Friday, October 22, 2004
artwork lawa

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah,masih bernafas lagi pagi ini.Semua ada kat rumah pasal hari in kan hari Jumaat.Malas nak taip panjang-panjang.tadi baru sahaja surf website alwancomic.Selidik punya selidik,barulah tahu yang komik ini dijual kat Mesir.Kat Malaysia,sikit sahaja kut ikut pengedar perseorangan.Kesemua kartunis adalah pelajar di Kaherah,Mesir.Kepingin jugak nak tatap majalah tu pasal lukisan diorang lawa betul.Practise lukis macam tu best jugak.

Nak tengok artwork diorang,hah..kat bawah ni.Ini semua lukisan milik kartunis utama mereka,namanya kalau tak silap Wan Zuhairi,ex-Kisas.


-dari kacamata ana,ini dah kira lawa..tak tahulah pulak pandangan ikhwah akhawat..!

Opps! tak acilah letak gambar lelaki sahaja,kan....muslimah kena letak jugak..!



Semua ini nak tunjuk serba sedikit sahaja.Tak ada niat nak cilok pun semua gambar ini.Lagipun,nak promote sikit hasil karya pelajar kat Mesir nun jauh di sana.Ingat diorang tak ada bakat ke...?

Aduss...nampaknya terpaksa tangguh lagilah entry pasal kelebihan Surah2 yang Ustaz Mat Nor edarkan rabu lepas.Orang kat rumah ni pun dah bising ni.Lama bebenar mengadap komputer.
Oklah,wassalam...!!

Posted at 09:18 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed