Friday, February 25, 2005
kuliah....hihi (^_^)


Assalamu'alaikum warahmatullah ...


Seminggu yang 'memeningkan' dah pun berakhir...uhuhu,bukan apa.cuma minggu ni perlukan 'perah otak' lebih sikit pasal ader exam,just TOV exam but so difficult for me..~huhu..rasenye cam berdebar2 pulak nak tunggu result kluar,pepun tawakkal ..=)
hmm..Ahad lepas,ada ceramah maal hijrah yang best diadakan kat SHAMS..best nya bukan apa,pasal ceramah tu dah jadik sesi soaljawab politik..ahaks,bukan bohong tapi memang betul punya..barulah tau rupanya ramai jugak pelajar2 SHAMS yang berani berhujah dan persoalkan bab2 sensitif kat sekolah,bab politik..depan pengetua pulak tu...ahah,semangat masing2..ye lah kan,tajuk yang diceramahkan oleh ustaz tu(suami ummi jugak..eheeh) Islam hadhari Pemangkin Kemajuan Ummah..huhu...banyak lah soalan berani mati dilontarkan..berpeluh ustaz tu nak jawab soalan2 tu...hehe..memang x rugi datang masa tu..bukan apa,first time dapat tengok keterbukaan kat sekolah dalam hal ini..pepun,open minded...=) 

hmm...sebenarnya banyak kerja dan tugasan yang ada nak kena siapkan dalam masa terdekat ni..tapi entah cam mane diri ni masih hanyut ikut perasaan malas dalam diri ni..lawan! lawan! iman yang lemah perlu dipertingkatkan,perlu lebih bermujahadah coz usia dah pun meningkat(walaupun still kebudak2an..).dugaan pun semakin banyak,pandai2lah mengawal diri ni agar terus berada pada landasan yang benar dan selari mengikut syariat Islam..
Alhamdulillah,semalam berkesempatan jugak mengikuti kuliah maghrib di Masjid Terapung oleh ustaz Abdul Aziz,mengajar kitab tafsir Jalalain...hmm,menarik jugak kupasan bab ajal dan kiamat yang diutarakan..

courtesy of http://www.elazhar.com
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.   (A-li'Imraan;4,185)

kekadang kita sendiri lupa,hanyut hidup di atas dunia sehingga kadangkala kita tidak menunaikan hak2 sebagai seorang hamba-Nya..bekalan kita kat dunia nanti belum tentu lagi cukup dan menjamin nak berjaya kat akhirat nanti..jadik masa ni la kite kene peringat selalu diri kita..betul ke tidak apa hok kita buat..paling penting,amalan kita selama ni ikhlas,tidak ada unsur riya',yakin sepenuh hati apa yang kite buat dan yakin akan pertemuan kita dengan Allah taala kelak..insyaAllah akan mendapat sebaik2 balasan..

courtesy of http://www.elazhar.com
Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan - dengan sebaik-baik balasan. (al-'Ankabut;29,7)

sedarlah,ajal kita tidak tahu bila akan tiba..seperti kata hujjatul Islam Imam Al-Ghazali,Maut adalah paling dekat dengan kita,jadi persiapan kita menghadapi maut tidak boleh ditangguh lagi..kadang2 tu orang kita ni boleh tahan jugak mulut dia nak memperlekehkan nasihat orang ni bila disuruh mengerjakan amal..lain2 kubur la..takde paksaan dalam agama la..(sebenarnya salah tafsir,tiada paksaan dalam agama tu pabila cthnye kita paksa org kafir suruh smayang cam org Islam,pose...).
menariknya,Ustaz Aziz cuba gak selit humor sikit masa dia amik contoh dari kes semasa yang berlaku sekarang ni..kes serbuan JAWI dan penangkapan artis huhahuha kat kelab malam tu,kes bunuh yang kena gantung sampai mati tuh...huhu,cukup kena dengan apa yang disampaikan..=)
ambik pengajaran dari kes2 semua tu,menyesallah apa yang dah terlanjur perkara buruk yg dibuat,kerana dosa tanpa sesal adalah jenayah yang amat berat di sisi Allah taala..
sedarlah,kita ni Allah hantar ke dunia dengan sesuci2 jasad,bersih dari dosa noda.jadik bila kembali semula kepada-Nya perlulah sesuci masa kita datang dulu...sepatutnya kita rasa malu kalau kita kembali kepada Allah dengan hati yang hitam,sarat dengan dosa sama sekali tanpa sebarang pemulihan ke arah penyucian rohani..insaflah ..  

bercakap mengenai kiamat pula,akan berlaku hari kiamat bila matahari terbit di sebelah barat..masa tu taubat dah tertutup..kenapa masa tu taubat dah x dikira lagi ? kerana Allah telah membuka satu pintu yang amat luas sehinggakan jarak antara kedua2 daun pintu tersebut menayamai jarak 40000 tahun perjalanan kenderaan..pintu tu la yang dinamakan 'babul taubah',yakni pintu taubat..dan selagi pintu itu terbuka,taubatlah selagi masih ada masa..dan tibanya kiamat pabila Allah menerbitkan matahari di sebelah barat yang akan terus menutup pintu tersebut...
courtesy of http://www.elazhar.comcourtesy of http://www.elazhar.com
 Pada hari itu kamu dihadapkan (untuk hitungan amal), tiada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) daripada perkara-perkara yang kamu tersembunyi.Maka sesiapa yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya):'Nah ! bacalah kamu Kitab amalku ini! '. (Surah al-Haaqqah;69,18-19)

diterangkan pulak salah satu tanda kiamat kecil ,apabila berlakunya kejahatan dan kemaksiatan secara berleluasa dan meluasnya,tiada sesiapa yang menegur dan mencegahnya..huhu,sekarang ni pun,memang dah terlampau banyak sangat kemungkaran bertebaran kat dunia ni,kat malaysia pun x kurangnya...Alhamdulillah,masa ni masih ada lagi yang berjiwa kental dalam melaksanakan prinsip amar ma'ruf nahi munkar...contohnya pasal konsert sureheboh dulu yang seorang mufti mengatakan ia haram ..coz dilihat memberi impak buruk/negatif...tapi ntah cam mane,still berjalan jugak kononnya tujuan nak eratkan kekeluargaan..n dilindungi oleh pihak tertentu....ntah la..umala' yang menegakkan perkara yg haq serta menentang perkara batil dikecam,dihentam...ulama' yang mengeluarkan pandangan2 mengelirukan sama sekali dibiarkan pulak,adakalanya disokong pulak..
sedarlah,suatu masa akan datang,bila tibanya kiamat, tiada lagi ulama,yang ada hanyalah ulama(ular dalam semak) yang jahil..mengelirukan manusia,menyesatkan..dan akhirnya sesat melata ..doakan moga tak berlaku perkara itu sekarang..sama2 kita terus menyinari sinar adDeen ke pelusuk dunia.insyaAllah.. 
hmm..setakat ni je yang mampu ditulis pasal dapat tangkap sikit je..huhu..x buat sedikit catatan..teringat lagi,dia cakap kat jemaah ."bawak kitab(tafsir) bukannya ghohok(payah) sangat pon,kat masjid ni pun banyak..kang molek kalu saye ngajo ada jugak tindakbalas bila saye tanye pasal ader rujukan..macam cikgu ngajo kat sekoloh gak,kalu murid dok bawak buku teks,cikgu nok ngajo pun sesok,sebok..."...sindiran kat pakcik2,aku pun terkena...~huhu..cuba baiki diri nie..insyaAllah..=) 
ok,meh renung hadith ni..ambil pengajarannya ..
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin sakhr R.A katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa.Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.  (riwayat Bukhari & Muslim)
NILAIANNYA:
Hadith ini walaupun tidak panjang tetapi cukuplah untuk memberi suatu kesimpulan yang amat bernilai sekali dalam hubungannya dengan pengertian beragama iaitu menjauhi larangan Rasul serta mematuhi suruhannya dan ini adalah perkara yang menjadi hakikat dalam pengajaran islam.

WASSALAM.

Posted at 04:46 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed