Tuesday, December 14, 2004
kembali ke sini =)

Assalamu'alaikum warahmatullah

Salam ukhuwwah mahabbah fillah khas buat ikhwah yang selalu bukak weblog ana yang tak seindah mana nih..hihihi,rasanya dah lama benar ana tak meliuk-lentokkan jari jemari ana kat atas keyboard untuk pengisisan blog ni =P..sebab apa..?Hmmm,malas kut..hisshh! penyakit yang masih kekal kat dalam diri ni..
Astaghfirullah,kenapa lah diri ni masih lagi dok mampu nak hapuskan sikap buruk tu?mungkin la kut disebabkan diri hamba ini yang ada lemah serba serbi..masih lagi belum cukup lengkap dalam mempersiapkan diri menjadi seorang muslim yang sarat dengan sifat mahmudah beserta pengisian rohaniah yang kental,melangkah ke arah mukmin sejati masih lagi jauh .......sama2 muhasabah diri kita..

Seminggu dua ni banjir besar melanda negeri Pantai timur,termasuklah negeri tercinta,Terengganu ni..heheh..~tapi syukur Alhamdulillah,kat area ana ni hujan lebat pun taklah sampai menenggelamkan rumahku syurgaku,huhu...=) boleh kata kat bandar Kuala Terengganu hanya sebilangan kampung je yang dinaiki banjir di tahap 'kritikal'...
musim hujan macam ni jarang la pulak ana keluar rumah,baru 3 hari lepas je keluar, ikut serta ngan geng2 lama pergi reunion bebudak Siddiq kat Batu Burok...best jugak la kut..

dalam cuaca baik malam ni,tergerak pulak nak berjemaah solat isya' kat Masjid terapung...bukannya apa,ana teringat pada hadith Nabi s.a.w. kepada umatnyam,maksud hadith tu :

Dari Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda:
Aku akan menyuruh (pemuda) mengumpulkan kayu api lalu aku membawanya ke rumah orang yang bersembahyang di rumah(tanpa keuzuran) dan membakarnya.    (H.R. Muslim)

  Apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w. dalam hadith tu bukanlah digesa kepada kita untuk berbuat sedemikian sebaliknya ianya memberi satu peringatan dan amaran kepada kita agar tidak bersikap sengaja meringan-ringankan dan tidak mengendahkan keutamaan solat berjemaah sedangkan kita mampu untuk melakukankannya.Manakala dalam satu hadith lain yang ana tak berapa pasti perawinya(kemungkinan Imam Ahmad),tapi elok juga ana untuk ana sertakan :
Dari Muaz bin Anas,Nabi s.a.w. bersabda :
Sesiapa yang mendengar azan,tetapi tidak bersegera untuk berjemaah,maka orang inilah orang yang kufur dan nifak.  
Hadith ni pula bukanlah untuk terus menjatuhkan kufur atau pun nifak kepada mereka yang bersikap seemikian,sebaliknya celaan keras raasulullah s.a.w. terhadap ummatnya agar mengutamakan solat berjemaah...

ishh ish,terlupa pulak ana yang ustaz Halias a.k.a. ustaz Gagoh (heheh..) bagi kuliyyah maghrib malam ni,tapi tak sempat nak ikuti pasal lambat datang~huhuhu...alih2 terserempak dengan member ana,si Amirruddin ngan kawan kamcingnyer,Fakhruradzi kalau tak silap pandangan ana la...
hihih,tapi tak sempat la pulak ana nak tegur diorang..mmm,dengar2 sibuk benar budak bakal hafiz 2 orang ni time cuti sekolah sekarang,ada buat program ngan ustaz diorang..tapi dia ni suka sangat nak rahsiakan projek baguz dia ni..ampes tul laa..nampak sangat tak bagi join sama..!huhuaah..~~

Malam ni sebenarnya ana cadang nak taip sedikit benda yang tengah duk berlegar2 dalam kepala otak ni tapi entah cam mana hilang sikit demi sedikit(mengantuk kut)..insyaAllah,kiranya kena try taip esokla jika ada kelapangan..
hmm,Malaysia menang jugak lawan Thailand tadi...go on laa masa main tu yer..ana sekadar menonton jer..tp pelik jugak kan,apasal la kita bagi sokongan habis dengan syarikat benda haram tuh,tak nak boikot ke n then buat kejohanan sama yang penaja lain lak..(sifat al-wahan kian subur....)..x paham la ana..

ok,ana stop dulu kat sini..insyaAllah kembali mengisi ruang dalam blog ni di lain waktu.
Wassalam.

Karya moeh(alwancomics.com)

 +-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
"Telah bersabda Rasulullah saw: "Ada dua nikmat yang membuat banyak orang tertipu, iaitu waktu sihat dan waktu lapang," (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Posted at 11:25 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed