Saturday, November 20, 2004
amalan lepas pose...

Assalamualaikum warahmatullah ...

Lama benor tak menaip blog ni,dekat seminggu jugakla sejak raya lepas...ceh,bukannya sakan sangat raya pun,malas jer..hmm,nanti beransur-ansur updatekan weblog ni pasal cuti lama....yeaa!!
tapi,berdebar jugak menunggu result keluar..tawakkal 'ala Allah...

Hmmm,gambar2 raya tahun ni semua dah cuci,tapi nak letak kat sini tak boleh pasal kat umah takde scanner...huhu..cuba gak nak taruk gambar raya tahun lepas tapi tak jumpa lak..ish,huhuhu...malang sungguh ambo.. =P

'POST' Ramadhan & Hari raye...

Puasa sebulan ramadhan dah sudah,Aidilfitri pun dah diraikan dan kita sekarang ni masih lagi di bulan Syawal...anyway,nak kongsilah sedikit info yang ana ambil dari risalah kat masjid....

Amalan selepas Ramadhan dan Aidilfitri :

1.Puasa Enam
Dalam satu hadith Nabi s.a.w. :
"Barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan kemudian menyambung (puasa) 6 hari di bulan Syawal ,seolah-olah dia berpuasa selama setahun."   (H.R. Muslim)

2.Kekalkan amalan di bulan Ramadhan
Seperti bangun awal,selalu ke masjid untuk berjemaah,banyak membaca al-Quran,menjaga pancaindera seperti mata,pendengaran dan lain-lain serta pelbagai amalan yang mulia untuk dikerjakan.
Kita digalakkan berbuat sedemikian kerana apabila Allah taala menerima amalan seseorang hamba,sudah pastinya Dia akan menolongnya dalam meneruskan serta mempertingkatkan amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan.berkata para ulama,"Pahala amalan sesutu amalan seseorang itu ditentukan pada amalan sesudahnya."
Oleh yang demikian,sekiranya kita berbuat sesuatu amalan mulia kemudian disusuli dengan amalan yang baik jua,petanda bahawa amalan kita itu diterima oleh Allah taala.Sebaliknya,setelah berbuat sesuatu amalan ibadah kemudian disusuli dengan amalan buruk atau jahat,bermakna amalan yang terdahulu itu telah pun ditolak.
Sebagai contoh,solat yang kita kerjakan sekiranya tidak mencegah kita daripada melakukan kemungkaran bermakna solat yang dikerjakan itu tidak terangkat dan diterima Allah taala.

3.Qadha' puasa yang tertinggal
Wajib bagi sesiapa yang meninggalkan dengan sengaja ataupun kerana keuzuran syari'e.

Hmmm,kena berhenti setakat ni dululah.Tengah sibuk cari bahan2 yang best-best,menarik nak letak kat weblog ni pasal cuti lama ni.Ok,Jumpa lagi di lain kalam....
Wassalam !


Posted at 02:40 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed