Friday, January 07, 2005
Labbaikallah...


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Hmm....seminggu sudah berlalu.Alhamdulillah,persekolahan berjalan dengan baik...kelas dah pun dibahagikan.Kelas Abu Hurairah (4A2) eheh,kelas ambo..best,best..kelas bahagian bawah.takdelah jauh sangat dengan Koop ngan tandas...heheh..strategik ,Alhamdulillah...=)

pagi tadi ikut mak pergi airport,nak menghantar Ayah Teh menyahut lambaian Kaabah.Fuh...ramai betul orang kat sana.Biasalah kan,musim haji camni semua ahli keluarga ngan kaum kerabat akan mengiringi pemergian mereke yang bakal haji...berdakapan,peluk cium antara satu sama lain senario biasa kelihatan kat sana.. mungkin itu adalah pertemuan yang terakhir...huhuhu...kata Ayah Teh sebelum pergi,"aku mati kat sana pun takpe,dah tak dok mende yang nak ditanggung ...."..isk isk sebaknya...memang Ayah teh ni agak uzur,dah tua dan terpaksa bertongkat dan dipapah,tapi semangat nak mengerjakan hati tu cukup kuat dalam diri dia....semoga semua bakal haji mendapat haji mabrur...InsyaAllah..
 

Circling the Ka'bah
Tawaf Baitullah Al-Haram

masa pergi airport tadi,kebanyakan yang ana lihat la bakal2 haji kesemuanya warga emas,tua-tua belaka,...erm,terfikir sejenak,apasal ye golongan muda takde, agak kurang..ada tu memang ada..tapi jumlah mereka yang veteran lebih ramai lagi...nak kata duit tak cukup lagi,tak jugak..sekarang dah ramai golongan belia yang boleh dikira mewah-mewah..nak kata tak ada masa,tak jugak...hal keluarga sape nak jaga lah...ada jugak yang bagi alasan belum sampai seru..hmm,tak taulah nak kata...

..bila tengok mereka yang berangkat pergi haji ni,teringat pulak kenangan lama (tak lama sangat pun...)...heheh,satu kenangan manis yang takkan dilupakan....Alhamdulillah,sesungguhnya Allah sangat mengasihi hamba-Nya.... ana diberi peluang menjadi tetamu-Nya 2 tahun lepas..walaupun bukan untuk mengerjakan haji,namun sampai sekarang kemanisan pengalaman di sana tak kan hilang...kalau berkesempatan,ingin sekali lagi menjejakkan kaki ke sana.. hanya Allah taala saja yang tahu perasaan hamba yang hina ni bila memandang Kaabah -kiblat umat Islam seluruh dunia- secara live..eheh,syukur dipanjatkan masa tu....teringat masa tawaf wida'(selamat tinggal) masa hari last kat sane..huhuhu,sedey nak tinggalkan tanah suci..pepun,sentiasa berdoa agar dapat lagi menjadi tetamu-Nya di sana dan kalau boleh menjadi hambanya yang mengerjakan haji.....................InsyaAllah. 


Hehehe...saperlah mamat nie..-nie dekat Muzium Mekah,belakang tu telaga zamzam n yang berpakaian ihram tu pulak Ustaz Bukhari,mutawif yang memang baik ngan aku..hihi...

WASSALAM .


Posted at 10:13 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed