Wednesday, June 01, 2005
tulih2 ari ni..


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


cuti-cuti sebegini berpeluang diri ni untuk meluangkan lebih masa lagi di sini..tugasan cuti kali ni pun boleh tahan banyaknye,pepun insyaAllah cuba selesaikan semua tu..erm,dalam duk saje2 ni teringat pulak kat seorang sahabat..Alhamdulillah,sekarang ni dah pun berada di Madinah / Mekah dalam rangka mengerjakan umrah dan ziarah..mengerjakan umrah dalam usia yang muda satu nikmat kurniaan Allah yang cukup besar..bertuahlah coz sudah dapat gambaran mengerjakan umrah dalam usia remaja..semoga dengan permergiannya itu memberi keberkatan dan rahmat pabila pulang nanti..jangan lupa doakan sahabat2 di sini yer,sheikh...!

erm,sebenarnya malas nak tulis cerita pasal kem ari tu..tapi seorang sahabat ni paksa jugak suruh cerita la sikit,nak wak camne kan,bagitau sikit2 dah la..huhu~ kem selama 4 hari untuk unit2 beruniform sekolah ana,nama je unit beruniform,tapi segala priogram dan kumpulan bercampur..kira kem ni boleh tahan jugakla bestnye..kem kat Kuala Berang ni programnye lebih tertumpu pada aktiviti lasak(ye ke..?ntah r)..boleh dikatakan hampir separuh aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik dan ada jugak aktiviti yang dibatalkan..erm,jurulatih yang handle kem ni familiar belaka..coach yang sama masa pergi kursus pengakap 2 3 bulan lepas...paling baik aktiviti ana rasa solo camp la kut..nak uji kekuatan mental kita,kalau hujan lagi bagus tapi cuaca baik masa tu..n kalau duk jauh2 antara satu sama lain lagi 'hebat' dugaan ye..huhu~ masa aktiviti ni ade la suara2 yang mengaku ternampak,terserempak dengan 'benda' yang menghuni hutan tu.maklum la kan,kita datang sekadar untuk duduk di tempat makhluk2 Allah tinggal..jadik,pandai2 la bawak diri,jangan celupar...makhluk2 ni kalau nak muncul pun,tu semua kehendak Allah taala..

masa kem ni,sebenarnya banyak gak la perkara2 yang tak baik berlaku..terutamanya kes gaduh..gaduh kecik2 je, tapi kalau dah ramai yang x puas hati jadik besar jugak..tapi Alhamdulillah dek kemantapan senior handle masalah ni,harap selesai jugak la walaupun ada lagi suara2 belakang duk mengapi2kan lagi..junior x hormat senior,senior wak lebeh kurang ngan junir gini la jadiknye...erm,masa duk tunggu waktu Maghrib masuk satu hari tu,borak2 ngan abang Asyraf jap,dier ada tanya...apa yang leh dapat dari kem ni?dari segi apa yang berkesan kat hati..diriku hanya terpikir sendirian.ntah la..mungkin bertambah ilmu kut.kuliah dari ustaz kat kem tu pun menarik jugak,banyak jugak input baru yang dapat...apapun,kem ni leh kira berjaya jugak la objektifnya...tahniah la ek kat Ustaz ceria kiter,Ustaz Abd Aziz(kepingin nak jadik PM nooo...) =P

ok,kali ni meh baca satu bahan baik untuk kita sama2 renungkan kat diri kita..penulisan ringkas dari blog fazakkir....--> CELA DIRI SENDIRI ?

di sini nak bawa sesuatu yg pendek dan ringkas jek...korang pernah dgr org mencela diri sendiri?...pernah dgr diri sendiri mencela diri sendiri?...pernah dgr orang kata,"aku ni jahat sebenarnya"...dan lain-lain....ana yakin semua orang pernah dgr...

yang ana nak bagitahu ialah, JANGAN CELA DIRI SENDIRI di hadapan manusia yg lain!!!
hehe,extreme sikit...di sini ada 3 sebab kenapa orang tu cela diri sendiri...:-

1. menaikkan diri sendiri (secara halus)
2. nak lari dari tanggungjawab
3. ditipu syaitan

kerana kita hanya layak cela diri sendiri depan ALLAH...so kalau nak cela sgt diri sendiri,buat depan ALLAH,buat ketika kita solat taubat di kala semua orang tidur...ingat! hanya depan ALLAH,bukan di hadapan manusia yang lain....

lepas tu,pernah dgr tak org ckp,"aku nak jadi baik sebenarnya,sape taknak jadi baik?tapi aku rasa aku tak ready lagi"...ataupun apa2 pernyataan yg sama waktu dgnnya...di sini ana nak bawa satu analogi...
katakan korang nak balik raya...pastu tetiba lak kereta rosak...mak pulak dari kampung dah call2 tanya2...apakah yang korang akan buat?

a) duduk di rumah dan ckp kat mak "kereta rosak ni...kereta rosaklah mak"

b) ckp kat mak,"jap eh mak,nak gi hantar baiki,mak do'akan anak mak ni sempat sampai,insya-ALLAH"...dan terus cari jalan untuk baiki kereta tu...

which one will you choose?...kalau pilih a),anda adalah "problem talker"...dan kalau anda ambil b),anda adalah "problem solver"...kesimpulannya,bila ada masalah depan mata,jgn asyik ckp ada masalah...tapi,mulakanlah jalan untuk mencari penyelesaiannya...betul tak?...


"don't curse the darkness,light a candle"


WASSALAM

Posted at 10:36 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed