Saturday, December 04, 2004
Perlis Juara Piala Malaysia...hehe!!

Assalamu'alaikum warahmatullah ...

 

Fuh,sejuknya...!Musim hujan macam ni terperuk dalam rumah je lah...hehe,(eleh..)macam la selalu tak ada kat rumah.Hmm..mengadap pc ni la kerjanya...:-D

 

Esok,satu keluarga bertolak pergi Az-Ziarah ke negeri perak ;menghantar ukht ana gi interview di UTP,Perak selama 3 hari.So,boleh la pergi round2 negeri orang jap,luaskan pemandangan dan pengetahuan masa cuti nie ~..hoho..!!:lol:

 

Tapi,rasa terkilan gop pasal tak berkesempatan nak pergi ke majlis Aidilfitri PKR esok kat Batu Burok.Bukan apa,nak jugak hamba ni pergi bersemuka dengan...(ehem2..)mantan TPM pastu malam lak dengar ceramah perdana bersama bekas MB Trg...he he he..!!

(pro-pembangkang ke mamat ni..?):-0 .~.rasenya diri ni dah pun matang untuk 'menyelinap' masuk ke arena politik tanah air untuk mendalaminya(ececeh) asalkan diri taklah terlalu jadik fanatik gile,kan !.:-D

 

Malam ni best,final Malaysian Cup antara 2 negeri utara..Perlis VS Kedah...baru je abis menontonnya kat tv..hmm,menang jugak kau ya,Singa Utara selepas menunggu selama 83 tahun...~huhu...cian Kedah,kalah dgn adik.heheh!:-P Apapun,peteh Gganu peteh !!!

 

Okla...hari ni nak kongsi sedikit mengenai bab IKHLAS..berkongsi sekelumit ilmu yang ada...:-)


Mengenai konteks Ikhlas ini ada kata-kata hukama' seperti berikut :

"sesiapa yang melakukan 7 perkara tetapi tidak melakukan 7 perkara yang lain maka amalan atau kerja itu tidak berfaedah" ;


a) Dia beramal dengan perasaan takut(khawf) tetapi tidak mengawas (hazr). Yakni dia mengatakan aku takut kepada seksa(azab) Allah tetapi dia tidak menjaga atau mengawas dirinya dari melakukan kesalahan.Oleh itu cakapannya tidak memberi faedah apa-apa.


b) Dia beramal dengan penuh harapan tetapi tidak menuntut. yakni dia mengatakan :Aku mengharap pahala dari Allah Ta'la tetapi dia tidak menuntut pahala itu dengan melakukan amalan-amalan yang salih.Kata-katanya itu tidak memberi faedah apa-apa pun.


c) Dia berniat tetapi tidak qasad. Yakni dia berniat di dalam hatinya hendak melakukan amalan-amalan taat dan kebajikan, tetapi dia tidak melakukannya.Jadi niatnya itu tidak memberi faedah apa-apa.


d) Dia berdoa tetapi tidak ada juhud. Yakni dia berdoa kepada Allah supaya memberi kebaikan kepadanya tetapi dia tidak berusaha.Maka doanya itu memberi apa-apa faedah kepadanya.Dia hendaklah berusaha supaya Allah memberi kebaikan kepadanya sepertimana firman Allah:


Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik( Al-Ankabut.(26):69)


e) Istighfar(memohon ampun) tetapi tidak menyesal(nadam). Yakni dia mengenakan : Aku mohon ampun dari Allah, tetapi dia tidak menyesal dengan dosanya ,maka istighfar itu tidak memberi faedah apa-apa.


f) Melakukan dalam keadaan terang tetapi tidak dalam keadaan sembunyi. Yakni kerja-kerjanya atau amalannya dibuat atau diperelokkan di hadapan orang sahaja tetapi tidak ketika bersendirian.Maka kerja-kerja sebegitu tidak berfaedah.


g) Dia beramal atau bekerja bersungguh-sungguh tetapi tidak ikhlas . Yakni dia bersungguh-sungguh berusaha membuat amalan soleh tetapi tidak ikhlas kepada Allah.Maka amalan itu langsung tidak memberi faedah malah menipu diri sendiri.


Ketahuilah,tanda-tanda orang yang riya' ada 4 :

a) Jika dia berseorangan dia malas.
b) Apabila ada orang ramai dia cergas atau sibuk.
c) Jika dipuji dia akan berusaha lebih.
d) Apabila dikritik dia akan mengurangkan usaha.


Petikan Buku penghayatan Islam,Ikhlas dalam Amalan oleh ustaz Mohd. Akhir Yaacob.

wallahu'lam.


Posted at 11:39 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed