Saturday, October 09, 2004
taubat nasuha


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

-KeredhaanMu (INTEAM)

Ya Allah,ampunkan dosaku.....
Entah bagaimana hari ini berasa cukup sayu.Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberi nikmat iman dan islam walaupun diri ini sentiasa direntangi pelbagai dugaan duniawi yang majazi.
Terdengar alunan nasyid doa taubat ini begitu menyentuh hati.Tak tergambar apabila wali Allah Rabiatul Adawiyah yang menuturkan doa taubat ini penuh keikhlasan dan pengharapan dalam pengabdian beliau sehinggakan cinta kudusnya hanya pada yang Khaliq.Terlintaskah hati kita untuk mendambakan sepenuh hati kita hanya pada Allah Taala ?
Tak terhitung dosa dan noda dalam diri ini dari hari ke hari.Yang pasti,Pintu taubat masih terbuka untuk kembali pada Allah dan memohon inayah Ilahi.Ikhwah akhawat sekalian,sama-sama kita doakan agar kita masih berada di landasan iman yang kukuh,tidak tergelincir dan terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.

Ana harap,persiapan kita menyambut Ramadhan tahun ini dengan penuh keinsafan di hati dan pengharapan rahmat.Bersyukurlah kita dapat menjalani kehidupan kini dalam keadaan sempurna iman,kehidupan yang terjamin dan selesa.Hayati Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelma ini dengan sepenuh penghayatan.

Tiada apa yang hendak ditulis pada hari ini.Insya-Allah,jika ada apa yang terbaru dan bermanfaat untuk kita berkongsi bersama,akan ana maklumkan di sini.
wassalam.

"Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan,bulan yang diberkati,Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka,pintu-pintu Neraka ditutup dan iblis dibelenggu; juga terdapat dalam bulan ini yang lebih baik daripada seribu bulan; barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."  (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Posted at 12:30 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed