Saturday, November 13, 2004
Salam Lebaran....

Assalamualaikum warahmatullah ...

Alhamdulillah...masih berkesempatan lagi untuk menaip blog di malam raya ni...hai,beberapa hari ni payah nak online pasal ada saja yang menghalang.maklumlah,raya dah nak dekat.(Esok dah raya pun !)Sibuklah kununnya....PC pulak sekali sekal meragam tak pasal2,dugaan...

Selamat Hari Raya !!!

Syawal sudah pun menjelma bermula malam ini.Alhamdulillah,selesai sudah kita menjalani ibadah puasa sebulan Ramadhan dan sama-sama bermunajat agar segala amalan kita selama sebulan ini akan diterima-Nya,insya-Allah...

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan ,iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa(hari raya) dan kegembiraan ketika bertemu Tuhan-Mu."

Aidilfiri merupakan hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.Justeru,diharamkan berpuasa pada hari raya kerana memberi ruang kepada umat Islam meraikan kejayaan diri kita dalam menempuh segala dugaan dan godaan yang sentiasa merentangi perjuangan dalam mencari keredhaan Allah taala pada bulan yang mulia itu.

Walau bagaimanapun,bukanlah bermakna kita merayakannya mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata.Apalah gunanya sekiranya sebulan kita mengekang diri dariapda tunduk pada hawa nafsu tetapi menjelang Aidilfitri,nafsu juaglah yang memimpin kita dalam segala hal khususnya dalam persiapan raya....



Hmm...setakat ni dululah.Kaum kerabat(adik beradik perempuan laa....) kat rumah dah mula bising suruh tolong diorang buat persiapan raya,apapun sederhana sahaja kami pada tahun ni.....oklah,di kesempatan ni,ana nak ucapkan selamat hari raya Aidlifitri kepada semua yang membuka weblog ni sama ada sengaja atau pun kebetulan..eheh..dan maaf zahir batin sekiranya ada tersilap ,terkasar bahasa dan apa-apa yang menyinggung perasaan ikhwah akhawat .........SALAM LEBARAN !!
Wassalam.

Posted at 09:58 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed