Friday, July 21, 2006
Titik Mula Suatu Demokrasi

19 Julai 2006. Pastinya tarikh ini akan menjadi salah satu hari yang bakal diingati dalam lipatan kenangan warga SHAMS sepanjang tahun ini. Bermulanya satu bibit demokrasi yang dicanang sejak sekian lama. Hasrat melakukan anjakan dalam kepimpinan pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek akhirnya terlaksana dengan tertib gerak kerja yang boleh dibanggakan.

barisan pegawai SPR banin  sebelum perasmian

         Dewan Gemilang menjadi satu-satunya pusat pengundian selepas bilik mengundi sebelum ini (Kelas Tingkatan Tiga) tidak dapat digunakan. Pilihanraya ini dirasmikan dalam satu upacara ringkas oleh Tuan Pengetua yang juga merupakan orang pertama sekali membuang undi. Disusuli oleh guru-guru kanan dan para calon yang bertanding, sebelum para guru dan semua pelajar pula melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pusat Mengundi

         Dengan bantuan petugas SPR yang begitu komited dengan tugas masing-masing, segalanya berjalan dengan lancar dan penuh telus. Proses pembuangan undi berakhir tepat 1.00 petang. Guru-guru dan kakitangan sekolah antara yang terakhir datang melakukan pengundian.

Pelajar membuang undi  Pengiraan undi

         Manakala proses pengiraan undi dijalankan di tempat yang sama lebih kurang pada pukul 2.15 petang. Proses tersebut yang melibatkan semua pegawai SPR dan dipantau oleh barisan guru disiplin, berjaya disudahkan tidak sampai satu jam bagi keenam-enam kotak undi mewakili enam jawatan yang dipertandingkan.

         Tuntas, keputusan bagi pilihanraya SHAMS telah pun diketahui. Siapakah yang bakal menerajui tampuk Majlis Perwakilan Pelajar SHAMS yang pertama? Segalanya bakal terjawab dengan pengisytiharan keputusan undi yang akan diumumkan oleh Tuan Pengetua pada perhimpunan Ahad ini. Nantikan...

         Kepada barisan pegawai SPR, sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya melaksanakan peranan anda dengan penuh hemat, telus dan amanah. Memetik kata-kata Cikgu Adnan seusainya pengiraan undi,

"Anda semua telah melakukan yang terbaik untuk ini."

Penghargaan kepada wakil pegawai SPR banat, Farah Nasuha dan Tengku Anis atas kesudian memberikan sebahagian foto yang dirakam sepanjang pilihanraya. Terima kasih daun keladi. 


Posted at 06:35 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed