Friday, September 24, 2004
SELAMAT BERPERANG HABIS-HABISAN !!!

Masa makin hampir,hampir dan hampir....

Seorang mujahid yang ingin turun ke medan perang semestinya ingin mencapai kejayaan dalam peperangan tersebut.Dan sudah tentu dia akan mempersiapkan dirinya dengan kelengkapan perang dan persediaan yang cukup untuk berjuang habis-habisan melawan tentangan dari musuhnya.TETAPI,awas!Silap sedikit yang dilakukan oleh mujahid itu,nescaya peluang untuk dirinya menang agak sukar.Justeru,strategi dan taktik yang betul semestinya dirancang dan diatur dari awal lagi.Mujahid yang berkobar-kobar semangatnya tidak akan membiarkan musuhnya mengambil kesempatan terhadap kelemahannya yang mungkin sudah pun diketahui lalu bersedia sepenuhnya bagi menutup kelemahannya itu.

Pegangan seorang mujahid;selagi peperangan belum tamat,selagi itulah tiada dapat ditentukan siapakah pemenangnya.

Begitu juga dengan ana pada tahun ini.Sebagai salah seorang mujahid di bumi waqafan SHAMS,akan menempuh satu perjuangan selama 5 hari dengan pelbagai ragam 'musuh' bakal berhadapan dengan ana serta rakan seperjuangan yang lain.Perjuangan sebegini sudah pun dilakukan beberapa kali pada tahun ini.Ada yang beroleh kemenangan,ada yang sekadar berjaya namun ter'cedera',malah ada juga yang tewas.Namun,perjuangan sebenar bakal berlaku pada ISNIN ,4 OKTOBER 2004 hingga JUMAAT 8 OKTOBER 2004 yang mana akan menentukan keseluruhan prestasi sebenar seorang mujahid setelah mempersiapkan diri dengan ilmu di dada,kekuatan fikiran dan mental yang ampuh dan ketahanan diri yang kuat selama tempoh 3 tahun.Berjayakah ana ?

Internet,dengar lagu,main-main.. masih lagi berlegar-legar dalam kehidupan ana.Kenapa?Orang lain dah pun bersedia dengan sempurna dan bersungguh-sungguh .Adakah ana begitu ? 10 hari lagi perjuangan ana sebagai mujahid SHAMS akan bermula.Kewibawaan ana akan diuji oleh 'musuh-musuh' yang sudah lama tersedia.Mampukah untuk menangkis segala cabaran dan dugaan itu ?
Hari ini hari terakhir ana dalam penulisan blog ana sebelum berundur sebentar demi mengukuhkan lagi persiapan seorang mujahid.Insya-Allah,ana akan sambung selepas selesai mengerjakan misi utama ana pada tahun ini.Mungkin,ikhwah yang sedang membaca blog ana sekarang ni dah pun lega berjuang dalam PMR (pasal ikhwah semua bukannya bukak blog ana ni sebelum ni,kan..).Apapun,sebelum meninggalkan penulisan ini selama lebih kurang 2 minggu,doakankanlah kejayaan ana.Kalau ikhwah turut terlibat dalama perjuangaan PMR tahun ini,sama-sama kita doakan kejayaan kita.Insya-Allah.....


MAJLIS TIMANG KASIH,SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIIN ....

Semalam,Khamis telah pun diadakan Majlis Timang Kasih Pelajar Ting. 3 dan Ting. 5 .Majlis ini berdasarkan prestasi pelajar dalam percubaan PMR dan SPM yang diadakan baru-baru ini.F5 diadakan di dewan gemilang manakala F3 di keals masing2.Mak ana tak dapat datang pasal ada amanah berat yang harus dipikul membuatkan dia tidak dapat hadir walaupun begitu berkobar nak pergi ambil result anaknya ni.(cewahh..)Ana punya result ? Sekadar menempatkan diri ana pada ranking 48 jer.Memang padanlah dengan result trial ana; 6A 3B .Agak-agak,yang real PMR boleh ke ana skor 9A ?YES,I Can..insya-Allah.Tetapi,yakin sahaja tetapi tidak berusaha,boleh ke ?
Selepas majlis tersebut,malam semalam pula diadakan solat hajat beserta bacaan Yasin bersama-sama guru2 dan ibu bapa masing-masing di Surau Al-Maidah,SHAMS.Ramai jugak yang datang tu hingga tak ada langsung ruang2 kosong dalam surau.Majlis tersebut berjalan dengan jayanya.Semoga dengan keberkatan majlis ,insya-Allah..barisan mujahid yang berjuang nanti akan menempuh perang tersebut dengan sempurna dan beroleh kejayaan.

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM SHAMS

Kursus untuk semua Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari Kelab,persatuan dan Unit2 Beruniform ini akan diadakan pada 25 September,Sabtu diBilik Mesyuarat SHAMS dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.Ana pun rasa nak pergi jugak,tetapi baik study untuk PMRyang tinggal beberapa kerat hari lagi.Entahlah,tengok jerlah Sabtu ini(esok) sama ada kelibat ana ada atau tidak.

Sebelum nak offkan sementara blog ni,hayati lirilk lagu ini.Bagi sesiapa yang tak pernah dengar,mungkin susah nak membuatkan dirinya jadi bermotivasi.Tetapi,kalau ikhwah nak tahu,lagu nilah yang membangkitkan semangat ana untuk terus berusaha,berusaha dan berusaha demi mempersiapkan diri ini bagi menempuh PMR.Nampak muka berkerut tu,kenapa,tak percaya erk..?

perjalananmu masih jauh
sayup beribu batu
dari mula kau impikan
gapai cita nan satu

Mana pun arah yang dituju
bermula dari satu
aturkan langkah usah ragu
semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
usah kau bertangguh
tumpuan dan kesungguhan
impian kan nyata akhirnya

Dugaan mengajar kita
erti ketabahan
cabaran mengukuh jiwa
singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
usah kau lupakan
hingga mencapai puncak jaya

dan titis pengorbanan
dalam perjuangan
jadikannya satu INSPIRASI ...


-RAST-

user posted image


wassalam........................................................


Posted at 06:51 pm by sahabat_amin

abu fakir
May 27, 2006   06:11 PM PDT
 
KALU NAK JADI PEMANDU BAS KENA TAHU JALN....
abu fakir
May 27, 2006   06:09 PM PDT
 
bagus teruskan usaha ikhlas kan hati..tinggalkan perkara yang membuang masa....mudah2 han rami lagi anak muda ingin bertaqarub pada allah..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed