Sunday, October 17, 2004
Sejenak kita di sana.....



Assalamualaikum warahmatullah...
Hari ini hari Ahad,bermakna sekolahlah hari ini.Tak pergi juga ana sekolah hari ini.Hari ini program untuk f3 ;tadarus Al-Quran dengan lukis kartun.Takpelah ponteng hari ini,tadarus kat rumah dah le...(ya ke ni ?)

Alhamdulillah,hidup kita di bumi bertuah ni dalam suasana aman damai.Puasa sesungguhnya dapat memberi keinsafan kepada kita khususnya yang sentiasa yang dilimpahi dengan kesenangan agar mengenangkan nasib saudara kita sekarang di negara mereka yang sedang bergolak dek kerakusan dan banjingan kuasa besar yang begitu kejam.Zionisme,Amerika dan semua proksi Yahudi semestinya gembira melihat gambaran-gambaran yang memaparkan mayat-mayat  warga Palestin bergelimpangan meskipun ia adalah seorang anak kecil yang tak berdosa.




Mereka ingin hidup sempurna,dalam keamanan dan tanpa peperangan seperti kita.Malangnya,apa yang diimpikan tidak menjadi satu realiti.Kehujanan peluru dan dentuman meriam kereta kebal menjadi adalah senario biasa dalam kehidupan mereka.tetapi,ini tidak bermakna mereka lemah dan tidak mahu melawan.Semangat jihad makin menyala dengan penuh marak.Panji-panji tauhid dijulang ke medan pertempuran dan laungan 'ALLAHUAKBAR' menjadi azimat mereka.Mereka tidak sesekali mahu melepaskan tanah air mereka ke tangan orang lain dengan senang-lenang lebih-lebih lagi ke tangan Yahudi laknatullah !



Semarak 'Intifada' mula meresap dalam diri mereka.'intifada' yang bermaksud 'pemberontakan' adalah nama yang diberi kepada perjuangan sekelompok rakyat Palestin yang kebanyakannya pemuda yang berjiwa besar.Mereka tidaklah menggunakan senapang canggih,bom tangan atau pun menggunakan kereta kebal yang besar,sebaliknya hanya bersenjatakan batu-batu yang dilemparkan kepada gerombolan musuh yang paling mereka benci.Biar apa pun terjadi,mereka tetap terus berjuang walaupun mereka tahu tindakannya itu boleh menyebabkan nyawa mereka melayang.Dan mereka juga tahu perjuangan mereka itu adalah benar dan adalah jihad!Sesungguhnya mati di jalan Allah adalah cita-cita mereka.Israel di hadapan langsung mereka tidak gentar,kerana mereka yakin ganjaran syahid menanti mereka !

Apa yang digambarkan di atas hanyalah sekadar mengingatkan kita bahawa masih ada lagi sebahagian daripada kita yang dalam kekalutan,kesusahan dan keperitan hidup tak terhingga.Sempena bulan Ramadhan ini,sama-sama kita perbanyakkan munajat kita kepada Allah Taala agar memberi kemenangan kepada mereka dalam perjuangan mereka.Hanya ini yang termampu kita lakukan untuk membantu mereka.Ingin turut sama berjihad bersama-sama mereka,adalah satu yang mustahil dalam situasi sekarang.Semoga Allah melindungi dan merahmati mereka.Al-fatihah buat para syuhada' di bumi Palestin.
Wassalam.




Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
yang lemah longlai tak lagi bermaya
jeritan suara batinnya
tak siapa mendengarnya...


Posted at 12:08 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed