Monday, October 25, 2004
Menjejak Kaki Ke MTANT....

Assalamualaikum warahmatullah...

salam mahabbah untuk ikhwah akhawat sekalian.2 hari tak tulis kat sini,rasa macam tak best pulak.Bukan apa,ada perkara yang diuruskan sehari dua ni(hekeleh,macamlah sibuk sangat ana ning...).

Semalam,Ahad 24 oktober...first time ku menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang bukan sebarang orang nak masuk ke sana.Pelajar SHAMS cuma 4 orang sahaja(muslimin) yang dikenalpasti yang hadir kelmarin.

Fuh,sampai di situ dapat tengok ramai bakal huffaz yang masing-masing jernih air mukanya,tenang(tanda orang beriman) dan wara' belaka.Rasa macam tak layak pula diri ini untuk berada di sana memikirkan diri ini yang perangai masih 'gila-gila' adn banyak buat dosa lagi.Sesetengah daripada mereka sentiasa bersama-samanya kitabullah di sisi.Belum lagi dipilih tetapi sudah nampak perwatakan yang bakal terpilih.(tak paham ke..?buat2 paham jer daa..)

Imtihan yang pertama,ujian bertulis Al-Quran.Astaghfirullah...tak sempat nak baca buku Qiraat pasal kebanyakan soalan diambil dari buku kelas Al-Quran.Rugi betullah.Lepas tu pulak,kertas Bahasa Arab dan terakhir kertas Jawi.
Amir,Ikram,Tarmizi....huih,kacang je bagi korang,kan ?!! 

Sempat juga berkenal dan bertemu muka dengan beberapa orang pelajar lain,kebanyakannya pelajar SMAZA(muslimin).Masa dalam bilik peperiksaan,terpandang seorang pelajar yang nampak dari gayanya pun dah tahu perwatakannya.Wajahnya yang redup dan thiqah,dan bila tanya dengan sahabat ana,barulah tahu yang itulah 'Syed Qutb' -gelaran yang diberi kepadanya(Fakhrurazi) kerana petah ber'khutbah' !

Akhirnya pulang dari situ dengan satu persoalan; layakkah aku untuk termasuk dalam 15 pelajar yang terpilih menjadi pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu ?
Melihat kepada calon-calon lain,terasa diri ini sudah pun terkeluar dari senarai.....
Tawakal sahajalahh....!!



Ok,hari ini sekali tertunda nak bagi info sedikit.Tapi,tak mengapalah.Komik pendek yang ana copy dari sifoo.com ni untuk tatapan ikhwah sekalian.setakat ini dahulu....
Wassalam !

P/s:Komik tu ada lagi sambungannya...TO BE CONTINUED

Posted at 01:00 pm by sahabat_amin

X-MTANT
February 4, 2006   08:08 PM PST
 
ALHAMDULILLAH...MUDAHAN TERUS BERJAYA..TAK DAPAT KE MASUK MTANT,TAK INGAT SAMADA PERNAH URUSKAN NAMA ADIK NI ATAU TAK...TERUS BERJUANG!!
X-EXCO MTANT
(nasikapit@yahoo.com)

fadhli-mtant
January 3, 2006   12:20 PM PST
 
smaszaa adlah sbuah skolah y bgus..blajr rajin2 ye..
MOHD ZULKHAIRI BIN YUB
August 18, 2005   02:42 PM PDT
 
PENDAFTARAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDAN BATU BURUK TERENGGANU
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed