Sunday, May 01, 2005
Bersahabat Dalam Islam


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

Cuti 3 ari ni tak habis camtu je..Alhamdulillah,Jumaat lepas dapat gak jupe member2 lama yang lama dok diketemui..eheh,macam biasa ar. borak2 kejap nge dioghang - Kamil(duk SMAAZA sama nge Amir) , Syafiq still kat MRSM , Izzat duk sini lagi, Wafi kat sek teknik . pastu,kelmarin,tak sangka pulak masa duk termenung(angau ke ?huhu..) kat masjid terapung lepas asar jupe pulak ngan Firdaus,tunggu sorang lagi sahabat ,Nazirul..huhu,lama gak sembang nge dioghang sampai nak dekat ngan Maghrib jugak..ehehe,maklumla,si Nazir tu lening duk PC(sama ngan Jamal) -perangai still gile2 ek..cuma Puden aka Eddy je(hehe) tak jupe,nak jugak dgr citer dari MCKK .hihi..teringat pulak kat 'mamat breakdance' ni..huhu~ ;) 
ok,kali ni cerita sikit perihal sahabat..Syarat2 bersahabat dalam Islam dan ciri2 sahabat sejati...jom jenguk,dan amalkanlah dalam melayari keindahan persahabatan sesama kita ... (^_^)

1. BERAKAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya.

2. BERAKHLAK MULIA
"Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”-Saidina
Ali.K.W“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu”

3. BAIK HATI
Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkan kebaikkan.

4. ZUHUD
Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengigati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia.

5. BENAR
Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.

Sifat2 Sahabat yang baik :

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

Oleh yang demikian,maka ketahuilah kita syarat2 bersahabat dan bagaimana mencari sahabat yang betul2 dikatakan sahabat.Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi,“ seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan kekasih (teman)”yang terakhir, antara hak2 sahabat ialah:
“ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”.
semoga sama2lah kita insan yang dhaif lagi alpha tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat dapat menjadi sahabat yang benar2 sahabat...


WASSALAM.


Posted at 07:09 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed