Monday, November 22, 2004
Setakat mana keimananku ?

Assalamualaikum warahmatullah....!

Salam ceria seindah nur pagi menghiasi dunia fana'...
Cuaca molek benar hari ni,yang dah pun masuk 9 Syawal...raya?Kurang dah kut pasal orang dah mula start kerja,SPM pun dah start kembali,cuma hamba Allah ni jelah yang masih tak tahu nak buat apa2,no plan...make a SIMPLE PLAN ..!:-D

Kelmarin,tokki dah pun meraikan puasa 6..start pose 2 Syawal and then sambung secara berterusan..hah,tu cara yang paling afdhal mengerjakan puasa 6 hari di bulan Syawal.Hamba pulak baru saja nak start puasa hari ni,tak tahan nak pose minggu pertama raya takut2 tak tahan dugaan tengok orang menyantap...huhu,bila mood raye dah kureng baru nak puasa...huhu..:-P

Apapun,Syawal masih panjang lagi..so,janganlah dilepaskan saja peluang yang ada ni untuk mengerjakan amalan puasa 6 ni kerana boleh jadi puasa kita di bulan Ramadhan ada kekurangan atau kelemahan..jadi diharap puasa di bulan Syawal ni dapatlah menampung segala yang kurang tu dan diangkat amalan puasa tersebut,insyaAllah.Puasa 6 ni gak diharap dapat menguatkan lagi ketaqwaan kita sebagai hamba-Nya.Ini penting kerana kita semua baru sahaja menjalani tarbiah Ramadhan selama sebulan dan disusuli Eidulfitri...yang salahnya orang kita ni,bila raya je segala perkara2 berkaitan dengan rohani ditolak ke tepi...hiburan lak menjadi santapan rohani mereka...
Kita ni yang cuba nak elakkan pun turut terpalit sama...huhu...
lemahnya iman dalam diri ni..
:-( 

Bercakap pasal iman ni,selalu terdetik kat dalam hati ni...
>Berimankah diriku ?
>Setakat manalah tahap keimananku ?
>Sudahkah aku mengecap keimanan yang sebenar-benarnya ?

Persoalan yang sering berlegar2 kat dalam kepala...
Ikhwah akahwat,bersyukurlah kita kerana di saat ni kita masih dikurniakan nikmat terbesar yakni nikmat ISLAM dan IMAN.Tanpa kedua-dua asas ni,tidak akan ada ruh Islam yang memacu perjalanan hidup kita dengan sebegini baik seperti hari ini.Rahmat Allah taala tidak mungkin dirasai dan hidup kita mungkin terus tanpaa pedoman lantaran tidak berteraskan syariat Islamiyyah.

Bersyukurlah kita menjadi hamba Allah yang masih lagi dikurniakan hidayah serta petunjuk dari-Nya...Alhamdulillah..
Walau bagaimanapun,hakikat insan di dunia ini yang sering lupa dan lalai dek kerakusan mengejar keduniaan yang tidak menjamin kebahagiaan atau kejayaan yang hakiki..sedar ataau tidak,masih ramai lagi saudara seIslam di luar sana yang asyik dengan apa yang tak pasti..
kegusaran para ulama' yang berjiwa Islam kental lantas memberikan teguran dan pandangan yang bertujuan baik.. tetapi malangnya langsung tidak diendahkan malah dibalas dengan herdikan dan cacian tak berasas,dan kesannya...pelbagai gejala2 yang tidak sepatutnya berlaku..........


Memalukan...!!:-|

Gambar dari sebuah forum....Islam hanya pada nama dan penampilan,tetapi...aduhh!!Tidak keterlaluan untuk hamba nyatakan yang golongan sebegini tidak layak untuk mengaku Islam !Apa yang mereka faham tentang Islam ?Cukup sekadar melafazkan syahadah dan kemudiannya mengerjakan kemungkaran ?Islam adalah proses penyerahan diri semata-mata kerana Allah taala,membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangannya........gejala kerosakan akhlak remaja sukar lagi dibendung..usah menuding jari kepada sesiapa,kalau diri sendiri yang menjadi puncanya...sahsiah yang teruk,moral yang cukup rendah sekaligus mengaibkan Islam keseluruhannya di mata orang bukan Islam.Di manakah iman mereka ?
To Be Continued

ISLAM di Malaysia....Negara Maju Matlamat Kita :-?


Posted at 11:02 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed