Tuesday, May 03, 2005
muhasabah diri


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


Dekat,dekat dan makin dekat..apa yang dekat? ohh,exam rupanya.tapi ade lagi yang lebih dekat.....[Maut -kata hujjatul Islam,Imam Al-Ghazali ]..ermm,Exam bagi setiap pelajar sangat penting bagi mereka.exam lah yg akan mengukur setahap mana ilmu yang mereka selama ni dapat dan difahami sepenuhnya..kalau result baek,kiranya dah menguasai ilmu itu dengan sebaiknya,tapi ilmu kalau takde amalan susulan ,tak gune jugak kan..?
 sama jugak dalam kehidupan manusia. Sememangnya,hidup atas dunia ni merupakan satu ujian kepada kita ..masa ni lah kita cuba menghadapi ujian penuh mencabar ni betul2 utk pastikan kita cemerlang di sana di samping menambahkan sesuatu seperti amal kebajikan agar dapat membantu kita memudahkan untuk menerima 'result' kat sana sekaligus menerima 'reward' .....
sama-sama muhasabah diri kita..check out this article...~

Oleh : FazakkiR
Alhamdulillah syukur kita sebanyak2nya pada Allah yang telah memberi nikmat yg x terhingga kpd kita.Syukur atas nikmat iman dan islam yang bila kita bangkit dari tidur tadi kita masih lagi beragama Islam dan harapnye begitulah sehari-hari sampai kita ke kubur nanti.Tapi berapa ramaikah yg sedar akan nikmat islam dan iman ni, yg mana dianugerahkan kpd kita sejak kecil lagi.Bagaimanakah agaknye keadaan kita jika lahir2 je dah tengok patung buddha dlm rumah kita? Alangkah beruntungnya kita ni, dipilih oleh Allah sebagai penganut agama yg diredhainye, yg dijanjikan syurga utk kita sebagai balasan terhadap hamba2nya yang taat pada perintahnya.Tapi sebenarnya tidak semudah itu.
Adakah kita sudah memenuhi syarat2 dan hak yang patut kita buat sbg org Islam? Malah kita amat jahil tentang ilmu agama kita sendiri.Kita masih melakukan maksiat dan perkara2 yang ditegah oleh Allah walaupun tahu benda tu salah,di manakah silapnye? Jawapannye adalah IMAN ,dan iman itu lahir daripada hati yang bersih, hati yang kenal Penciptanya,hati yang tunduk dan malu terhadap Rabbnya..so bila kita tidak mempunyai hati seperti itu,ditambah lagi dengan kekotoran dosa dan maksiat,sudah keras lagi membatu , maka jadilah kita sebagai orang yang tidak malu melakukan dosa, malah bangga dgn dosa yg dibuatnya.Hatinye sudah tidak lagi sensitif disebabkan karat2 jahiliyyah yg sudah lama tidak digosok dan dibersihkan.nauzubillah..

Jadi, apakah solution terhadap masalah ini? jawapannye adalah kita kembali kpd Al-Quran, mukjizat yg paling besar, penawar dan ubat bagi seluruh umat manusia, manual kepada seluruh pengguna2 alam ini.dan Rasulullah telah diutus utk memandu umat manusia dan menunjukkan contoh terbaik supaya dijadikan ikutan utk kita semua.Jadi,tidak hairanlah dunia sekarang sudah dipenuhi lumpur2 kejahatan dan ketidakadilan sebagai balasan kpd kita yg membelakangkan Al-Quran dan Sunnah.Manusia lebih rela menggunakan akal fikiran yg cetek lagi terbatas utk menentukan hukum2 dan menyelesaikan masalah.Alangkah ruginya manusia!! Bagi kita yg sudah ditakdirkan hidup di zaman kemerosotan Islam, adakah kita pernah berfikir ,setiap perbuatan yg kita buat , adakah menolong menaikkan Islam atau adakah kita ni agen2 yg diperkudakan ke arah menjatuhkan islam itu sendiri ? Berapa banyakkah usaha yg sudah kita buat utk menolong agama Allah ini? atau tidak ada langsung?? Di manakah maruah kita sebagai orang Islam ? Adakah kita tidak belajar sejarah Islam dimana Islam pernah memerintah 3/4 dunia, dimana syariat islam ditegakkan, kalimah Allah dijunjung dan ditatang ..Alangkah bangganya kita terhadap Islam yang dahulu. Tetapi keadaan umat Islam yang ada sekarang amat menyedihkan lagi memilukan. Saudara2 kita ditindas, dibunuh serta diseksa di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya, Pakistan dll sedangkan kita yg duduk di sebuah negara yg boleh dikatakan aman masih boleh bersuka ria dan bergelak ketawa ,membuang masa dan hanya memikirkan dunia kita sahaja.Kita hanya memikirkan bagaimana nak jadi engineer, doktor, berumahtangga ,beranakpinak dan memiliki rumah yg besar utk kebahagiaan, kononnye....Di manakah letaknya sensitiviti kita sebagai umat Islam apabila melihat sedara kita diganyang dengan tidak berperikemanusiaan! ye...memang kita boleh kata kita tak mampu nak tolong ,kita hanya sekadar boleh mengeluh dan mengutuk Israel dan Amerika , tapi pernahkah kita terfikir utk mengambil pengajaran dan membina diri menjadi individu muslim yang betul2 taat kepada Allah? Pernahkan kita terfikir utk meningkatkan keimanan, memperbanyakkan ibadah dan membetulkan niat dalam kehidupan kita seharian? Adakah kita nak membiarkan iman kita setakat yang ada sekarang je?

Pembinaan diri menjadi seorang yg betul2 beriman dan sahsiah yg mantap sebenarnya boleh dijadikan sebagai salah satu usaha kita utk menolong dan membetulkan keadaan umat islam yang ada sekarang .Bagaimana Islam nak tertegak jika ruh Islam tu takde dalam setiap diri muslim? So, setiap perubahan tu mestilah bermula dari dalaman ,maknanya setiap org bernama muslim tu kena berubah dirinye dahulu sebelum boleh merubah keadaan sekelilingnya .Jangan kata cakap Islam tak mampu kembali tertegak dan memayungi dunia dengan keadilan jika diri kita sendiri tidak berubah...

Oleh itu, wahai saudaraku, marilah kita sama2 muhasabah diri adakah kita sudah memenuhi tuntutan dan kewajipan islam sebagai saham kita utk menolong umat islam dalam keadaan yg ada sekarang .Adakah kita masih lagi leka dengan hiburan, perkara2 yg tidak berfaedah dan tunduk pada hawa nafsu dan tertipu dgn godaan syaitan ? Pasanglah niat utk berubah ke arah kebaikan ,demi maruah agama kita sendiri dan jugak utk keselamatan kita di dunia dan akhirat . Ingatlah ,masih belum terlambat utk merubah diri. Tingkatkan ilmu, perbaiki dan tambahkan amalan, jaga iman dan elakkan diri dari maksiat dan sia2, luruskan niat kerana Allah, cintalah Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya .Jangan mata kita dikaburi dgn dunia yg sementara, jangan dilayan nafsu kelak memakan diri, dan belek2 lah al-Quran dengan mengetahui tafsirnya, kerana dengan hanya membaca ubat saje takkan elok sakitnye. Jadikan Al-Quran pegangan dan Rasulullah sebagai ikutan dan idola kita. Semoga usaha2 kita tidak sia2 kerana janji2 Allah pasti benar . Doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam seluruh dunia.Perjuangan kita masih lagi panjang dan liku2 cabaran mestilah dilalui dgn tabah, tekad, bersungguh2 dan penuh semangat. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.


WALLAHU'ALAM.

Posted at 05:54 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed