Thursday, September 30, 2004
SEMOGA BERJAYA DALAM PERJUANGAN

Ishh...apa ana ni?Kenapa 'mungkir janji' pulak ni ?Kata tak nak taip blog sehingga selesai PMR ?Sekarang dah tak tahan ke ?

Ana rasa nak ambil sedikit masa pada hari ini,yang mana PMR hanya tinggal kira-kira 3 1/2 hari sahaja lagi pada saat ana taip sekarang ni.Ana tulis ini semua pun sekadar untuk tidak ingin melepaskan peluang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada minggu terakhir perjuangan seorang mujahid SHAMS sebelum bersiap menuju ke medan perjuangan sebenar.

Kelmarin,29 September 2004 telah diadakan Majlis Persaraan Guru dan Majlis Perpisahan beberapa orang guru yang bertukar.Guru yang bersara,Sir Amri Abdullah dan Cikgu Engku Raziah Engku Long Haji dan guru yang bertukar pula spt Cg. Rokiah Idris,Ustaz Wan Fauzi dan beberapa orang lagi.Mereka ini diraikan dalam majis yang meriah di Dewan Gemilang SHAMS.Guru-guru yang bertukar kesemuanya tidak hadir(kalau tak silap) .Yang ada,2 orang guru yang akan bersara.Ana pun tetap hadir walaupun keberatan juga pasal baik study di rumah.Tapi tak mengapalah,demi meraikan guru yang akan meninggalkan SHAMS,ana luangkan jua sedikit masa.Ramai juga sahabat2 di kelas 3 Ibnu Abbas;lebih separuh yang tidak hadir.Apapun,Sayonara, Sir AMRI !!

Majlis Penitisan Ilmu.....

Hari ini,30 September 2004 pada pukul 10.30 pagi diadakan Majlis penitisan Ilmu PMR .Semua guru Ting. 3 dan calon PMR berkumpul di Dewan Gemilang SHAMS.Hmm...apa nak kata tentang majlis ni ye?Majlis ni bolehlah dikatakan majlis memohon restu dan kemaafan dari guru2 yang mengajar oleh calon2 PMR.Selepas bacaan doa oleh ustaz Mohamad,disusuli ucapan dari wakil pelajar tingkatan 3 yang thiqoh,Luqman Hakim.Selepas tu pulak,ucapan dari wakil guru,siapa lagi kalau bukan Ustazah Rokiah Hassan.Ucapannya tu bermula dengan titisan air mata yang sarat dengan keterharuan terhadap pelajar-pelajarnya.Hmmm,boleh tahan ucapan beliau.Berapi-api,sarat dengan dorongan dan nasihat yang membakar semangat calon PMR SHAMS tahun ini.Sememangnya harapannya itu tidak akan kami sia-siakan,insya-Allah.Selepas tu,ucapan dari cikgu Engku Raziah(yang bersara hari ini) dan disusuli ucapan Puan Anuar Harun.Ucapan terakhir pulak semestinya ucapan dari UMMI yang disayangi.Kesemuanya memberi perangsang dan sokongan dengan harapan yang satu,berjaya dengan penuh gemilang.Last sekali,acara klimaks pada majlis itu;majlis memohon restu kemaafan dari guru-guru yang mengajar Tingkatan 3.Dimulai oeh pelajar muslimin,masing-masing bersalam-salaman dan memohon maaf dan restu .Yalah kan,mungkin ada terumpat,terkata benda2 yang tak baik terhadap guru,so masa nilah setiap calon meminta maaf.Lama jugak acara ni berjalan.Yang muslimin makan masa sekejap je,yang muslimat berjela-jela panjang.Masing-masing berdakapan dengan guru2(kebanyakan perempuan).Yang tak tahan untuk menitiskan airmata pun ada.Takpelah,asalkan air mata tu lahir dari hati sanubari yang ikhlas dan tulus.Terkilan juga pasal lupa nak dakap guru lelaki cemerlang,siapa lagi..cikgu Abdullah Zawawi.Tak mengapa,dah salam dan meminta maaf pun dah memadai.

Ana pun tak tahulah sama ada majlis ini benar2 memberi kesan mendalam kepada calon-calon PMR.Pasal ana nampak yang masih bergurau-senda dan penuh girang,macam dah confident 9A dalam genggaman pun ada.yang dah sedar tu,masih ada lagi dan Alhamdulillah,ramai juga bilangannya.Tak kisahlah tu,asalkan semuanya benar-benar bersedia menempuh ranjau sebenar Isnin hingga Jumaat nanti.

Setakat ini sahaja ana nak tulis.Persediaan dah hampir lengkap,sempurna.Hanya tunggu masa untuk membuktikan apa yang telah dipelajari selama 3 tahun di SHAMS akan menunjukkan hasil memberangsangkan.
Mampukah 160 orang calon PMR SHAMS merealisasikan target yang dikehendaki ?Jika melebihi,syukur tak terhingga bagi semua pihak khusunya pihak sekolah sendiri.

~Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya !

"Sesungguhnya di sebalik kesukaran itu ada kesenangan.(Dan diulang) Sesungguhnya disebalik kesukaran iu ada kesenangan." 
                                                             
Al-Insyirah :6-7.

Posted at 07:29 pm by sahabat_amin

shahrulazeribestcouple
July 16, 2007   04:37 PM PDT
 
i want all student who want to sit for pmr do the best and be confident to yourself..............
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed