Saturday, April 02, 2005
HUFFAZ II


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya

"telah ku mungkiri , janjiku lagi..lalalalaa..."mirwana punye lagu...aku tanpa cinta-Mu...
nombor 1 lagi lagu ni..huhu,best gak dengar tapi bila dah selalu dengar,jadik bese lak..hehe,tapi lagu ni memang ada penariknye,pada liriknya..best kalu diamati betul2..walaupun muzik dia tu cam lain skek(tapi ok )..pepun,takpelah,heheh,mesti ramai yang frust coz inteam jatuh..hihi..ala,takpe,ader 2 lagu inteam..hebat la tuh..hii..
yang sedeynya,lagu rast dah kluar..huhu, minggu depan hijjaz pulak yang masuk. hmm,tp kan,lagu rast tu best apa..lagu motivasi pertama yang memotivasikan diri ni.lirik power sheikhh ! hehe..tp nak wat camne,undian ramai ,ramai tak gemar mane kut lagu tuh,gini la jadinyer...ahah,lantak la..dengar nasyeed sbg halwa telinga yang baik,jangan jadi lalai sudahh..kan ?
eh,paham ke tidak ? kalu tak paham,takyah paham la....hehhe,saja je citer skek, selingan carta semalam..ikiki..

ok,dulu penah bagi info bab hafal Quran(huffaz)..kali ni nak tambah lagi..menarik kalu baca ni,lagi menarik kalu dipraktikkan..fuh,aman dunia akhiat..=)

ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QUR'AN  (SUMBER UKHWAH.COM)

* lkhlaskan niat.
* Bersabar.
* Mulakan bacaan dengan Bismillah.
* Banyak berdoa kepada Allah sm.t.
* Bersih dari hadas kecil dan besar.
* Sebaiknya menghadap kiblat.
* Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
* Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
* Memberikan tumpuan sepenuhnya.
* Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
* Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
* Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

SEBELUM MENGHAFAL

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebefum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik "Chunking” (potongan2)

* Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
* Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
* Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
* Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Ai-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

* Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kah (10 atau lebih)
sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
* Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
* Selepas menghafal satu muka surat diulang beberapa kali sebelum
diteruskan ke muka surat seterusnya.
* Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang
bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

* Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan lebaran.
* Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
* Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada
mashaf.
* Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

* Pilih seorang teman yang sama minat.
* Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
* Orang yang kedua membaca dengan disernak oleh orang yang pertarna.
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset/CD

* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa
qari bagi surah-surah tertentu.
* Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal
beberapa kali.
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga
terpahat di fikiran.
* Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau
tinggalkan pendengaran lagu-lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

* Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk
memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
* Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut
beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

* Tulis kembali muka surat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau
setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword‘

* Buat beberapa kotak.
* Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
* Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword atau kunci bagi mukasurat tersebut.
* Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

* Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
* Semasa melelapkan mata, dengar kaset/CD bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
* Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset/CD di minda kita.

J. Teknik "Mind-mapping“

* Sagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat
pertama rubu' tersebut dicabangnya.
* Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau
rubu'.
* Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang
lebih kecil bagi rubu'.

MENGEKALKAN HAFALAN

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-iain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat sunat Taqwiyatul hifzi.
5. Menetapikan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.

MUDAH-MUDAHAN IKHWAH SEMUA DIDALAM NAUNGAN KERAHMATAN ALLAH DAN PARA MALAIKAT DALAM MENGISIKAN ALQURAN DIDADA. INSYA ALLAH.

~AL-QURAN PEMBENTUK AKHLAK MULIA~
WASSALAM.

Posted at 03:20 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed