Saturday, November 06, 2004
Nur Syawal kian tiba


Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal

Ketenangan hanya pada-Nya
Kembalilah kepada-Nya

Nun di sana masih ada jalan
Sebulan di bulan Ramadhan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Assalamualaikum warahmatullah ..
salam untuk ikhwah akhawat semua.Kini hanya tinggal seminggu lagi untuk kita berpuasa sebelum kita sama-sama meraikan kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran dan rasa kemenangan.(Ecehh...entah2 raya nanti sampai dah tak ingat dunia..^_^ )

Lirik kat atas ni sapa2 yang pernah dengar,tahulah macam mana lagunya.Kalau tak tau,buat2 tahulah ek..|\| Kalau tak silap ana lah,lagu ni tajuknya Ramadhan nyanyian Amir,bawah Warner Music.Alahh...sama macam Raihan & Nowseeheart gak.

Tapi sekarang dah kurang dah lagu Ramadhan,bulan puasa ker...sekarang ni,bukak tv,bukak radio...bersepah lagu2 raya.Begitulah masyarakat kita bila dekat2 nak raya ni.Sibuk memanjang dalam membuat persiapan raya.Padahal sekarang nilah detik yang diidamkan para abid(ahli ibadah) nak beramal dengan bersungguh2,penuh rasa kehambaan dan semaksima yang mungkin.Ana cakap berterabur ni bukan nak marah atau lepas geram,ana pun 2x5=10 gak..tapi,kurang2nya kena ada penghayatan Ramadhan biarpun ia dah nak melabuhkan tirainya.Paham2 sendirilah.......

Album Nur Syawal


Hah...tak payah diperkenalkan lagi sapa artis kat dalam album kat atas ni.Gambar album ni ana copy dari web HME.Ada jugak belek-belek jap kaset ni yang kawan bawa ke sekolah 2 hari lepas.Hmm..malas nak cerita panjang2 pasal belum dengar sepenuhnya album ni.Hah,kat bawah ni ana kasi demo lagu Di Suatu Hari Raya.Nak dengar yang panjang,belilah ya ataupun dengar je kat radio ...!!


 
DI SUATU HARI RAYA-Artis HME 
 

Oklah,ada kerjalah nak kena buat ni.Setakat ni dululah ya,Wassalam.....!

Kata Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah r.ah,"Apabila telah masuk sepuluh akhir Ramadhan, Nabi s.a.w. lebih menghidupkan malam. Nabi s.a.w. membangunkan ahli keluarga Baginda dan Nabi s.a.w. mengetatkan lagi ikat kainnya(menjauhi isteri-isteri nya untuk lebih mnedekati Allah). Nabi s.a.w. lebih bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan melebihi hari-hari lainnya." (Hadith berkisah riwayat Muslim daripada Sayidatina Aisyah r.ah) 



Posted at 11:14 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed