Tuesday, January 04, 2005
Kembali ke Sekolah & Tsunami ...


Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. membuka bicara kata kali nie...Alhamdulillah,syukur kepada Allah taala kerana masih lagi dilanjutkan usia hamba-Nya yang diri sarat diulit dosa ini..pejam celik pejam celik dah pun 4 hari kita menyusuli tahun baru.Tapi bagi ana, tak rasa apapun,biase je tahun ni ngan tahun lepas ke,yang berubah nombor 4 ke nombor 5...lagi pun bukanlah menjadi keutamaan kepada kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya besar-besaran malah tidak digalakkan.Sebaiknya,cukuplah diadakan solat hajat dan tahlil agar tahun ini penuh dengan kerahmatan dan keberkatan-Nya,insyaallah...

Azam tahun baru...?

hmm...azam,azam,azam. Mende nie la orang duk selalu tanya.Yang peliknya bagi ana la...apasal azam ni kena dibuat dan ditekad masa nak masuk tahun baru(kebanyakan orang) ...bukan apa,sepatutnya setiap hari kita perlu ada azam yang kuat.Islam sendiri menyeru umatnya agar sentiasa berazam baik setiap hari.tapi terpulanglah pada pandangan masing2....
teringat pula bait2 lirik nasyid .. "umat Islam harus cemerlang , hari ini mesti lebih baik dari semalam .." ..senang cerita,berazam lah setiap hari yang hari ini kena lebih baik dari kelmarin dan esok pula berazam untuk lebih baik dari hari nie..InsyaAllah,berjaya dunia akhirat ... =)


-berazam nak jadik baik selalu...ehehe..betul tak Sinchan ?

Hayya bina..meh gi skoloh !!!

huhu...sekolah dah pun bukak semula...err,rasa malas tu ader jugak kat dalm diri nie.. tapi tak boleh la kan,perjuangan perlu diteruskan...heheh,lagipun,diri nie masih lagi 'pegang' title budak sekolah,so.. tugasku..belajar,belajar dan belajar, kelak kau kan berjaya..(eceh..)..hihi..


STUDY baik2.....

hmmm...minggu pertama sekolah,ana ngan semua sahabat form 4(eh eh,dah 'besau' rupanya diri ku ni..) mengikuti program yang biasa diikuti oleh semua student form 4 setiap awal tahun...boleh tahan la program 'sambut menantu' nie..(lawak2..) biasala kan,taklimat serba sedikit pasal pemilihan ke aliran mane,motivasi sikit2..hua..boring la pulak...huhuhu...kelas pun tak tau lagi..pepun,assobru min al-iman...sabar,sabar..
 
Bencana tsunami...Subhanallah..!
 


Baca Laporan
Hanya sebuah masjid masih ada di Meulaboh, Acheh manakala bangunan-bangunan lain musnah selepas dilanda gempa bumi dan tsunami minggu lepas.Hebatnya Kuasa Tuhan...!


WASSALAM..

Posted at 03:01 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed