Wednesday, November 24, 2004
sambungan >>>

Iman merupakan benteng rohani yang bersifat seperti bunga.Jika tidak dibajai dan disirami dengan betul atau langsung tidak dihiraukan,bunga akan menjadi layu dan mati.Begitu jugalah dengan iman dalam diri ini.

Kekuatan iman bukan sahaja mampu menepis godaan syaitan yang sentiasa mengancam, malah berperanan mengimbangi antara ilmu dan ibadah.Seperti kata hikmah Imam al-Hasanul Basri :Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah.Dan beribadahlah dengan tidak lupa untuk menuntut ilmu.Ini kerana kedua-duanya amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat,dan imanlah yang memusatkan perhatian kepada ilmu dan ibadah.

Haruslah diingat,apabila kekuatan iman diabaikan,dengan pantas dorongan nafsu menguasai akal dan perilaku.Awaslah !Nafsu akan bertindak lebih pantas dari bisikan syaitan jika iman tidak diperkukuhkan.Tetapi,yang selalu menjadi persoalan dalam diri ini,setakat manalah tahap keimanan aku selama ini ?

Di bawah ni ana ambil dari satu risalah panjang yang ketemui semalam :

5 Peringkat Iman Manusia :

Iman Taqlid

Iman Ilmu

Iman 'Ayyan

Iman Haq

Iman Hakikat

Sesungguhnya mulia dan binasanya manusia itu dikelaskan menurut IMAN masing-masing.Sesiapa yang tinggi IMANnya,dialah yang termulia.Dan sesiapa yang rendah atau tiada IMAN langsung,jadilah ia sehina-hina manusia di bumi Allah ini.
Bersambung..wassalam .


Hindarilah sifat amarah !
~Sabar itu sebahagian daripada IMAN~


Posted at 10:54 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed