Sunday, September 19, 2004
Isra' mikraj ....

Now connected !

baru balik sekolah,terus taip blog ...!
haii,tak tahulah ana ni.Countdown PMR kian,kian hampir.16 hari lagi.Tetapi,masih layan jugak internet ni.Persediaan untuk exam dah cukup ke ,Hazimin oii..!!
takpe la..nanti ana reflection myself(muhasabah diri).(hehe...!)

Kat SHAMS hari ni,berjalan macam biasa.Masa assembly,Alhamdulillah...umi tak berucap(he..he..he..).Ada penyampaian hadiah 'nukilan permata' yang dianjurkan oleh p'pustakaan SHAMS.sedey woo..Ana ada jugak hantar bagi pert. cerpen,tapi nak buat macam mane,rezeki ana takde tahun ni.Alhamdulillah,Ibnu Abbas akhirnya dinobatkan sebagai kelas terbaik pertandingan ni.maybe penyertaan terbanyak kut...(tapi sorang jer yang menang..keih...keih...).
HAFIZI.....enta memang best jadi pengerusi majlis...terlampau excited,sampai ter'lalok' cakap..!!kesian kat Luqman enta kata kat dia ........... ! 

masa rehat tadi pergi surau,dengar2 Ikram plan nak anjur bola sepak lepas periksa.hmmm..best jugak tu.Kata orang,lepaskan tension study selama ni kat padang.sepak terajang bola habis2an tapi biarlah masuk GOL.....
lawatan dah cancel dah...yang ada lawatan bebudak asrama jer.tulah,budak luar ni hangat2 tahi yam jer,bila handle semua tu main acuh tak acuh...kan ana dah frust nih tak boleh gi lawatan.Kalau SHUKRI yang handle,baru jadik kan....(kesian enta,kena buli lagi...bang ! )

Ceramah sempena Isra' mikraj di Dewan gemilang SHAMS

pukul 12 tengah hari,semua pelajar SHAMS gi dewan pasal ada ceramah...
ana tengok segelintir daripada pelajar SHAMS ni,memang kurang minat kalau sentuh hal2 berkaitan agama bila ditengok pada reaksi masing.Yang tidur ada,sembang pun ada.Memang betul kata TEACHER HALIMAHTON,dalam hidup ni kita perlukan makanan rohani dan jasmani.kalau yang jasmani tu biasa lah,macam nasi,burger,roti canai etc.Makanan rohani lak ..macam ceramah ni lah.Kita ambil contoh senang jer,cuba ikhwah pergi jenguk kat surau/masjid berdekatan rumah,yang ada kuliah maghrib..habis ramai pun 3-4 saf.itu pun yang memang jemaah tetap dan majoritinya kategori 'veteran' .Nak tengok belia2 atau budak2 remaja di majlis ilmu sebegitu,ada tapi boleh dibilang dengan jari jer... kalkulator pun boleh gak !
Ceramah Isra' Mikraj sebegini memang dah acap kali kita semua dengar atau pun pernah membaca mengenai peristiwa bersejarah ni..itu kata bagi mereka yang mungkin kurang berminat,tetapi bagi orang yang senantiasa dahagakan input2 yang bermanfaat untuk dikongsi,ceramah sebegini sememangnya dinantikan.macam kata ustaz Ku Alias,imam masjid terapung semalam masa bagi tazkirah sebelum solat Isya',ilmu agama ni kita tak boleh jemu walaupun dah selalu masuk dalam telinga kita.dia ambik contoh yang simpele jer; makan nasi.Kita ni setiapa hari makan nasi.tak kiralah nasi goreng ,nasi ayam,nasi putih,nasi kunyit ker...tapi kejemuan tak pula timbul ,kan.pasal apa? pasal benda yang  selalu menjadi rutin kita seharian lama-kelamaan akan menjadi satu keperluan bagi kita.Begitu jugak dengan ilmu.Ilmu ,ilmu,ilmu,ilmu,ilmu.....kalau itu yang menajdi santapan kita setiap hari,lebih2 lagi ilmu berkaitan dengan ad-Deen,insya-Allah,tergolonglah kita di kalangan orang yang berilmu.
Pada mulanya ana ingatkan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari yayasan Terengganu ni (kalau tak silap namanya ustaz sulaiman)biasa jer.rupa-rupanya ana silap..beliau ni hanya menceritakan kembali peristiwa tersebut dari mula hingga akhir dalam masa sejam lebih .tetapi,cara penyampaian nya itu tidak memboringkan.Contoh yang diambil dari ucapannya masa mula2 tu ana dah dapat agak orang macam mane beliau ni....Lawak tak keterlaluan dengan  
loghat 'pekat' terengganu nya itu,cukup menghiburkan.Ana cadang nak tidur2 ayam masa ceramah tu,terus padamkan niat 'nakal' tu..pasal tertarik dengan ceramahnya..
Alhamdulillah,setidak2nya dapat 'peringat' balik kisah Isra' Mikraj ni yang ana pun lupa.

eh...eh...dah pukul 6 lebih..
NASYID MINGGU INI da h ade..
oklah..wassalam~


p/s:lirik lagu tu esoklahyer...tek sempat daa....

Posted at 06:19 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed