Tuesday, May 31, 2005
Roboh masjid ?


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

semalam berkesempatan menonton video pasal kejadian yang betul2 hangat kat terengganu sekarang ni..'VCD Roboh Masjid'.cukup menyedihkan..kerajaan yang menguar-uarkan slogan Islam hadhari bertindak sangat zalim! merobohkan rumah penduduk memang zalim,tapi lebih zalim apabila masjid turut dirobohkan ! tergamak ye puak tu bertindak sebegitu.kejadian tsunami yang membuktikan kekuasaan Allah melindungi rumah-Nya sepatutnya diambil iktibar,namun lain pula yang jadik di sini...di Kg Bujal,Kemaman 26 Mei lalu,robohnya Masjid Desa Makmur bukan kerana tsunami,tapi ngauman jentera berat 'buldozer'  yang meranapkan masjid tersebut...............sungguh menyedihkan !

agak pilu jugak melihat sebahagian penduduk mengalirkan air mata dan bersungguh-sungguh mempertahankan rumah Allah tersebut.dalam paparan  tersebut dapat dilihat penduduk berkumpul sama-sama membangkang tindakan yang tidak patut itu.memang pada mulanya diberhentikan kerja tersebut,namun selepas zuhur,penduduk terkejut apabila kembali ke situ- hancur ranap semuanya..

masjid tu masih lagi dalam pembinaan tapi sudah pun siap separuh dan para penduduk dah pun boleh mengerjakan solat di di dalamnya. (tolak tanggapan mengatakan tu merupakan markaz P**) memang sedih melihat semua tu.sempat ana ambik sedikit image dari video tu utk dijadikan gambaran sebenar,pk nak letak sini tapi ade masalah type file,payah nak upload sini,just beberapa je yang boleh letak...erm,tapi gambaran dan kisah gempar ni leh diikuti dari web www.tranungkite.net .turut menarik perhatian apabila pemandu jentolak tersebut menjadi serba salah sama ada hendak meneruskan arahan merobohkan masjid tersebut atau tidak apabila seluruh penduduk kampung melaungkan takbir yang bergema begitu hebat sehingga pemandu tersebut sebak dan menangis.satu bukti kekuasaan Allah yang dapat meresapkan jiwa hamba-Nya dengan kesedaran melalui kalimah kebesaran Allah yang dilaungkan.ana bukan nak perhebat atau menyedapkan cerita,tapi inilah realiti sebenar yang ana tengok dari video tu.tiada langsung rekaan atau tambahan .ianya video yang jelas lagi nyata.cukup terharu melihat kesungguhan penduduk menentang tindakan tersebut..maaf la ,bukan berniat nak menonjolkan pihak pembangkang ,dan bertindak pro-P*S(tapi memang x menjadi kesalahan pun..) cuma kalau dah tahap merobohkan masjid ni,memang takleh nak disorokkan lagi..kekejaman camni memang patut dihebahkan.bukan berniat menghentam,tapi sebagai rakyat yang prihatin lebih2 lagi berkaitan sesitiviti agama ,yang dilakukan oleh sesama Islam,cukup mengecewakan...teringat kat last2 video tu,ditemubual seorang penduduk situ,pendatang dari Indonesia yang turut bergotong royong membina masjid itu,merasa kesal dan terkejutnya dirinya melihat tindakan kerajaan sebegitu yang belum dilihat lagi kat mana2 selama ni...namun ia berlaku di negara ini,di sebuah negara Islam............apakah niat sebenar kerajaan sehingga rumah ALLAH yang dibina di atas bumi ALLAH bertujuan untuk beribadat dan dimakmurkan oleh umat Islam dirobohkan ? beginikah agenda ISLAM HADHARI yang dicanang2kan tu?terkesima ku menyaksikannya....ana bukan ingin mengatakan yang ini fanatik pembangkang,tidak sama sekali! tapi kalau dah rumah Allah yang dibina dirobohkan..apa kes? 

Gambaran Kejadian Roboh Rumah Penduduk dan Masjid
FrU yang dikerah untuk apakah ??penduduk berkumpul
sayu seorang kariah melihat.....jentolak meruntuhkan asas rumah penduduk
tangisan seorang muslimah...hiba melihat ....
bantahan penduduk,ALLAHAUAKBAR !berkumpul di hadapan masjid
pemandu serba salahsebak mulai terasa
sedih....sebak....jentolak berjaya ditawan,Allahuakbar !
syukur..namun,selepas itu ...doa ramai-ramai..syukur,tapi..

masih banyak lagi...ini gambaran ketika masjid tidak jadi dirobohkan..ku sangka panas sampai ke petang,rupanya rebah jua rumah Allah akhirnya...boleh ikuti kat tranungKite..

WASSALAM


Posted at 10:06 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed