Friday, September 01, 2006
waQaf

Barangkali entry ini menjadi tulisan saya yang terakhir sebelum detik peperiksaan SPM sebenar yang akan kunjung tiba tidak lama lagi. Jika ada sekalipun, mungkin hadir sekejap-sekejap untuk pengisian Ramadhan yang bakal menjelang.

Peluang ini suka untuk saya menyatakan rasa senang dalam hati atas segala, respon, pendapat, kritikan, pandangan, komentar dan juga sokongan membina yang diberi sepanjang saya menulis di blog peribadi ini. Terima kasih diucapkan, dan saya amat menghargai segala kebaikan kalian. 

Andainya ada kesalahan dalam gerak laku saya, terkhilaf bahasa, terumpat keji atau tipu dusta yang mengecilkan hati sahabat sekalian, dengan rasa hina dan rendah diri saya memohon maaf atas keterlanjuran tersebut. Sungguh, saya hanyalah seorang hamba-Nya yang lemah serba-serbi. Doakan semoga hubungan sesama kita selama ini tidak ada yang tersekat, tersangkut dalam mencapai redha Ilahi. 

Saranan ringkas untuk diri saya dan juga sahabat seperjuangan, pastikanlah segala tindak-tanduk kita sehari-hari mendapat rahmat Allah. Biarlah kebergantungan kita dengan Allah Taala berkekalan dan istiqamah, bukannya dalam masa tertentu sahaja.

Jika dahulu kita ada tersilap langkah, sama-samalah kita insafi kemudian bangkit mensucikan diri dengan jalan taubat. Sesungguhnya Allah cinta akan hamba-Nya yang mensucikan diri dan mereka yang bertaubat.

 

Kembara petang 31 Ogos..

Bersama-sama dengan beberapa orang sahabat, seusai mentelaah kami bersepakat untuk melakukan 'riadah khas merdeka' yang bagi saya begitu menggiurkan. Bahkan, dengan keadaan cuaca yang begitu baik pada sebelah petang (segala puji bagi Allah), mengizinkan kami untuk melakukannya. Setidak-tidaknya dapat melegakan tekanan tika memecut untuk persediaan terakhir peperiksaan kini.Tambah teruja, sempat juga kami rakamkan kembara yang 'mencabar' ini.

Terima kasih kepada sahabat yang begitu baik hati dan budinya, Su'aidi kerana sudi mengirimkan foto yang dirakamkan kelmarin. Molek rasanya saya abadikannya segala yang terakam di sini. Meski tidak begitu baik bikinannya, rasanya sesuai untuk dijadikan tatapan sepeninggalan daripada blog ini.


Salam perjuangan untuk sahabat sekalian...


Posted at 10:30 pm by sahabat_amin

junior f2 SHAMS
November 17, 2006   09:38 AM PST
 
saboh plexx je lagu ngn gambo ye..haha..mmg feeling r..agk2..kt mne lokasinyer erk..nway,slmt maju jaya kpd sume student f5..
akirasuri
September 3, 2006   06:12 PM PDT
 
selamat menjawab soalan-soalan SPM bulan 11 nanti..moga bertambah jumlah cerdik pandai ilmuan islam..insya-Allah...

gambate!!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed