Sunday, May 15, 2005
guru oh cikgu ~~


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Alhamdulillah peluang masih terbuka untuk diri ni meneruskan kalam di lembaran serba dhaif ini namun cuba memanfaatkan apa yang terbaik untuk dikongsi..meniti minggu2 yang agak sukar untuk ditempuhi..imtihan ~!! midterm exam dh pun start.baru 5 paper settle,tp cukup menyulitkan..huhu,takpe2 dah usaha,buat yang terbaik,apapun result yg kuar,redha...yang belum settle,ada masa lagi nak kena struggle..pandai2 la rebut peluang yang ada..
hehe...[just motivate myself]...~

esok...16 mei,hari Isnin? ada ape dengan esok? huhu..bagi yang sedar yang dirinya masih budak sekolah,dioghang patut takleyh lupa tarikh ni..hari guru.tapi apsal hari 16 mei je kan?kalau ari lain,takleyh ke kita nak rai,nak sambut ,nak bagi hadiah kat cikgu..? ehehe,saje je tanye ,nak wak camne kan,dah memang orang raikan pada hari ni,kita ikut je la kan.apapun,kita ni bagi yang masih bergelar budak sekolah,kene hargai la kan apa yang cikgu @ guru @ ustazah,ustaz @ mua'lim @ teacher,sir ajarkan,curahkan amende2 pun yang beri faedah dan kejayaan kat kite..tanpa guru yang mengajar,mungkin kite ni banyak yang jahil,dok tau nape ..jadik,kalau setakat bagi hadiah kat cikgu tapi pastu masih tido masa cikgu mengajor,brpotpetpotpet kat belakang masa cikgu duk bercakap kat depan,masih lawan kata cikgu.. wat aper gop,dok gune la hadiah yang dibagi kalau hati cikgu selalu disakiti..paling penting,keikhlasan kita dalam nak menghargai guru..mungkin guru skarang ni ada yang tak kisah kalau anak didik dioghang x ambil pot pun pasal ari guru, x bagi hadiah kat dier..tapi, sekali seorang pelajar tu menunjukkan bukti sebagai penghargaan kepada guru sekalipun ucapan dari tutur kata yng terbit dari isi hati yang ikhlas cukup membuatkan hati cikgu rasa tersentuh,terharu..[ecess,macam penah jadik cikgu lak] ..jadik,nak disimpulkannyer,sentiasalah kita menghargai guru atau cikgu kita yang duk berpenat lelah mengajar kita ilmu..jangan nk tunggu 16 mei je,skarang pun boleyh nak ucap mekaseh kat cikgu kalau betul2 seorang pelajar yang baek,tepon cikgu...eheh,tapi jarang r orang buat camtu,cikgu pun kate pelik kekgi...kui3..~
ok ar,just catatan ringkas ambik mood ari guru esok..dengar2 sekolahku nak buat majlis grand punye,betul ke idok ntah r..apapun,semoga majlis berjalan dgn baik dan lancar...ameen..~

~~~TERIMA KASIH GURU~~~
[ MIRWANA ]
Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

WASSALAM

Posted at 11:40 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed