Thursday, May 05, 2005
next Nasyeed syahdu (@_@)


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Di dalam cahaya-Mu Tuhan ku harap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang

Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun

C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat

penah dengar dop nasyid ni? Tuhan Yang Esa - Inteam..erm,dah lama gak tercari2 lirik ni.first time dengar memang dah rasa best jer.liriknya memang baik,cukup syahdu bila dihayati..erm,tapi kalu orang lain ntah la..kiranya lagu ni leyh wak bahan nak muhasabah diri secara tak langsung..melalui nasyid =)  ~Hiburan mendidik jiwa,Usah sampai terleka..

Alhamdulillah,berpeluang juga ikuti kuliah Maghrib dari Ustaz Haji Mokhtar[bekas Imam Besar Masjid Negeri..sekarang x silap yang baru namanya Ustaz Haji Fadhli,penah bagi ceramah maulud ari tu.] erm,sape2 yang penah dengar kuliah ustaz Mokhtar ni memang akan rasa terpanggil nak ikuti lagi..hihi,kata camtu pun bukan apa,pasal memang betul2 baik cara penyampaian yang tenang dan penjelasan dia bagi..sebelum start kuliah,diajak semua jemaah tadarus Al-Quran beberapa ayat kemudian diberi tazkirah berkaitan dengan ayat yang dibaca tu..kirenya orang yang baca sama2 boleh ambil pengajaran sekaligus,bukan dapat baca semata2...

semalam, masih berkisar pada bab yang belum abis lagi...kitab Imam al-Ghazali,tapi tak brapa ingat nama kitab terjemahan tuh..bab berkaitan dengan sifat khauf(takut) dan rhaja'(harap)..agak lama dah pasal bab ni.. tapi kuliah yang disampaikan tu memang berkesan sehinggakan tak terasa nak beralih bab lain..sayu je bila dihuraikan secara terperinci sifat2 mahmudah ni yang semestinya subur dalam jiwa umat Islam,ditambah dengan alunan Al-Quran dan diberi contoh semasa yang tepat memantapkan lagi kuliah yang dia bagi..

perlu diketahui, dengan sifat khauf atau gerun/takut pada kekuasaan Allah akan menghindarkan kita dari perkara2 yang mengundang kemurkaan-Nya manakala sifat rhaja' atau harap pada rahmat Allah akan membangkitkan keyakinan dalam ibadat dan kekuatan dalam mengharap keredhaan-Nya..
jadi,bagi menyuburkan sifat2 itu ke dalam hati kita yang kadangkala keras kadangkala lembut ,perlulah istiqomah dan bermujahadah lebih dalam mengerjakan amalan yang salih..dan bagi melahirkan rasa khauf,yakni gentar,gerun dan takut pada kekuasaan Allah ,syeikh telah bagitau 4 cara :
pertama - dengan sentiasa menghisab diri,yakni meneliti dosa2 yang pernah dilakukan selama ni,sama ada dosa kecil apatah lagi dosa besar. merenung kembali dosa noda yang pernah dikerjakan akan membangkitkan rasa hina di dalam hati dan akan terlintas dalam hati rasa kebesaran dan kekuasaan Allah taala.
kedua - dengan sentiasa mengingatkan diri terhadap ancaman dan gambaran yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith berkaitan azab seksa Allah jatuhkan ke atas sesiapa yang mengingkari-Nya. mengingati azab dan seksaan yang dahsyat yang digambarkna dalam Al-Quran serta hadith seperti seksaan neraka,azab kubur dan saat menyeksakan di padang Mashyar akan membangkitkan rasa insaf dan gerun pada Allah taala.
ketiga - dengan menyedari diri ini adalah manusia yang lemah.lemah segala-galanya.lemah untuk menanggung seksa Allah taala yang akan ditimpa ke atas kita . Sedangkan api di dunia tak mampu ditahan kepanasannya,inikan pula untuk bertahan dengan azab api neraka. diri ni tidak berdya langsung untuk melindungi diri sekiranya ditimpa pelbagai ujian,bencana dan azab .Lihat sahaja contoh dari peritiwa tsunami,sekali Allah kerahkan tentera-Nya(air,laut) maka lenyap hancurlah semua yang ada.manusia semua mati kelemasan.Betapa lemahnya kudrat kita.....
keempat - dengan memikirkan akan kekuasaan Allah untuk bertindak apa saja terhadap diri kita.Allah maha berkuasa untuk menurunkan azab kepada kita,memberi ujian besar pda diri kita,dan mematikan kita bila2 masa sahaja. Ini akan membangkitkan rasa betapa rendahnya upaya seorang hamba terhadap pencipta-NYa. manusia langsung tiada kudrat untuk mencabar kudrat yang maha hebat Allah taala , tetapi sedarlah Allah Maha berkuasa sepenuhnya terhadap kita..

sekadar itu,sedikit input yang sempat diperoleh daripada kuliah Ustaz Mokhtar . sesapa yang nak gi dengar kuliah dier,kat masjid terapung Rabu malam Khamis..[promote noO...] (^_^)
WASSALAM


Posted at 07:10 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed