Sunday, January 23, 2005
kesedaran pada diri hari ini...


Assalamu'alaikum warahmatullah ...


Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.


Baru sebentar tadi,masa duk belek suratkhabar ,secara tak sengaja ana ter'menonton klip video Samy Yussof(kalau tak silap) kat tv,lagu Arab campur Inggeris...lagu tu ana dah slalu dengar kat radio,biasa je lagu tu.Tapi ntah kenapa,bila tengok video klipnye,dapat rasa yang bait2 lirik tu jadik berkesan kat hati nie..ntah la..walaupun ana bukannya faham sangat lagunye..

nak citer la sikit,dalam video tu,dia tunjuk penyanyi ni digambarkan sbg seorang jurufoto,sebelum keluar rumah,dia cium tangan emmohon restu seorg wanita tua,barangkali ibunya yang duduk atas kerusi sedang baca Al-Quran.n then,masa keluar rumah,dia ternampak seorang lelaki buta yang berjalan..pastu dia nampak ada batu depan lelaki tu,terus dia mendapati lelakinya tu bagi mengelakkan lelaki tu terlanggar batu tu..pastu pulak, tunjuk dia berjalan pergi masjid..masa tu orang dah smayang..dia pun ambik wudhu'..dia smayang sorang je tapi masa die smayang tu,ada la sekumpulan kanak2 lelaki ni yang berjemaah dgn dia,dia tu jadik imam la...lepas smayang,die pun berkumpul sama2 dan dan bermesra dengan kumpulan kanak2 tu..klip video tu cuma sekerat je,x abis pun...

ana cerita semua ni bukannya apa..cuma ana rasa cukup senang tengok klip video tu yang memaparkan gambaran sebenar perihal Islam, sebuah agama yang harmoni dan penuh dengan nilai2 kemanusiaan.Apa yang ana cerita tu ringkas2 je..kalau tengok sendiri klip video tu,baru dapat tau yang sebenar punya..

Mungkin ada yang kata .'alah..tu klip video je,takde apa2 la.' Memang..ia cuma klip video penyanyi biasa sahaja..namun kalau diperhatikan apa yang dipertontonkan tu,jelas ia nak membawa mesej yang cukup besar,khusus kepada yang menontonnya.Bagi ana,jarang benar bagi kita untuk melihat di televisyen satu-satu klip video ,yang tunjuk mesej sebegitu,malah nasyid sekali pun,teramat jarang sekali paparkan situasi gambaran kepada keharmonian dalam Islam secara terus camtu...
Mesej yang ditonjolkan tu cukup ringkas tapi cukup berkesan bagi ana.Yang mana ia memaparkan kehidupan seorang pemuda Islam yang ingin hidup berteraskan apa yang menjadi sunnah Nabi s.a.w. Ini ana dapat andaikan bila bait liriknya berbunyi ."Mu'alim..he was Muhammad sallahu 'alaihi wassalam.." . lagu tu turut diseelangseli dengan selawat ke atas Nabi s.a.w.,cukup menerangkan yang kesempurnaan akhlak Rasulullah s.a.w. cuba dipraktikkan oleh pemuda tu dalam kehidupannya.Beliau bermesra dengan kanak2,beliau mengasihi dan amat menghormati orang2 tua,dan ibadat tetap menjadi teras dalam kehidupannya sehari2..pada ana,dakwah yang ingin disampaikan memang kena dan sesuai caranya...

Semua tu adalah pendapat berdasarkan dari kaca mata ana.Bila difikirkan balik,alangkah indahnya hidup ini kalau dapat mengamalkan kesemua sunnah Nabi s.a.w.Seperti kata Saidatina Asiyah r.ha "Akhlak rasulullah itu adalah Al-Quran ." Semua di kalangan kita ingin memiliki keluhuran peribadi seperti Baginda Nabi s.a.w. Namun tak semua berjaya memiiknya kerana kekurangan dan kedhaifan kita yang hanyalah umatnya yang sering melakukan kesilapan dan noda.Sesekali terfikir yang diri ni tidak mampu untuk menjadi sempurna,quote dari my fren,no one perfect..yup,tapi tak bermakna kita tak perlu berusaha untuk menjadi insan yang kamil.

Hidup sekarang sememangnya dipengaruhi pelbagai unsur.Sehinggakan unsur2 yang kurang sihat itu perlahan-lahan mulai melunturkan nilai2 kesucian dan kehebatan Islam.Kita tak sedar semua tu,hakikatnya ia dah pun berlaku.Cukup banyak untuk disenaraikan contoh2 seperti itu.Cuba renungi ayat Al-Quran di bawah...

courtesy of http://www.elazhar.com
"Janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada keni'matan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang-orang kafir itu), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman."    (Al-Hijr,15 :88 ) 

Dalil di atas jelas memberi peringatan kepada kita,yang seringkali terpaut dan hanyut dengan nikmat2 duniawi yang terus menerus melingkari hidup sehari-hari.Golongan barat senantiasa menyerang kita,khususnya umat Islam dengan ancaman2 halus yang langsung tidak kita sedari.sama-sama kita peka ddan memahami situasi sebenar yang meanda umat Islam sekarang...

Apa yang ana ingin ana cuba konklusikan daripada tulisan di atas,pada hakikatnya Islam adalah agama yang cukup lengkap pakejnya ;keamanan sejagat,keluhuran budaya dan akhlak yang diterapkan,keharmonian,kasih sayang,perpaduan,nilai2 moral dan kerohaniannya sesuai dengan fitrah manusia serta banyak lagi aspek yang menjadi bukti Islam adalah agama yang suci dan diredhai Allah taala.
Malang sekali,semua itu kian kurang kelihatan dek kesilapan dan kelemahan umat Islam sendiri.Lihat sahaja hari ini/..sebab Itulah,ana sertakan sedikit perihal mengenai klip video yang ana tonton tu,bukan semata mempromosikan apa2 ,sebaliknya terpanggil hati ana untuk meluahkan keinginan dalam hati ini yang benar2 ingin merasakan kehidupan aman dan harmoni yang dibentuk Islam seperti garapan baik dari klip video itu.. juga benar2 mengharapkan kehidupan dunia sekarang disinari di serata dunia dengan ruh Islam hakiki yang akan mekar selamanya.Tidak mustahil bagi kita semua untuk memiliki masyarakat seperti digambarkan dalam filem Syukur 21 mahu pun lebih elok memiliki masyarakat seperti zaman kegemilangan islam dahulu kala.Semuanya terpulang pada diri kita sendiri......
Coretan tak seberapa hamba hari ini..
WASSALAM.

Posted at 03:28 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed