Saturday, January 15, 2005
Belaian Ibu ~ Puasa Hari Arafah


Assalamu'alaikum warahmatullah ...


Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.
uuu..syahdunya dengar lagu terbaru Hijjaz ,tajuknya 'Belaian Ibu'...kaset dah beli,tapi nak cari kat internet ni payah(mau download..)last2 kelmarin terjumpa link baik punya,situ banyak lagu2 nasyid yang latest punya..termasuklah lagu nie,syukur....ehehe,taklah kena pasang kaset selalu pasal dah pun boleh download...hmm,bagi ikhwah yang nak dengar,haa..dah terpasang pun,hihi..yang doa taubat tu tak buang,nanti akan diperdengarkan kembali kat blog ni..insyaAllah..ada masa,nak letak liriknya kat sini...

hmm,hari ni dah pun masuk hari ke 4 dalam bulan Zulhijjah,bulan terakhir mengikut Taqwim Qamari..sedar tak sedar,raya haji atau Hari raya Qurban pun dah dekat..Alhamdulillah,ada peluang lagi untuk kita menyambutnya dan kalau boleh cuba menghayati apa yang tersirat di sebaliknya..
di kesempatan ni,nak jugak berkongsi dengan ikhwah akhawat mengenai puasa Hari Arafah..yang uztaz Mat Nor asyik peringatkan kat pelajar2 SHAMS masa tazkirah lepas solat Zuhur supaya berpuasa pada 9 Zulhijjah ni,(Khamis)...besar pahala berpuasa pada hari tu..jom jenguk serba sedikit maklumat mengenai puasa Hari Arafah nie..

Puasa Hari Arafah

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan kepada orang-orang yang tidak melakukan ibadat haji. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu Ďalaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadits riwayat Muslim)

Manakala bagi orang-orang yang melakukan ibadat haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ummu Al-Fadhl binte Al-Harits berkata:

Maksudnya: "Bahawa beberapa orang di sisinya di hari Arafah membicarakan puasa Rasulullah Shallallahu Ďalaihi wasallam (di hari Arafah). Sebahagian mereka ada yang mengatakan bahawa Baginda berpuasa dan sebahagian mereka ada yang mengatakan bahawa Baginda tidak berpuasa. Maka aku hantar kepada Baginda segelas susu yang pada ketika itu Baginda berada di atas untanya, lalu Baginda meminumnya." (Hadits riwayat Muslim)


jumpa lagi di lain kalam,insyaAllah..
WASSALAM.

Posted at 10:24 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed