Tuesday, October 19, 2004
Untaian Kata Hari Ini

Assalamualaikum warahmatullah .

Ikhwah yang dikasihi sekalian..syukur kepada Allah taala atas nikmat yang dikurniakan kepada kita hari.Ana mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada antum/antunna semua yang sudi juga menjenguk weblog ana ni yang masih 'kucar-kacir' dan belum kukuh lagi.Ana buat weblog ni sebagai satu permulaan bagi ana untuk belajar serba sedikit tentang ilmu teknologi maklumat di samping ingin turut serta bersama-sama dengan segolongan yang ada kesedaran dalam berda'wah dalam satu cara yang dikenali sebagai 
'techno da'ei' .Sebarang kritikan ,komen dan aduan tidak kiralah pedas ke,tajam ke amatlah dialu-alukan.Semalam malas nak taip,hari ini banyak masa,pasal tak pergi sekolah...(hihih)

Hadith yang direka-reka...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:-


Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27;
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Berdasarkan hujah seorang sahabat ana:
Dipercayai sumber asal fadhilat² tarawikh adalah berdalilkan sebuah hadith yang agak panjang yang kononnya diriwayatkan daripada Saidina Ali RA. Matan hadith terbabit menceritakan tentang fadhilat bertarawikh selama 30 malam.

Namun begitu, setelah diajukan soalan kepada beberapa tokoh agama tanah air tentang kedudukan hadith ini dari manakah hadith ini diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadith seperti Sunan Sittah dan lain² kitab hadith lagi, hadith ini langsung tidak ditemui. Begitu juga di dalam kitab yang menghimpunkan hadith² palsu yakni Al-Maudhu'at, juga tidak ditemui hadith ini. Ini menunjukkan bahawa hadith ini merupakan hadith yang baru diada-adakan sehingga ulama² hadith terdahulu yang menulis tentang hadis maudhu' pun tidak mengetahui akan wujudnya hadith ini.

Kita tidak menafikan kelebihan bersolat tarawikh dan kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu, kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan pelbagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadith² palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan begitu baik oleh para ulama' agung yang terdahulu.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah SWT bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih, antaranya hadith berikut:

"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Riwayat Al-Bukhari)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak semestinya dengan adanya hadith rekaan seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawikh ini.

 
Jika lihat lihat dari segi logik akal,mana mungkin seseorang akan mendapat ganjaran pahala sebanyak mana pahala para nabi(malam ke 8,9 dan 17) dan dapat menyamai taraf ibadat Nabi Muhammad s.a.w. hanya dengan menunaikan solat sunat tarawikh.Seperti yang dijelaskan oleh Saidina Umar r.a. iaitu:-

"Sebaik-baik bidaah ialah perbuatanku ini"(merujuk kepada solat tarawikh berjemaah)

Sebenarnya,Nabi Muhammad s.a.w. solat tarawikh bersendirian sahaja di rumah selepas ramai yang mengikut Nabi solat di masjid kerana tidak mahu ia akan diwajibkan ke atas umatnya.Namun semasa pemerintahan Saidina Umar r.a.,beliau telah berijtihad dan menyarankan mereka melakukan secara berjemaah di masjid. 
Perlu diingat,sekiranya hadith maudhu' yakni palsu, maka hukumnya adalah HARAM untuk kita berpegang padanya dan seterusnya menyebarkannya tanpa dimaklumkan akan rutbahnya (kecacatannya).

Hadith palsu bukan sahaja tidak boleh dijadikan hujah bahkan ianya tidak boleh diterima termasuklah untuk memotivasikan diri atau sebagai perangsang,kerana ianya merupakan pengkhianatan terhadap Rasulullah s.a.w, yang boleh dijadikan untuk memotivasikan diri hanyalah hadith yang pendapatnya lemah iaitu hadis dha'if ,Hatta, penggunaan hadith dha'if untuk fadhilat amal ada syarat²nya yang tertentu. Antaranya:

1. Tidak terlalu dha'if
2. Kita tidak beri'tiqad bahawa hadith tersebut benar2 sabit dari RasuluLlah SAW (adanya warid)
 
Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berkata-kata tentang hadith yang dia tahu hadith itu adalah dusta, maka dia adalah sebahagian daripada pendusta..." [Riwayat Muslim]

Rasulullah bersabda lagi: "Sesiapa yang berdusta dengan namaku sengaja, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka." [Muttafaq Alayh]

Konklusinya,amalan tarawikh ini amat digalakkan untuk dilaksanakan kerana menghidupkan malam Ramadhan disaran oleh Rasulullah s.a.w. tetapi elakkan diri kita daripada membuat amalan tarawikh itu kerana inginkan ganjaran pahala berdasarkan hadith maudhu'.Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada diselubungi dengan hadith² maudhu' yang jelas merupakan pendustaan kepada agama kita yang dicintai.Paling penting,lakukanlah ibadat di bulan Ramadhan (tidak semestinya Tarawikh) dengan penuh keikhlasan,kesabaran dan ketaqwaan.Insya-Allah,besarlah ganjaran pahala yang diperoleh.
Allahua'lam.


Posted at 10:41 am by sahabat_amin

norhairani hussein
September 24, 2006   11:58 AM PDT
 
tahniah buat adik yang advance dalam membina homepage islamiah ini..., tak ramai anak muda yang mampu melakukannya seperti adik... teruskan dakwah ini.. ganjarannya di sisi ALLAH...
KELLY QARLINA
October 13, 2005   09:53 AM PDT
 
Assalamualaikum...
hpage ni sgt menarik, attractive sgt2... sesuai utk berdakwah... simple tp bermakna. k Selamat berpuasa....
zul
October 6, 2005   12:14 PM PDT
 
wah...respek r....upgradfe la lgik laman awk ni..power gk r...bgus...
sani
October 5, 2005   07:32 PM PDT
 
maka jelaslah bagi saya bahawa solat tarawikh ini sebenarnya tidak dilakukan oleh nabi saw secara berjemaah. dan ianya bid'ah terbesar umat di zaman ini. jika kita katakan ia adalah ijtihad saidina umar, maka umar lebih bijak daripada nabi? mustahil.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed