Sunday, March 27, 2005
Apa dah jadi ?


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

mula2 nak taruk,tulih pasal entry lain..then bila baca kat satu forum pasal kontroversi seorang prof wanita jadi Imam kat AS minggu lepas,terus rasa nak letak beberapa pic si Amina Wadud jadik imam kat AS yang menggemparkan dunia Islam tika ini..dia yang kononnya memperjuangkan hak wanita bertindak keterlaluan yang mengundang kemarahan seluruh umat Islam seluruh dunia..semamangnya Islam tidak pernah membezakan lelaki dan wanita.Dalam Islam lelaki diamanahkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin wanita.Banyak hikmah tujuan lelaki diamanahkan untuk jadi pemimpin wanita. Malangnya,ada jugak segelintir yang bersalahan pada hakikat itu.......beginilah jadinya,bila diri dihambat semangat gender equality...huhu..


AMINA WADUD
 -- Pengasas Sisters In islam Malaysia.(sedang melatih puteri UMNO menyokong perjuangannya) 
 -- Rakan karib Marina Mahathir
 -- Professor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University
 -- terlibat dalam Persatuan Kebebasan Wanita Muslim dan MuslimWakeUp.com
bawah ni pulak gambar2 semasa dia jadik imam(sumber Ukhwah.com)...
dioghang smayang kat dalam gereja,coz sume masjid kat NY enggan benarkan dier wat solat jumaat ikut teori dia tu..jadi,umat Islam kat NY bukan semua menyokong teori Amina Wadud tu sebaliknya menentang keras !....yang jadik makmunnya segelintir pengikutnya yang lebey kurang 100 orang..


solat jumaat yang dah dirancang dan dihebahkan,tengok kat tepi tu,penuh cameraman..urm..


khutbah jumaat daripada seorang wanita..bida'ah akhir zaman !


mazhab apa dia pakai ? kesesatan yang nyata..na'uzubillahimin zalik .

 
pelik tapi betul..!!.ISLAM dikelirukan oleh umatnya sendiri...makmun lelaki+wanita dalm satu saf ..


ke manakah hala tuju dia ni ?ke arah keredhaan-Nya atau kemurkaan-Nya ?

tindakan dia ni mendapat kritikan dari seluruh ulama2 tersohor di dunia...sumenya mengutuk keras tindakan Amina Wadud ini..
ana ambil satu petikan(translate dari Islam Online-fatwa Application)oleh Dr Yusof Qardawi :
 "Nasihat saya kepada ukht Amina Wadud, agar dia rujuk dan kembali ke pangkuan Tuhan dan Agamanya. Memadamkan api fitnah yang tidak sepatutnya dinyalakan. Saya nasihatkan kepada saudara-saudari saya dari kalangan kaum muslimin di USA, supaya tidak terpengaruh dengan seruan-seruannya. Hendaklah mereka berdiri dalam satu saf dalam menghadapi fitnah yang berlaku ini."

..dan banyak lagi nasihat serta kecaman ditujukan kepada Amina Wadud ni...masing2 menyuruh Amina Wadud kembali ke pangkal jalan,ke landasan yang sebenar...sapa tak marah kalau ada orang yang buat sesuatu ibadat dengan cara dan kehendak dia sendiri yang terang2 bercanggah spt yang disyariatkan..
tp yang peliknya...di Malaysia ada jugak seorang tu yang digelar ulamak liberal(ular dalam semakk!) menyokong tindakan Amina Wadud ni...saperkah dia ?
pemutarbelit seantero negara terkenal..astora jabat !!baca tulisan dia kat Utusan kalau tak caya..
hmm, tu je la setakat ni..ada keje lain..=)
WASSALAM .

Posted at 10:31 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed