Thursday, February 10, 2005
Salam Tahun Baru Hijrah 1426


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

 

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


Fuh,syukur Alhamdulillah ..kembali online,sebenarnya dah beberapa tak bukak blog ni..streamyx kat rumah ader problem ntah aper..call abang Khairul yang tolong pasang ni..dia kata Isnin depan baru boleh datang pasal cuti panjang...huhu..nasib baik bajet ader nak gi CC yang dah lama tak pergi ni..pepun,tu semua ada la hikmahnya kan..ye la,selama boleh online,jarang bersyukur dengan nikmat kemudahan yang dikurniakan tu..bila ader maslah camni,baru la nak hargai la..nak kenang nak bersyukur..huhu..diriku manusia yang sering lupa..terimalah dugaan Allah taala ni seadanya...=) 


 

Hari ini...1 Muharram 1426H .salam maal hijrah buat semua..hmm..tadi baru je tengok majlis sambutan Maal hijrah kat tv...tokoh maal hijrah tahun ni..Dr Mohammad Uthman El-Muhammady..dia ni memang femes jugak la..saper yang tak kenal dia ni..tak tau la,selalu kelaur kat dalam tv..hmm,no komen....tapi apsal tema maal hijrah tahun ni...??.ermm,kira ok la...baca berita pasal beliau kat sini..


 

Hijrah -memberi pengertian yang besar dalam erti kata sebenar.Dalam satu hadtih Nabi s.a.w.  daripada Ibun Abbas r.a. bermaksud :

 Sudah tidak ada lagi hijrah selepas pembukaan (kota Mekah) tetapi yang masih ada ialah jihad dan niat. Dan apabila kamu diminta keluar berperang, maka keluarlah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para ulama hadis sependapat bahawa yang dimaksudkan hijrah dalam hadis tersebut ialah hijrah dari Mekah ke Madinah. Mungkin sabda Rasulullah ini menjawab persoalan para sahabat ketika itu yang tertanya-tanya apakah mereka perlu berhijrah lagi, setelah mereka kembali ke tanah asal mereka, Mekah.

Apa pun, yang jelas ialah hadis tersebut memberi gambaran kepada umat Islam akhir zaman bahawa mereka tidak perlu melakukan migrasi seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada bulan Muharam ini, tetapi menghayati hijrah melalui jihad dan niat. Konsep jihad dan niat perlu difahami betul-betul lantas dihayati melalui amalan yang berstrategi, untuk mengulangi kejayaan kali kedua sebagaimana kejayaan Rasulullah menakluk semula Mekah daripada para kafir Quraisy.

Kini,daripada hadith di atas,jelas menuntut kita sebagai umat islam agar bermujahadah lebih dalam melahirkan proses hijrah yang amat digalakkan dalam Islam.Proses perubahan dari perkara positif ke perkara negatif memerlukan pengorbanan yang besar dan kecekalan yang tinggi dalam menempuh dugaan yang silih berganti. 


Besarnya implikasi jihad dan niat ini andainya difahami dalam konsep yang betul. Hijrah boleh dilakukan melalui jihad melawan hawa nafsu, mendidik diri dan mengamalkan ilmu dengan cara yang betul, disertakan dengan niat dan keazaman yang kuat untuk memperhambakan diri kepada Allah. Dengan ini lahirnya manusia yang tinggi mentaliti, budi pekerti dan berkualiti kerja hariannya walau dalam apa jua bidang sekalipun. Asalkan disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya.


Justeru,dalam melangkah tahun baru Hijrah ini,sama2lah kita memuhasabah diri dan cuba meng'upgrade' peribadi dan sahsiah pada diri kita agar ia tidaklah berada di takuk lama ,masih dalam kelemahan tanpa usaha untuk membaikinya.Renungi hadith nabi s.a.w. bermaksud :

 Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka dia telah berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia, dia akan mendapat dunia sahaja sekadarnya, atau kerana wanita, maka dia akan mendapat wanita itu sahaja. Maka hijrah seseorang itu dikira berdasarkan apa yang menjadi matlamat hijrahnya. (Muttafaq Alaih).


Salam Maal Hijrah ,

Wassalam.



Posted at 11:24 am by sahabat_amin

shinchan84
January 31, 2006   09:18 PM PST
 
thanks..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed