Friday, January 14, 2005
Hari Ini Hari Jumaat


Assalamu'alaikum warahmatullah ...


Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.
Berkesempatan jugak menaip blog pada waktu pagi2 macam nie,biasanya waktu petang atau malam..maklumlah hari ni kan hari Jumaat,cuti la...syukurlah kerna Jumaat ni merupakan hari yang sarat dengan fadhilat dan kelebihan tersendiri...Masya-Allah,jangan lah kita lepaskan apa yang baik dan  dalam penghulu segala hari ni ye..
Pagi-pagi lepas Subuh,inilah masa yang terbaik bagi yang hafaz Al-Quran untuk menghafal,kerana akal dan jiwa masih lagi 'fresh',tenang dan tenteram.. hmm, diri ni cuma jugak la menghapai..huhu,cukup setakat 1 ayat jer..huhu,takpelah..usaha baik ni kena istiqomah,insyaAllah lama-lama akan meningkat apa yang dikerjakan tu...

..next,duduk rileks kejap ,sambil layan nasyid dalam bilik(best,album Hijjaz yg latest punye)..hihi,masa ni terus terfikir nak menaip..ahaha,banyaklah pulak idea yang kluar kat dalam kepala nie..tak larat nak publish sumer..huhu..
oklah,ada peluang ni cuba kongsi serba sedikit apa yang baik untuk kita baca....

~ 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam ~


Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.

6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang yang diundang ke jamuan ataum majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.

9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.

Wassalam.


'Cintailah Yang Memberi Nikmat Dan Jangan Engkau Cintai Nikmat Yang Diberikan.'
- Tinta Ahli Sufi -

Posted at 07:00 am by sahabat_amin

mujahid[2]
January 20, 2005   04:29 PM PST
 
oi
balas cepat ape aku nak!!!
mujahid........mujahid........hahahah
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed