Thursday, December 23, 2004
huffaz


Assalamu'alaikum warahmatullah ...
Alhamdulillah,diberi lagi kesempatan oleh Allah taala sehingga saat ini kepada hamba-Nya yang dho'if lagi jahil ini untuk terus melembarkan kata-kata pada laman blog ni.syukur juga kepada-Nya kerana memberi kekuatan kepada diri ana dalam melawan perasaan malas daripada terus menerus melingkari diri ni,seperti kata hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, 'Malas racun paling berbisa,rajin penawar paling mujarab'.

ha,start entry ni dah ada kalimah basmallah kat atas.heheh..bukan apa,setidak-tidaknya dapat menceriakan sikit entry.lagipun,barula rasa semangat sikit bila baca entry kan,hehe ~mulakan dengan basmallah,InsyaAllah,akan dapat barakah di akhirnya.
 
InsyaAllah,hari ni masa begitu mengizinkan untuk ana berkongsi sedikit pengetahuan dan info yang dapat beberapa hari ni.ana cuba seberapa daya mencari bahan mengenainya.dan Alhamdulillah sedikit sebanyak daripadanya dapat la ana kumpulkan dan berkesempatan menempatkannya kat entry kali ni.

aa..ops!sebelum terlupa,ana nak juga berkongsi satu penemuan(syukran jazilan AkhMokh),kiranya ni miracle la ,kehebatan Allah Taala memberi ingatan yang sangat kuat kepada seorang kanak-kanak,namanya Fatimah,al-hafizah Fatimah .Budak perempuan Iran yang baru berusia 6 tahun ni boleh menghafal kesemua ayat Al-Quran dan dapat mengingati segala ciri ayat yang dibaca .contohnya bila diberi potongan ayat, dia boleh sambung ayat tu dan boleh cerita 
1. Surah apa & ayat apa
2. Muka surat berapa (rasm Uthmani)
3. Kedudukan ayat tu kat mukasurat tu pun dia ingat (atas, bawah,
tengah..)
4. Juzu' berapa
5. ayat Makkiyah /Madaniyyah
dia jugak boleh bagi ayat satu persatu dari surah berlainan berdasarkan tajuk yang disoal.Yang hebatnya,gadis kecil ni boleh jawab/ melafazkan ayat2 yang disoal dengan sepantas kilat,tanpa perlu senyap,berhenti utk berfikir dahulu....



nak lihat rakaman video,boleh ke link ini,
http://bolbol.net/islamics/videos/quranic_girl.ram ...Masya-Allah !!



ok,hari ni nak sentuh sikit pasal menghafaz Al-Quran...
~bagaimana menjadi seorang huffaz~ 
 
Menghafal kesemua 30 juzu' Al-Quran bukanlah semudah yang disangka.Ketelitian dan kepekaan dalam serba serbi perkara seperti pemakanan,pergaulan dan pertuturan cukup tinggi dan perlu dihalusi dengan baik oleh seorang hafiz.pun begitu,syarat yang ketat menjadi seorang huffaz bukanlah bermakna untuk mengekang kebebasan,sebaliknya semua itu adalah bertitik tolak dari rasa cinta dan kasih kepada ayat suci Al-Quran hingga menuntut para hafiz menjalani penghidupan bersih dari sebarang perkara syubhat mahupun mungkar.
di bawah ni sedikit mengenai tips atau adab yang perlu dijaga seorang yang hafal al-Quran..:
 
1. Tidak sekali-kali makan makanan ringan,berpengawet,mee segera,makanan masam seperti jeruk atau mempelam dan yang utama,minuman yang berkarbonat,minuman yang dicemari serangga seperti semut,dan paling penting menjauhi makanan yang syubhat dan haram.Ini kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dan akan membentuk hati kita.Sekiranya hati kita tercemar dan kotor,terhijablah(terhalang) dari menerima ilmu dari Allah lebih2 lagi dalam mengingat Qalam Allah.Seeloknya kismis,buah badam dan madu menjadi pilihan kerana ia boleh mengukuhkan minda.

2. Seeloknya hafal ketika waktu subuh,waktu di mana hati dan minda masih tenang dan kuat untuk mengingat.

3. Ketika memulakan hafalan,doa penerang hati perlu dibaca.Amalan solat sunat,zikir dan selawat mestilah dilazimi.Giatkan juga mengerjakan solat hifzil iman dan berqiamullail terutama pada malam Jumaat.

4. Ambil 5 ayat sehari ataupun sekali hafal 5 ayat sekali.Baca ayat yang nak dihafal tu selalu sampai dah takde salah langsung.Cara lain,ulang satu ayat sebanyak 7 kali lepas tu baca dengan ayat yang sudah dihafal digabung dengan ayat yang baru dihafal 7 kali.pakar otak menyatakan bahawa otak manusia dapat menyimpan maklumat yang diterima dalam tempoh yang lama jika ianya DIULANG BANYAK KALI.

5. Hafal sebanyak 30 kali, mula2 perlahan, pastu laju sikit.Kalau tak mampu banyak2 hafal sikit dahulu pun taka apa.Memadailah dengan 1 ayat sehari sekurang2nya.

6. Baca tafsir bagi ayat yg dihafal,lebih aula pelajari bahasa Arab supaya boleh tau jalan ceritanya.Mengetahui jalan cerita ayat yang dibaca memudahkan untuk hafal.Kalau terlupa senang nak teringat balik.

7. Guna satu Quran yang sama supaya serasi dengannya.Kalau boleh sediakan dua yang tetap. Iaitu satu quran saja dan satu lagi dengan tafsir.

8. Ditegah membaca tulisan pada batu nesan kerana boleh menjadi pelupa.

9. TIPS GLOBAL :
- jaga hubungan dengan Allah dan ikut syariat Islam sepenuhnya
- yakin bahawa yang tentukan dapat hafal atau tidak adalah Allah
- maksiat memuntahkan ilmu
- niat sentiasa kena jaga,pebetulkan... kerana Allah taala.

Setakat ni je yang ana peroleh..insyaAllah,lain entry nanti sambung lain bincang pasal hafaz Quran ni...WASSALAM.
 

Posted at 11:34 am by sahabat_amin

shahjohan
May 2, 2007   02:09 AM PDT
 
tq, saya dalam proses and i need this
aishah
December 12, 2006   02:42 PM PST
 
ana pon ade jugak menghafaz skt2.. yang penting ulang selalu hafazan kiter..plg krg 5 juzuk sehari setiap kali lps solat..tak pon selalu bwk dalam solat..plh kurang 1 muka 1 rakaat..kalu tak boleh 5 juzuk..1 juzuk pon ok..kalu dah lancar dan ingat..stgh jam dapat dah..pastu byk jaga hubungan dengan Allah,manusia,guru,dan muamalah laki perempuan
ahamad anas
March 24, 2006   05:37 PM PST
 
assalamualaikum..........inilah yg dikatakan kekuasaan Allah...ana ni juge seorg yg menghafaz al-quran...tapi,ana dah x ingat ape yg ana hafal...sikit2 tu...adelah...disini,ana nak minta tolong sangt2 kpd semua pembace doakan ana supaye hafalan ana kembali semula.....TOLONG ANA YE....INSYA ALLAH....
NOVRI HASAN
February 28, 2006   12:14 AM PST
 
ANE di Lampung ane salut............ banget ma ente
NOVRI HASAN
February 28, 2006   12:14 AM PST
 
ANE di Lampung ane salut............ banget ma ente
NOVRI HASAN
February 28, 2006   12:13 AM PST
 
ANE di Lampung ane salut............ banget ma ente
Name
December 10, 2005   09:19 AM PST
 
DADIS
mujahid
November 28, 2005   11:29 AM PST
 
erm, broken link kut..kalau nak, leh r emel ana. ade donlot file nih.
Name
November 28, 2005   10:13 AM PST
 
Nape x dpt dengar yek. Link tu dh dicancel ke? Dload x dpt full.
pearl
November 21, 2005   01:43 PM PST
 
assalamualaikum.......selawat & salam utk Junjungan kita, NAbi Muhammad S.A.W....dan semoga semua ummat islam dimana jua berada, sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T......Insyaalah...
masyaalah....apabila ana mendengar al-hafizah Fatimah menghafaz al-quran, tersentuh hati ini....lantas didalam diri berazam untuk mendidik ratu hati ana yang baru mencecah 4 bulan menjadi seperti gadis ini...doa2kanlah....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed