semangak la pulop..~ takde ape2, kita kan di bawah negara demokrasi berparlimen,rakyat bebas bersuara kan..hehe ni cuma sekadar pandangan diri ni dari apa yang berlaku pada muktamar. semalam,kata sorang sahabat tv3 ade kutuk cara PAS ,kononnya pas sudah ketandusan ulama..hehe,agaknya takde modal dah nak condemn la tuh. tu je la skill dioghang. -bukn ketandusan tapi bertambah mantap ade la.. 

ok ar..just tulih2 gini je kali ni. asiff kalu takde input baik untuk dikongsi n kalu ade yang tak senang dengan penulisan kali ni ,nak wat camne lagi kan..huhu~ baca je la..hehe,takbir ..ALLAHUAKBAR !!
WASSALAM

Posted at 12:30 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed