Saturday, February 05, 2005
Tabligh ....


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

 

Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

 

Huhu..dah seminggu dok taip blog ni...ana mintak maaf la banyak2 kalau ader yang masuk tapi tak dapat apa2 pun yang boleh diambil manfaat..walaupun tahu taklah ramai mana yang sedar tentang adanya weblog serba kekurangan ni..namun,setidak-tidaknya dengan akses antum /antunna ke laman ni la yang bagi sokongan untuk ana istiqomah dalam meneruskan sedikit gerak penulisan yang tidaklah begitu menarik,sekadar penulisan peribadi semata2..apapun,jauh dalam hati ni tetap mengharap ia akan dapat memberi pulangan input yang cukup memberi kesan kepada yang membacanya walau ia sekecil hama sekalipun...=)

 

Alhamdulillah,kesempatan ni boleh la ana berkongsi serba sedikit yang berlaku sepanjang beberapa hari lepas..haa...diri ni telah pun didatangi sekumpulan tabligh,asal dari kelantan kalau dilihat pada loghat yang dituturkan...memang kumpulan tabligh ni biasanya berkampung kat kampung ana dalam 4-5 hari,diorang duk kat surau tepi lagun..kehadiran diorang ni dalam 3-4 bulan sekali la lebih kurang...

 

nak dijadikan kisah..ehehe,pada petang tu,masa tengah duk repair motorsikal kat umah(walaupun lansung dok reti..huhu),pandangan mata ni pun terlihatlah 3 orang lelaki;2 remaja seorang agak dewasa...ana pun tengok je la masa diorang lalu depan rumah,bergerak menuju ke sekumuplan budak2 kampungku yg lepak atas motor ntah apa2..ana perhati je la apa diorang(tabligh tuh aa...) nak buat kan...tapi yang sedihnya budak2 lepak tu..huhuhu...memalukan kampung jer..mungkin tabligh 3 orang tuh nak la bagi nasihat sikit sambil kenal2 kan...tp x sampai 2 minit,pandai pulak budak2 kutu tuh tembo(lari la...) dengan motor...ish,ish kesian betul,orang nak bagi nasihat,ditolak bodo camtu jer..huhu..

 

ana yang dari tadi duk tengok la..sedar sedar tabligh 3 orang ni gi umah ana..aaa...cam best jer...!ehehe..."Assalamu'alaikum..." ku balas mesra sambil bergenggaman tangan...hihi...diorang pun perkenalkan la diri ni...sorang nama Abang Mat,sorang abang Sood ,sorang lagi..lupa..weheh..oo,ambe pun x lupe nak mentaaruf kan diri ni..mungkin bile tgk ana masa tuh cam mesra alam jer(ececeshh) ..kopiah pulak duk atas kepale(baru balik smayang asar..eheh) so,bagi semangat la kat diorang ni nak berbual ngan ana...ehehe...ku pun cuba menyemangatkan diri ni...

 

Abang Mat bagitau la kehadiran mereka ni ke kampung ana..pastu dia cerita la,pasal silaturrahim ngan ukhwuah dalam Islam..diri ni pun cuba la menambah2 sikit cakap2.. bagi dier bertambah semangat nak berhujah tuh....ehehe,pastu,cakap pasal bekalan akhirat..iman dan amal tu sangat penting...ader la dalam 10 minit kitorang borak2 sikit..hmmm,last2 dia ajak ana gi ikut dier gi muzakarah kat surau tempat diorang bermalam...dalam halaqah dah dibuat sebelah pagi..jadik,ana pun sekdar menangguk2,insyaAllah..ye la kan,nak kater janji nak pergi,tak pegi dosa pulak ..

petang tu,pegi jugak la kat surau tu...tapi sedey woo...takde orang kampung yang pergi..ana pun sebenarnya nak masuk gak,tapi tengok sumernye karkun(tabligh) dewasa2 blake,x sedap pulak ati ni bila nak gi,..huhu..so,melepas la nak masuk..then,terus pergi masjid terapung..Maghrib..dua hari kemudian,mereka sumer tuh dah pun tak kelihatan di surau tu..

 

sekadar berkongsi sahaja cerita ni...sebenarnya kan..jemaah tabligh ni,atau sesetengah orang memanggil gelaran 'karkun'..makin ramai yang buat dek je bila puak karkun ni berkunjung ke rumah..ini yang ana perhatikan..mungkin dalam pikiran diorang,puak karkun camni lekeh,orang yang tak terurus kehidupannya..terlalu ta'sub dengan pimpinan jemaah..sanggup tinggal anak bini,tak kena pendekatan..mcam2 la..mungkin ada jugak benarnya tu..tapi kan,secara baik kita kene tengok jemaah ni secara positif..diorang bergerak secara berkumpulan untuk menyampaikan da'wah..meneruskan agenda junjungan mulia Nabi s.a.w. dalam menyampaikan daripadanya walau satu ayat..itu yang dipraktikkan..walaupun ana turut akui.. tabligh@ karkun ni lebih menekankan pasal Iman dan Amal,dari segi kefahaman dan kefaqihan dalam agama tu,agak kurang dihujahkan oleh mereka..mungkin pemimpin mereka ader sebegitu..tetapi pengikutnya tidak didedahkan..sehinggakan ader pengikut yang main ikut2,taqlid semata2...itu yang kurangnya dalam jemaah ni..

 

namun ,bagi sesapa yang pernah bersama dalam jemaah karkun ni,diorang akan didedahkan dengan apa yang patut dipraktikkan oleh kita sebagai umat Islam,iaitu sunnah Nabi s.a.w. ..itu yang patut kita sama2 praktikkan ..menghidupkan sunnah Nabi merupakan syiar Islam yang sepatutnya menjadi amalan kita sehari-hari...satu lagi,apa yang dikhabarkan kepada ana la..ada segelintir sahabat2 ana.. yang duduk jauh2 bahkan kat sekolah pun...berubah baik selepas bersama dengan jemaah tabligh ni..ini apa yang diorang bagitau..ada yang menangis keinsafan,n then berubah terus...kiranya jemaah tabligh banyak memberi kesan baik,mungkin dari segi apa yang diorang lakukan sehari semalaman telah menyentuh hati mereka yang bersama mereka,melihat mereka...ini bukan ana reka2..ada yang benar2 mengalaminya...jelas,impak baik sebegini patut terjadi pada diri kita..husnu dzon pada tabligh @ karkun ni..diorang ni berani kalau nak berhadapan dengan masyarakat..ana ambil contoh,kalau kita nampak ader couple 'jeng' kat tepi pantai,duk buat perkara lagho'.. nak cegah mungkar sebegitu,tapi x berani pasal kita sorang...tp kalau dalam jemaah,bertambah tekad dan semangat tu nak cegah....tu yang patut kita ambil perkara baik dalam konsep jemaah tabligh..berani menyebarkan kebenaran ..

 

ana cerita pasal tabligh ni bukan apa,cuma bila teringat kembali detik bersua dengan tabligh ni,menyedarkan ana..sekarang ni,kalau nak tengok orang datang nasihat kita pasal perkara baik2 amat payah nak jumpa...tu yang jadik terpanggil hati ni nak taip pasal tabligh..Alhamdulillah,kat umah ni baru je beli buku baru,tebal sheikhh..!!cam kitab hadith lama tuh..huhu..yang bestnya buku ni..yang tajuknya Fadhilat Amal karangan Sheikh Hadith Hazrat Maulana Muhamad Zakariya RahimahullahFalaih..(panjang betuii namer...) ni ader satu bab pasal tabligh..dalam dihuraikan konsep tabligh dalam Islam berdasarkan nas al-Quran dan Hadith nabawi..baru je belek2 sikit..memang tak sempat nak baca banyak..kekangan masa..pepun,ada kelapangan,insyaAllah sedikit input berguna dari buku tu akan diletakkan kat blog ni...bi iznillah =)

oklah..kali ni cuma taip2 apa yang duk berlegar dalam kepala ni je..ada info best nanti,akan diletakkan di lain entry....

WASSALAM


Posted at 07:52 pm by sahabat_amin

Anna
July 10, 2008   12:54 PM PDT
 
Alhamdulillah...saya doakan semoga Allah akan memberi hidayat kepada saudara tentang usaha dakwah iman dan amal ini. Hanya orang2 yg terpilih sahaja yang akan mendapat hidayahNya. Amalkan bacaan Fadilat Amal (Taklim). Istiqomah setiap hari walaupun satu hadia saudara akan merasa keberkatannya. InsyaAllah.
abdullah
October 11, 2007   12:52 PM PDT
 
MENGAJAK..MENYERU ni..perkataan yang ALLAH suka....tgk dalam surah an-naml..Raja semut seru kaum semut ye..selamat diri kamu...dr tentera sulaiman.. kenapa sampai ALLAH rakamkan dlm quran?... JAdi kerja menyeru..memgjak ni..sume org boleh buat...org buta..org cacat..org bisu...sape2 laa leh amik part.. ulamak dgn hujah, muazzin dgn azan... mujahid dengan pedang...n tambah se lagi kita plak mcamana?... se lagi bila kita ajak manusia kpd makruf...automatik mungkar dia akan tinggal... bleh kita cegah mengkar tp time tu ye dengar la...lepas kita pergi..dia buat lagi... tetapi bila kita dakwah dia...keluar DAKWAH 3 H...duk dalam masjid...dengar hadis...quram...zikir...tahajud..dan amal2 lain...insyaAllah dia akan berubah...dan maksiat yang dia buat sebelum ini...dia akan tinggal..dan mungkar dah terjegah... wallahualam.. salah betulkan...
faizalfuad
August 15, 2007   10:54 PM PDT
 
Hanya orang yang makan tebu je yang akan rasa betapa manisnyer tebu itu....
so, janganlah judge sesuatu perkara dgn hanya m'dengar drpd orang lain shj.. dapatkn bukti yg kukuh dulu... klu nk tau follow la, bru kita leh tau ape yg diorg nk bawa...
tugas da,wah adlh tugas kenabian, so, sape2 yg menentang kerja nie samelh mcm menentnag nabi saw...
faizalfuad
August 15, 2007   10:53 PM PDT
 
Hanya orang yang makan tebu je yang akan rasa betapa manisnyer tebu itu....
so, janganlah judge sesuatu perkara dgn hanya m'dengar drpd orang lain shj.. dapatkn bukti yg kukuh dulu... klu nk tau follow la, bru kita leh tau ape yg diorg nk bawa...
tugas da,wah adlh tugas kenabian, so, sape2 yg menentang kerja nie samelh mcm menentnag nabi saw...
khabiaka
July 25, 2007   12:46 PM PDT
 
ana pun baru joint j.t ni memng susuh nak paham kalau kita x lapangkan masa kluar 3h dgn diorang ni. dah keluar baru tauuuu. rupa2nya memang kita selama ni ambil mudah dgn kadar agama yang kita amal jadi macam budaya @ adat jer.. so skrg ni nak solat kat rumah pun dah x syokk lagi..
perantau
July 10, 2007   02:43 AM PDT
 
sebenarnya jemaah tabligh ni lebih dilihat sebagai org tengah..yg menghubungkan antara ustaz2 di surau atau masjid dgn masyarakat.mereka mengajak masyarakat setempat untuk mendekatkan dr ke masjid.bila dah dkt dgn masjid,byklah yg boleh dibelajar dari ustaz2 especially bab ilmu feqah,tauhid,etc.klu nak dilihat pd jemaah tabligh,sy sarankan jgn dilihat pd orgnya,t lihat pd konsep yg dibawa mrk.keimanan kpd allah.dan utk memahami usaha ini,saya sarankan cube duduk dan join jemaah ni.keluar 3 hari,40hari(biasenya kte akan lbh fhm ble dah kuar 40hari),4bln,etc.sesungguhnya kefahaman itu dtg dr ALLAH.kte usaha shj.
JT
July 3, 2007   05:48 PM PDT
 
so,kpd org2 yg slalu kutuk n burukkan tabligh,jgn wat cm2,x baik.kalo ada yg tabligh wat salah,kita bncg la ngan mereka.kalo yg x paham psl usaha tabligh,tanya la pada alim ulamak tabligh.jgn tanya budak tadika..(maksud sy,jgn tanya org yg baru join tabligh pasal usaha tabligh ni,sebab depa kurang arif pasal usaha Nabi ni..) yg tu jd byk fitnah tu..
Abu Hashim
June 21, 2007   09:43 AM PDT
 
Kerja nabi saw ini kerja ummumiyat.. Ulama'2, ustaz (pewaris nabi saw) yg patut buat kerja ini bersama ummat. Bila kurang yg bersama, maka saya yg jahil2 ni la yg dokong keje ni dgn susah payah...Kami tak de apa2 pn, semua masih belajar lg...yg ada cumalah cebisan fikir risau nabi saw atas ummat......Bgmana saya dn setiap ummat ini dapt amal agama semprna ikut cara nbi saw, dpt redha Allah dan slamat dri api neraka Allah SWT. ini ajela yg mendorong kami utk teruskan usaha sampai kami tak de lg dn niat sehingga hari kiamat..........WALLAHUALAM!
Name.Abu bakar
April 10, 2007   12:59 AM PDT
 
Demi masa,sungguh mnusi dlm kerugian,kecuali yg beriman&beramal soleh.Berpesanperan perkara hak(kubur,pdng masyar,mizan,titian sirat.Surga.Neraka)dan berpesan pesan dgn sabar...Baca alqurandan insyaallah kita amalkan
irwanshahrir
March 28, 2007   01:50 PM PDT
 
saya sukacitanya di sini ingin memaklumkan bahawa kita jangan suka melemparkan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita belum cuba makan durian maka tidak boleh suka-suka kata durian tidak sedap. Ini semua nafsu dan iblis yang benci kepada kebaikan. Maka, sama2lah kita hayati tujuan hidup. Jangan hanya bibir bencikan kemaksiatan tetapi bila kebaikan datang kita yang halau kebaikan. Na'uzubillah.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed