Friday, October 08, 2004
Perjuangan Belum Selesai

MERDEKA ???!!!

PMR sudah pun berakhir.
Tapi,boleh ke nak happy sangat ?
Macam hidup ni dah capai tahap kemuncak kejayaan ....

ana cakap macam tu pasal pelik tengok sekumpulan 'saing-saing' ana dari sekolah lain yang berdekatan dengan SHAMS -agaknya sekolah mana ek- bawak motosikal meraikan 'kebebebasan' yang mereka peroleh, buat bising,'blow' diorang punya kapcai tu seolah-olah memperoleh kemenangan yang sudah pasti dalam genggaman.Ingatlah,perjuangan ini belum lagi berakhir.Perjuangan sebenar tidak akan ditentukan kemenangannya hanya apabila 'berhenti seketika'.

Ana ambil contoh senang,sirah nabawiyyah dalam Perang Uhud,pejuang Islam yang bertahan di Jabal Rahmah(berdekatan bukit Uhud) bersorak kerana menganggap mereka sudah pun menang dalam perang tersebut lalu menyerbu segala alatan perang milik tentera kafir Quraisy yang ditinggalkan di kaki bukit.Rasululah s.a.w. melarang mereka kerana mengetahui musuh akan kembali,tetapi mereka tidak mengendahkan.hanya segelintir sahaja yang patuh arahan Baginda s.a.w..Kesudahannya,tentera Islam telah diserang balik oleh tentera musuh yang melalui belakang Bukit Uhud.Dalam perang inilah umat Islam mencapai kemenangan tetapi tewas kerana sifat tamak pada kebendaan.

Jadi,bagi candidate PMR '04 yang baru selesai hari ini,tawakkal sangat penting tika ini.Bukan melarang terlalu berseronok,pasal ana sendiri pun gembira jugak.Dah tak jadi bookworm untuk seketika ini.Nak berseronok,dipersilakan.Hilangkan dulu kegusaran mengenai PMR yang dah berlalu,tenangkan fikiran.Tetapi,berpada-padalah.Kita berdoa agar apa yang telah kita usahakan mendapat hasil yang seperti diharapkan.insya-Allah,pemeriksa juga manusia biasa.Jika Allah perkenan hajat kita,akan dibuka hati pemeriksa untuk beri pemarkahan yang terbaik.Keyakinan paling penting masa ini.
 
Petang tadi baru habis tengok filem baru Jackie chan,'New Police Story'.Fuh,not bad.Jalan cerita menarik.Untuk lepas tension,tengok cerita 'action' best jugak.jangan sampai ke tahap lagha' atau melemahkan iman sudah...
Oklah,berhenti sini dululah untuk hari ini.Malam ni dengar carta IKIM.fm dengan senang lenang.Hihi,tak ada lagi nak menyelam sambil minum air;study sambil pasang telinga dengar radio.
ilalliqa' wa maas salamah.

wassalam

Posted at 12:43 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed