Saturday, September 18, 2004
.:: Destinasi Cinta ::.

menyingkap tirai hati
  mengintai keampunan
di halaman subur rahmat-Mu Tuhan

Tiap jejak nan bertapak
  Debu kejahilan akan ku jirus
Dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
  Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari lautan nurani
  Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
   sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
    dalam hati...

Telah ku redah daerah cinta
  Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang yang ku temui
  Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
  dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi 
   sepohon maghrifat
Moga dapatku berteduh di
  rendang kasih-Mu...

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
  selagi denyut nadi belum berhenti
durjana syaitan kan cuba menodai
  segumpal darah bernama hati...

Lestari kan wadi kalbuku,oh Tuhanku
 
leraiakn aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku mlamar redha-Mu
   Namun masihku mengharap ampunan-Mu...

Wahai Tuhanku.... ya Allah.....

hmmm...saja ana taip lirik lagu ni.Ana happy sangat pasal.....lagu ni dah masuk carta IKIM..!!! Hehehe...hebat tak hebat penangan lagu yg dicipta oleh abai os ngan abg Fridzan ni sampai masuk carta je,terus tempah kedudukan no. 3 !
   kalau diperhatikan liriknya ...menceritakan tentang tema keinsafan,taubat,keampunan ...
lagu2 macam ni kalau layan untuk memberi renungan keinsafan,orait gak..
tapi lebih baik berzikir terus..istighfar.dapat jugak pahala.Jiwa tenteram.Dengar lagu nanti kalau sampai lagha',buat apa gak....

Ana masih fikir2 nak bagi pengisian apa yer untuk blog ana ni.Maksud ana,khususkan untuk apa.Adakah untuk lirik2 nasyid jer(dah bermula pun....),atau untuk ruaangan tazkirah ker...ataupun sembang sorang..(luahan perasaan kut...kih3x).

ikhwah semua yang baca blog ana ni,kalau nak bagi idea ,tafaddhal...!silakan.. nak komen,kritik pun takde hal...tak kecik hati pun,berbesar hati ade laa....hehe.

Hishh!tak boleh layan sangat blog ni..periksa 2 minggu lagi.Lawan,paksa dan pujuk diri berkorban buat sementara..yang pergi ikut sangat habit ni apasal la,mat zang @ hazimin...!!

ok la...
esok,kalau ada masa...bagi lirik motivasi lak..!
 
wassalam....


psttt...nantikan kemunculan lirik2 lagu motivasi 'Inspirasi'-Dr. shukri Abdullah!!!(bukan shukri tolahah...!hehe...gurau jer,shuk! )

Posted at 06:03 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed