Thursday, November 04, 2004
Lailatul Qadr.......

main

Assalamualaikum warahmatullah...ha,ikhwah semua mesti pernah dengar atau terbaca pasal kumpulan ni,kan ?Hari ini sempat jugak dengar kaset kumpulan Mirwana ni,pinjam daripada sahabat ana,'sohibussamahah'..(hihihik).Lagu diorang titled Aku bukan cinta-Mu(yang jadik favourite ana..) ada ana letakkan kat Nasyeed Online sebelah kiri ni.Dengar-dengarkanlah ya..

Hari ini sudah pun memasuki hari yang ke 21 kita berpose-10 terakhir Ramadhan-.Agak-agaknya 20 hari yang lepas,adakah kita sudah pun membuat amalan yang terbaik dalam madrasah Ramadhan ni ?Tepuk dada tanya diri sendiri..tepuk pelan2 noo,nanti sakit dada tuh..! Hmm,nak taip apa hari ni,ya .

LAILATULQADAR

Info hadtih kat bawah ni ana copy dari blog akh Akh Mokhzani dan paste kat sini.Moga-moga dapat diambil manfaat......

Allah SWT berfirman :"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. " (Al-Qadr:1-5).

Rasulullah SAW bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR.Al-Bukhari,Muslim dan lainnya).

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin,ada menerangkan bahawa sekiranya 1 hb Ramadhan itu jatuh pada hari Jumaat ,maka LailatulQadar akan berlaku pada 27 Ramadhan(bulan ini).Apapun,jangan terlalu yakin sehingga hanya menekankan pada malam itu sahaja.Berusahalah dengan daya usaha yang sama sepanjang malam Ramadhan yang berbaki 10 hari lagi ini demi merebut ganjaran besar seperti yang dijelaskan dalam surah Al-Qadr dan beberapa hadith Nabi s.a.w. .

Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih)

Firman Allah Ta'ala : "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, untuk mengerjakan solat malam) , sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. " (As-Sajdah: 16).

Seharuslah kita melakukan Qiamullail di sepuluh malam terakhir Ramadhan bagi membuktikan kesungguhan kita dalam mengintai dan menggapai satu malam yang nilainya sama dengan 83 tahun 4 bulan,yang lebih panjang daripada purata usia umat akhir zaman.Jenis-jenis solat yang boleh dilakukan ialah antaranya Solat Tahajud, Solat Witir, Solat Taubat ,Solat Tasbih ,Solat Hajat dan Solat Istikharah. Solat malam pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan berbanding malam pada bulan lain.

Pada malam Al-Qadar,Rasulullah s.a.w. menggalakkan agar memperbanyakkan membaca Al-Quran,zikrullah,solat sunat dan juga berdoa.Banyakkan doa seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra. :-

Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah,
jika aku berada pada Lailatul Qadar, apa perlu aku lakukan?"
. Rasulullah
bersabda “Bacalah:
Transliterasi : Allahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbul ‘afwa
fa’fu’anni.
Maksudnya :
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau
sukakan pengampunan, maka ampunilah aku”
.
(H.R. Tirmidzi)


 

Wallahua'lam bissawab.
^^ Selamat Ber'pesta' dengan amal Ibadat ^^

Posted at 03:26 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed