
Assalamu'alaikum warahmatullah ...
Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.
Hari ini,sudah 3 minggu berlalu , peristiwa ombak besar tsunami yang melanda beberapa negara Asia dan Afrika berdekatan Lautan Hindi yang cukup menggemparkan dunia .Seribu kisah tragis menyayat hati dipaparkan setiap hari di dada2 akhbar dan di televisyen.Trauma,kepiluan,kesedihan,simpati dan ketakjuban -perasaan dan naluri yang dirasai oleh semua yang menjadi mangsa mahu pun mereka yang sekadar dari jauh melihat kesan bencana hebat itu.Semua itu menerbitkan satu persoalan dalam benak kepala kita ,"Apakah hikmah Allah taala menurunkan bencana yang cukup tragik impaknya ? "
Ombak BesarTsunami-cukup besar dan hebat kesannya.pelbagai pendapat dan hujah memerihalkan mengenai tsunami 26 Disember ini.Forum,bincang agama dan bualan sehari-hari kini mengenainya. Seperti apa yang kita lihat selama ini.....cukup dahsyat...bukti keagungan-Nya.
Lihat - Video Tsunami
Alhamdulillah,Ana berkesempatan untuk membaca satu artikel yang cukup baik untuk kita sama-sama perincikan dan diperhayati . Artikel yang diperoleh melalui weblog Akh Mokhzani ni dipetik daripada web penulisnya, Hafiz Firdaus Abdullah....
Artikel - Tuhan terlepas satu hari ?
Ombak Tsunami membentuk kalimah Allah ?
Tidaklah dipastikan sama ada ia benar2 membentuk kalimah Allah taala(tidak jelas) atau tidak.Namun semua itu haruslah dijadikan satu peringatan kepada kita,kekuasaan Allah sememangnya cukup begitu luas.Tidak terdaya untuk kita mencungkil segala rencana Ilahi...Masya-Allah ,tsunami bukti Allah maha Berkuasa.
apa yang dimuhasabah oleh diri kita , hendaklah disusuli dengan tindakan. Beringatlah,bagi para Muslimin , di manakah solat berjemaah kita di masjid ? Kita melihat keutuhan binaan masjid2 dan surau yang tidak ranap hancur dek tsunami,tetapi terlintaskah dalam hati kita untuk sentiasa mengimarahkan masjid2 dan surau ? Adakah hanya apabila bencana itu datang kembali dan menimpa pula kepada diri mereka barulah kita berkejaran menuju ke rumah Allah untuk berlindung ?
Buat muslimat , penuhilah segala apa yang termaktub dalam Islam terutamanya dalam perilaku dan ketrampilan seorang muslimah sejati.jangan sekali-kali biarkan aurat terdedah dengan begitu bebas sehingga menjadi fitnah sesama Islam.Jagalah batas-batas dan adab yang digariskan syariat serta jauhilah ikhtilat,yakni pergaulan yang membabi buta.
Sedarlah,dari berita yang kita dengar, baca,dan tonton, sudut bumi (terutama di tempat kejadian, sumatera) telah 'lari' sebanyak 20-40 meter ke arah selatan. Tidakkah kita sedar,Itu merupakan petunjuk yang arah kiblat akan berubah, Dan akhirnya kita sembahyang 'terbalik arah' dari sekarang.Matahari akan terbit dari arah yang lain. Bukankah ini salah satu tanda2 besar kiamat di akhir zaman? Sempatkah kita bertaubat?
Apa yang pasti...dunia kini sudah pun hampir pada penghujungnya...
Laksanakan ISLAM sepenuhnya.Bukan lagi separuh separuh .Iktibar dari tsunami bukan sekadar di mulut, sebaliknya diterjemahkan ke dalam pelakuan kita sehari-hari agar ia terus jatuh ke hati yang kaan membentuk diri kita menajdi hamba-Nya yang sentiasa beringat dan sedar bahawa AJAL tidak mengenal masa.KIAMAT boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Taqwa kepada Allah itu yang utama.bertaubat selagi nyawa tidak di kerongkongan.
Sekadar menjadi renungan bersama.Semoga diri ana dan juga ikhwah sekalian tidak hanyut dalam duniawi,sentiasa sedar dan sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya....
WASSALAM.