Tuesday, October 26, 2004
sambung komik !

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam seperjuangan buat semua.Masuk hari ini dah genap 4 hari tak pergi ke sekolah.hoho...malas betul ana ni.Tapi kalau pergi sekolah tak ada benda yang  nak dibuat jugak.(Kau tak pergi,mana kau tau tak ada apa...huhu..!!)

Ok...lupa pulak nak sambungkan komik semalam.Nah,bacalah sendiri...!



Komik ini kartunisnya nick Phytosis.Saja je bagitahu kut-kut nanti ada orang yang tak puas hati bila ana ambil tanpa izinnya(memang dah tanpa izin) pastu saman ana.So,baik beritahu yang ini artwork asli dia.Just nak pamerkan bukan cilok !

Kelebihan Surah-surah Tertentu

Ana ambil info ini dalam risalah yang diedarkan semasa di surau minggu lepas.Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah tertentu.Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :-

SURAH AL-FATIHAH

Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah)".                                                                                    (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH

Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu keana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."              (H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."                                                     (H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hariakan dipenuhi hajat pada hari itu."                                                                                                           (H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."                                       (H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."                                                                                                 (H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN

Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik."                                                                                                                             (H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH 

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."                                                                                                     (H.R. al-Tirmidzi)

 
Allahu'alam


<<< RaMaDHaN BuLaN Al-QuRaN >>>

Posted at 08:27 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed