Sunday, March 13, 2005
lagi lirik nasyid syahdu


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

cuti sekolah sekarang ni..tapi istilah cuti rasenya takleh pakai,coz banyak keje,assignment ...homework bertimbun2 ni walaupun taklah setinggi mane pun..tapi still sebok nak siapkan sume tu~huhu..bayangkan la,semua kerja tu nak lepas cuti,takleh dah nak bersenang lenang minggu ni..ermm,dakpe2,ujian Allah taala..=)

ok,kali ni nak bagi satu lagi lirik nasyid best...sebelum ni penah dengar camtu je lagu ni..tapi bile dengar n hayati masa Nasyid OK kat IKIM.fm dulu terus jer tangkap kat dalam kepala ni..hu,cam biasa laa,syahdu tetap menambat hatiku..ehehe,bukan syahdu apa2,tapi..erm,dengar la sendiri..baru tau camne.. (^,^)

Ku Merayu
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kudus
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu

Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

Lagu : Mujahid Abd Wahab
Lirik : Mustika Karya & Jeff Hazimin Jaafar
Programmer : Farouk Akhyar
Vokal : Xahan, Nordin & Khir

..ok..coz tanak la jadik bila orang baca kat sini tapi takde apa2 yang dapat,so kali ni meh sama2 kita tengok mafhum satu hadith Nabi s.a.w. yang menunjukkan Islam tak menolak sebarang rekreasi sebaliknya menggalakkan senaman dalam hidup umat Islam...haa.. 

Nabi s.a.w. bersabda ,"Semua perkara yang tidak berkaitan dengan zikrullah adalah sia-sia dan melalaikan melainkan empat perkara,iaitu berlatih memanah,melatih kuda untuk berjuang,bergurau senda sesama suami isteri, dan belajar berenang." (Riwayat Al-Hakim dan Thabrani)

dalam maksud hadith di atas jelas Nabi s.a.w. memberitahu 3 jenis sukan yang sangat digalakkan untuk dipelajari dan diamalkan.Itu semua bukanlah disuruh saja2 tapi ada rasional di sebalik suruhan tu.dengan bersenam dan bersukan,umat Islam akan sihat tubuh badan.Sememangnya Islam mahu umatnya sihar dari sudut fizikal agar kesihatan itu dapat membantu mereka memikul tugas-tugas pengabdian kepada Allah dengan baik.
Sabda Nabi s.a.w. " Sesungguhnya mukmin yang gagah lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah ." (Riwayat Muslim)
Justeru,bersenam dan bersukanlah selalu kita ni...ada manfaat yang akan kita peroleh ,insyaAllah...=)
WASSALAM.

Posted at 11:16 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed