Thursday, March 10, 2005
SPM ~~ epilog silam ku...


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.
 
SPM punye result...


hari ni result SPM keluar..waah,tahniah la buat sume yang amik result hari ni..tak kira la berjaya dengan cemerlang ke tak ,yang penting result tu lah hasil usaha sungguh2 ikhwah...(eh,sape la yang baca apa yang ambe tulih ni..takde orang pun..!eheh..)
haa..tahun ni dah ada rekod baru SPM..17A1 sheikh !! memang superb la si Amalina tuh..huhu,tinggi betul IQ dia sampai leh score sume sekali subjek yg dia amik..anugerah Allah taala..berkat usaha gigih dia ,terhasillah kejayaan tu...urmm,kita pun boleh ,insyaAllah !! =) 

Alhamdulillah... madrasah ku naik lagi kali ni.Baru2 ni PMR kali ni spm lak..syukur lah .Sekurang2nya telah menaikkan nama almarhum Sheikh Abdul Malek,ulama tersohor Terengganu dulu kala yang sudah lama tiada..dan ucapan tahniah la buat ukht Nor Raziana yang dapat result gempak 12A1 ..ha,nie mesti ramai pergi serbu dia..ehehe,ada nak petua,ada gak nak berkenalan...ehehe..pepun,ambillah contoh yang baik daripada mereka yang terbaik,dan aplikasikan dalam diri kita moga beroleh manfaat pada diir ini jua...kan ?

CUTI SEMESTER !

bestnya...cuti sekolah seminggu dah bermula..ahaha, dapat la rileks kejap ..erkk, huishh!! mane boleh rileks la...banyak assignment duk bersepah kat atas meja nun..huhu,ntah bila la nak siapkan tu..nak tak nak,terpaksalah mujahadah lebih cuti ni nak siapkan semua tu..erm,tahun ni kena start dah persediaan SPM '06..kuasai semua topik form 4 kalau tanak gelabah tahun depan.. tapi azam je lebih,nak buat tu la yang berat sikit diri ni..huhu ~ apapun dugaan,tugasmu adalah belajar ! belajar ! belajar !...
 -- lebih banyak ngadap PC dari study..manenya tak teruk result TOV baru2 nie..huhuhu...

ok la...
sekadar mencoret sedikit kata di kala malam ni..aa,sebelum tu,nak jugak kali ni ana kongsi 2 lirik nasyid yang syahdu sangat2...huhu~ bagi ana la...tapi lirik2nya memang menyentuh hati  ..first time dengar masa form 2,huhu..rase nak nangis derai2 je bila dengar pasal lagu ni betul2 kena dengan diri ni..insaf seorang hamba yang sarat dengan dosa noda...uhuhu...dua2 lagu ni dari group nasyid Haikal..memang lagu dioghang syahdu2 belaka...sape yang peanh dengar leh tau la..

Epilog Silam
Munsyid : Haikal
Sumber : http://liriknasyid.com

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal

Mentari Hidup
Munsyid : Haikal
Sumber : http://liriknasyid.com

Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Lagu : Khairuddin
Lirik : Khairuddin
Gubahan : Haikal

WASSALAM.

Posted at 07:36 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed